Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jika confession ini tersiar. Saya berharap sangat ia dapat disiarkan supaya dapat jadi panduan kepada bakal ibu bapa, ataupun kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang kuat menangis tak berhenti siang malam semasa dalam pantang.
Saya perasan ramai ibu bapa yang tidak tahu ataupun tidak pernah mendengar berkenaan baby high demand atau colic ni. Ramai yang ingat anak mereka yang asyik menangis siang malam dan susah tidur kena gangguan semasa pantang.
Saya adalah seorang ibu yang dikurniakan baby high demand. Sebelum anak saya lahir, saya sendiri tidak tahu apa itu high demand baby. Selalunya baby newborn ni kerjanya menyusu dan tidur je kan. Nampak ibu lain jaga baby dalam pantang senang je. Baby tidur je. Tetapi untuk anak saya, sama sekali tidak.
Saya hampir meroyan dalam pantang kerana tidak bersedia dengan ilmu tangis bayi. Bayangkan anak saya tidak menangis merengek. Dia terus meraung menjerit macam kena pukul. Bukan itu sahaja, jika anak saya sudah mula menangis maka dia akan menangis meraung menjerit berjam-jam lamanya. Boleh jadi hingga 8 jam tanpa henti, tanpa tidur.
Selain itu, semua perkara akan buatkan anak saya menangis.
-Buka baju baru sebelah tangan, dah menangis meraung.
-Buka seluar, menangis meraung.
-Buka pampers dan pakaikan pampers meraung.
-Mandi air suam, meraung.
-Basuh berak kencing, meraung.
-Kentut pun menangis dulu.
-Sendawa pun menangis.
Anak saya juga tidak mahu langsung tidur di bawah, atas tilam. Dia hanya mahu tidur 24 jam atas riba saya sahaja. Tidur di bawah itu seakan alergic bagi baby high demand.
Anak saya juga mahu mengempeng 24 jam hingga saya kena nipple crack yang teruk dan 3 kali mastitis.
Selama sebulan berpantang (sebelum saya terjumpa page yang educate berkenaan tangis bayi), hidup saya bagaikan tidak bererti lagi.
Siang malam anak menangis. Siang malam anak susah tidur. Sehari anak saya tidur tak sampai 8 jam. Dengan keadaan saya yang sangat lapar tak sempat makan. Makanan ada depan mata pun belum tentu boleh suap sebab anak hanya mahu tidur di atas riba saya. Dalam keadaan tak sempat mandi. Tak sempat urus diri.
Segalanya dibantu oleh keluarga dan suami. Keluarga pun tak tahu bagaimana nak tolong jagakan baby saya sebab baby taknak langsung dengan sesiapa. Dalam keadaan terlampau sakit mastitis tetapi baby nak mengempeng 24 jam.
Saya sudah tidak mampu membendung emosi. Pelbagai perkata buruk telah saya bayangkan. Rasa mahu tekup mulut anak yang sedang meraung tak berhenti. Mahu goncang baby sekuat hati. Terbayangkan pisau di dapur. Bermonolog dalam hati seperti ” kenapa engkau perlu wujud??? Tak payah ada anak sampai bila-bila lagi bagus!”.
Mak saya selalu pujuk suruh sabar bila nampak saya menangis bersama baby.
Ada yang cakap anak saya kena gangguan la. Kembung la.. Tapi naluri saya menidakkan semua itu.
Finally, selepas sebulan yang terlalu nightmare.. saya terjumpa satu page fb tangis bayi yang mengajar berkenaan high demand baby dan colic baby. Page: Baby Language.
Saya study setiap post dalam tu. Saya cuba kaedah yang Puan Uswatun Hasanah ajarkan dalam video. Tetapi kurang berkesan. Jadi, saya beli buku ” Mengapa Bayi Anda Menangis” daripada admin page.
Baru saya tahu di dunia ni ada 3 jenis bayi.
1) Bayi Easy going
-Paling cepat beradaptasi dengan suasana baru.
-Paling mudah jaga semasa pantang-4 bulan.
-Paling mudah di tidurkan 0-4 bulan.
2) Bayi High Demand
-Bayi yang lemah beradaptasi dengan suasana baru.
-Sukar ditidurkan. Boleh berjaga berjam-jam lamanya.
-Menangis tak henti dan sukar ditenangkan.
-Bayi masih perlukan sensasi di alam rahim sehingga umur 4 bulan.
3) Bayi Colic/ Sawan Tangis
– Bayi yang paling lemah sekali beradaptasi dengan suasana baru.
– Boleh menangis seharian.
– Paling sukar ditenangkan.
– Sangat perlukan sensasi di alam rahim sehingga umur 4 bulan.
Bayi high demand dan colic ni bukannya bayi yang sakit. Mereka boleh menangis berjam-jam, tak tidur berjam-jam tapi masih sihat. Cuma bayi akan overtired.
Bayi high demand dan colic ni sebenarnya masih rindukan suasana alam rahim. 9 bulan duduk di dalam rahim yang sempit dan gelap.. tetiba lahir ke dunia yang luas dan sangat asing. Mereka rasa tidak selesa dan mengambil masa untuk serasi dengan dunia.
Bayi dari 0-4 bulan tidak pandai mententeramkan diri mereka sendiri. Maka kita perlu membantu mereka untuk mententeramkan diri mereka.
Boleh gunakan teknik Cuddle Cure 5S untuk membantu mereka :
– Swaddle (Bedung); Dalam rahim sempit.Tapi di dunia ni luas.. Moro reflex pun masih ada-Tindakan reflex baby terkejut. Jadi bedung bayi lock ketat pada tangan supaya dapat kurangkan moro reflex. Kaki tak perlu di ketatkan.
– Susshing/ Bunyi white noise; Dalam rahim bunyi bising. Bunyi gas dalam perut, bunyi aliran darah. Bayi dah biasa tidur dalam keadaan bising. Di dunia pula tetiba senyap. Jadi bayi rasa terasing.
Kita boleh bantu bayi dengan buat bunyi shuhhhhhhhhh pada tepi telinga bayi.. Ataupun boleh pasang bunyi white noise (bunyi vacum, ombak, hujan, kipas, engin kereta). Pasangkan kuat. Jangan slow pula sebab telinga bayi tak dengar. Pendengaran bayi masih belum matang. Kalau pasang perlahan memang takkan berkesan.
– Swing/ ayunan; 9 bulan bayi sentiasa berbuai dan berayun dalam rahim. Bila di dunia, letak bawah statik pastilah bayi tak selesa. Sebab tu bayi nak tidur 24 jam atas riba ibu. Jadi, boleh ayunkan perlahan. Teknik ayunan ni boleh rujuk pada page Baby Language atau join kelas/ consultation online.
– Side/ Mengiring sedikit; 9 bulan dalam rahim, bayi duduknya tunggang terbalik. Jadi bayi lebih selesa jika di iringkan semasa nak tidur. Bila dah tidur, wajib terlentangkan semula.
– Sucking/ menghisap; Ini adalah cara utama bayi untuk tenangkan diri. Sebab itu kebanyakkan bayi baru lahir suka mengempeng 24jam. Jadi gunakan pacifier/puting tiruan selepas bayi sudah kenyang. Supaya bayi dapat tidur tanpa perlu mengempeng pada ibu. Yang ni je saya tak dapat buat sebab anak saya taknak puting tiruan.
Saya combine kesemua teknik ini, akhirnya anak yang sangat susah tidur dapat tidur yang cukup.
Anak yang susah ditenteramkan, sudah dapat ditenteramkan.
Kalau ada hari anak saya terlalu susah tidur, saya pasang bunyi white noise tu malam sampai pagi. Magiknya, dari menangis..dia akan slow down dan tertidur.
Saya sungguh rasa bersalah pada anak sebab tak tahu rupanya dia perlukan sensasi di alam rahim. Kasihan sebulan anak tak cukup tidur. Sebulan berat susah naik. Sebulan juga saya hampir meroyan.
Selepas 4 bulan, kita dah boleh ceraikan semua 5S di atas secara berperingkat sebab bayi dah pandai tenteramkan diri sendiri dan tiada lagi moro refleks.
Alhamdulillah, dah setahun berlalu. Bayi yang dahulunya menangis siang malam..sekarang suka senyum manis.
Bayi yang dahulunya hanya mahu berkepit 24jam dengan ibunya, dah jadi bayi yang sangat friendly.
Sesekali bila fasa growth spurt dan wonder weeks dia akan buat perangai dan macam biasa kalau moody memang meraung macam kena dera. Tapi saya dah tak rasa terlalu stress sebab sekarang saya dah ilmu tangis bayi dan akan sentiasa mengali lagi ilmu perkembangan bayi.
Syukurlah, di kurniakan baby high demand yang banyak mengajar saya untuk lebih mengenali dunia bayi.
Jangan fitnah jin apabila anak kuat menangis. Boleh jadi sebenarnya anak hanya perlukan rasa seperti di alam rahim.
All the best! Untuk bakal ibu bapa.
– Proud mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit