Babyku A

Assalamualaikum hai semua, nama saya Moktam asal pantai Timur.. berkahwin dan menetap dengan orang utagha..

Kisahnya kami baru berkahwin nak masuk 2 tahun dan dikurniakan seorang baby girl yang bernama A.

Di sini Moktam nak highlightkan tentang family belah suami yang suka mengatur hidup baby A.

Baby A baru berusia 10 bulan pada bulan 3 2024, jadi Moktam ni amat menitikberatkan pemakanan baby A demi kesihatannya.

Tapi family mertua Moktam selalu suruh beri makanan dan minuman yang berasaskan garam dan gula.

Sebenarnya Moktam ada buat research dulu sebelum mula beri makan baby A masa umur 6 bulan, dan doktor pon ada nasihat tidak boleh beri garam dan gula kepada baby.

Jadi Moktam sedaya upaya jaga pemakanan baby A sebab itu tanggungjawab Moktam.

So, Moktam hanya beri natural food sahaja pada baby A.. ada la rasa manis, masin masam hanya daripada sayuran dan buah sahaja. Resepinya Moktam cedok saja dari group HBFM.

Okey, cukup untuk intro. Sekarang Moktam sangat geram dengan family mertua sebab diorang selalu beri makanan proceesed food pada baby A. Pantang leka sikit, disuapnya roti, kek, dan yang terbaru tadi disuap sosej bersos yang dibeli di Bazar Ramadhan.

Moktam dah pernah explain sebab-sebab tak boleh bagi makanan macamtu tapi diorang tak hormat pendirian Moktam. Bila ditegah, suap juga. So, Moktam rasa stress.

Btw, Moktam tinggal asing ya, hanya balik jumaat sahaja rumah mertua. Jarak dengan rumah mertua dalam 15 minit sahaja.

Suami tahu, suami tegah juga tapi entah. Macam takde kesan. Kitonyo nak jaga buah pinggang baby kita.

At least penyakit tidaklah menyinggah awal daripada penjagaan awal yang Moktam didik ni (kecuali dengan izin Allah nak bagi sakit tu, sakit juga. Moktam hanya ikhtiar jaga dah). Dah besar nanti pandai-pandailah jaga diri, itu pendirian Moktam.

Tapi tidak pada mereka, tadi baru Moktam kena sound, ‘halah D ni sihat elok je sampai darjah 2 makan tak pantang pon’

Moktam nak jawab juga, ‘habistu anak hang sebelum ni tiap-tiap bulan masuk wad sebab terlebih makan processed food hang kata sihat elok?’

Tapi Moktam diam je lah, hanya kata dalam hati, hehe. Takut bergaduh pula. Dahla Moktam merantau sorang di negeri orang. Moktam satu-satunya menantu hantu dari pantai timur, yang lain semuanya dari kampung dekat2 je.

Sebelum kena sound tadi tu, mertua ada suruh bagi roti gardenia tu tapi Moktam dah suap nasi masa berbuka, lagipon baby A belum ada gigi. Roti pernah je bagi cuma baby A tak pandai kunyah, dia jadi tercekik.

Moktam dah explain tapi diorang sound juga. Baby A selalu kena hina juga.. lepas lahir kuning tinggi, kena duduk bawah lampu biru seharian, kulit terus gelap.

Kemudian pantang di rumah mak Moktam, atap zink rumah papan, kena pula musim panas memang hitamla. Sekarang dah cerah sikit tapi masih gelap dibandingkan dengan sepupu-sepupu lain.

Tiap kali balik, ada sahaja sepupu-sepupunya panggil

1. Hey A hitam.

2. Ey budak hudoh ni.

3. Pasepa takmau kawan dengan A, kawan je lah dengan A biarla A hitam pon.

4. A tak lawa, B (1tahun lebih) lawa, putih tinggi.

Ya Allah babyku baru 10 bulan ya Allah. Yang makbapak budak tu gelak je anak diorang panggil baby A macamtu. Moktam sebagai ibu rasa sedih andaikata gelaran tu melekat sampai A besar.

Moktam kulit cerah, suami pon cerah cuma ada kesan burnt sebab kerja tengah panas. Tiba-tiba baby A gelap, Moktam okey sahaja asalkan baby A sihat.

Cuma agak kecewa dengan keluarga mertua yang selalu suruh suapkan makanan proceesed dengan gelarkan baby A Moktam..

Kalian boleh tolong bagi semangat pada Moktam? Atau ada nasihat yang boleh digunapakai boleh juga.. kadang Moktam tak kuat tiada tempat mengadu.

Suami businessman jadi kurang masa dengan family, jadi dia kurang tahu. Hanya tahu sikit2 saja.

Moktam cerita dekat suami tapi suami selagi tak tengok depan mata, dia tak percaya. Jadi ada yang dia percaya, ada yang dia tak percaya dengan cerita Moktam.

Mohon pendapat kalian. Terima kasih..

– Moktam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kalau pandangan saya mungkin boleh minta suami untuk lebih bertegas, atau kalau boleh jarang2 turun kesana tanpa suami, itu pandangan saya sahaja, saya pun tak reti sangat nak bagi nasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *