Saya ada terbaca pos Permintaan Seorang Pengasuh baru-baru ini di IIUM-Confession, (https://iiumc.com/permintaan-seorang-pengasuh/). Izinkan saya membuat sedikit luahan saya sebagai seorang pengasuh.
Saya baru mula mengasuh dalam setengah tahun. Memandangkan anak sendiri tiga orang dah besar dan semuanya dah bersekolah, saya pilih mengasuh sebagai sumber duit tepi.
Suami tak izin untuk saya keluar bekerja sebab dia lebih suka saya selalu ada kat rumah dan anak-anak depan mata. Sekarang saya ada tiga orang anak asuhan yang berlainan ibu bapa dari lain-lain background keluarga.
Anak asuhan yang pertama merupakan anak kepada seorang pekerja swasta berumur 3 tahun. Yang kedua pula merupakan anak seorang nurse yang berumur setahun lebih dan seorang lagi anak cikgu, berumur 3 bulan. Ketiga-tiga mereka lelaki.
Mereka masuk ke dalam jagaan saya secara berperingkat, bukan serentak. Yang paling awal saya jaga adalah anak cikgu. Dan ketiga-tiga parent ini telah saya bersetuju dengan semua syarat yang saya letak sebelum saya mengasuh anak mereka.
Syarat saya tak banyak pun. Just pastikan ambil tepat pada waktu. Ini yang paling saya tekankan. Sebab saya tak nak mengasuh anak orang secara lebih masa. Penat.
Sesekali kalau mereka balik lambat, saya boleh bertimbang rasa. Masih boleh diterima dan faham. Kalau setiap hari memang saya taknak.
Saya letak masa 8 jam sehari untuk mengasuh dan memang saya dah tekankan yang saya jaga anak orang untuk waktu pejabat sahaja. Tak kiralah hantar waktu mana, contoh anak cikgu.
Mak dia hantar dari pukul 7 pagi dan saya memang harapkan pukul 3 dia dah ambil anak dia. Sesekali dia ada mesyuarat, saya okey dan boleh tolong jaga.
Masalah masa ni lebih kepada yang melibatkan anak yang ibunya kerja nurse. Awal-awal lagi masa deal saya dah tekankan banyak kali yang saya tak ambil budak yang mak dia kerja shift. Ini pilihan saya dan saya nak elakkan.
Tapi mak dia minta juga dan bagi jaminan yang dia akan hantar anak ikut waktu pejabat dengan alasan walaupun dia kerja shift, suaminya kerja waktu pejabat.
Walaupun berat hati, saya terima juga memandangkan dia merayu dan berjanji sungguh-sungguh. Yang saya mula tak seronok jaga anak dia bila dia mula minta jaga lebih waktu.
Saya cuba faham dan bagi dia syarat, ambil anak sebelum waktu maghrib. Mula-mula ok, dia ikut masa pejabat ambil dan hantar anak, lama-lama mulalah cipta alasan itu ini. Saya betul-betul tak suka dan jadi tak selesa.
Hujung minggu pun call nak hantar anak dia. Saya dah cakap baik-baik dari awal lagi yang hujung minggu saya takkan mengasuh. Tapi tiba-tiba dah depan pintu pagar rumah dengan anak.
Dengan alasan suami ada hal, suami nak memancinglah, suami outstation dan apa semua, saya langsung tak boleh nak menolak. Padahal itu bukan masalah saya, tapi masalah dia.
Saya bagi dia cadangan suruh cari pengasuh yang lain sahaja Dia setuju tapi sampai hari ni masih saya kena jaga anak dia. Saya mula jadi tak ikhlas nak jaga anak dia.
Hampir setiap hari saya tanya dia, dah jumpa pengasuh baru ke belum. Saya mula rasa tertekan. Alasan dia belum ada masa nak cari pengasuh sebab sibuk. Kenapa awal-awal berjanji lain, tiba-tiba buat pengasuh macam ni?
Saya jaga anak dia dengan baik walaupun saya mula jengkel dengan maknya.. saya masih waras lagi untuk fikir baik-baik.
Lebih buat saya bengang bila dia mula start menumpangkan anak sulungnya di hujung minggu. Dengan alasan takde siapa nak jaga anak dia. Saya tak boleh nak tolak walau hati mula tak rela.
Tolonglah jangan buat pengasuh macam ni. Awal-awal dan berjanji macam-macam janganlah mungkir janji. Kalau rasa pengasuh tak boleh jaga ikut masa kerja anda, tolonglah cari pengasuh lain yang sesuai.
Dan saya akui, ramai pengasuh yang taknak jaga anak asuhan yang maknya kerja shift. Dan mak nurse ni sendiri pun admit pada saya yang kebanyakan bs taknak jaga budak yang mak kerja shift.
Saya rasa kat sini kena ada kerjasama antara suami dan isteri. Isteri kerja shift, suami kena supportive. Kena tolong jaga anak bila isteri pergi kerja.
Mana boleh sesuka hati nak pergi memancing ke apa kalau isteri kena kerja anak takde orang nak jaga. Atau usahalah cari pengasuh yang lain. Walaupun korang kena bayar mahal sikit.
Saya harap masalah yang satu ni cepatlah selesai. Saya pun ada hal di hujung minggu. Ni datang terjah dengan anak tiba-tiba dengan beg siap-siap saya jadi tak boleh nak tolak. Takkan saya nak hempas pintu rumah depan muka dia kan? Apa patut saya buat?
Saya bukan taknak tolong dia tapi dah setiap minggu saya kena jaga anak dia di hari cuti saya. Bayaran tetap sama, takde pun bagi bayaran lebih.
Tapi bukan bermakna saya nak duit lebih, saya lebih pentingkan masa rehat di hari cuti saya dari duit. Saya nak berehat dan nak luang masa dengan keluarga. Apa patut saya buat untuk selesaikan masalah ni?
Untuk mak yang pekerja swasta tu takde masalah sangat. Dia datang dan ambil anak tepat pada waktu. Tak pernah minta jaga lebih masa apatah lagi minta jaga anak dia di hujung minggu. Dia memang tak pernah mengganggu waktu rehat dan cuti saya.
Cuma satu hal, kerap hantar anak dengan pampers yang dah penuh. Pernah direct seminggu anak dia dah berak dari rumah dia lagi. Yang saya heran dia tak bau ke anak dia berak atau dia memang sengaja malas nak cuci?
Saya dah tegur dia, bukan sekali dua. Banyak kali dia kena tegur dan berjanji takkan berulang lagi, tapi tetap sama jugak masalahnya. Saya bukannya malas nak cuci berak anak tu, tapi ni comman sense.
Ambil dari rumah pengasuh kalau pengasuh tak cuci berak anak awak, awak marah tak? Tolonglah cek diaper anak tu. Kesian kat anak. Mak boleh wangi-wangi, anak bau taik. Agak-agaklah.
Berbalik pada luahan pengasuh hari tu, saya setuju la dengan kebanyakan permintaan dia tu. Bagi saya benda tu standardlah. Part mandi pagi tu bolehlah consider. Kalau pengasuh tak kisah, tak apa je.
Anak cikgu yang saya jaga, pagi-pagi lagi hantar mak dia dah mandi wangi-wangi. Saya pula yang pesan jangan dimandikan dulu baby tu, bukan apa takut baby sejuk dan selesema. Tapi tak pulak baby tu selesema. Mungkin sbb mak dia dah biasakan.
Jadi mak-mak bekerja, carilah pengasuh yang sesuai dengan anda. Yang boleh ikut masa kerja anda, mampu layan kerenah dan demand anda.
Kalau dah berjanji sekian-sekian sebelum hantar anak tu, tolonglah ikut perjanjian. Janganlah mungkir janji. Jangan awal-awal je manis mulut, lepas tu ambil kesempatan.
Kami pengasuh bukan orang gaji anda. Jaga anak awak seorang bukan besar mana pun bayarannya. Paling tinggi pun RM350 je harga dengan saya dan bukan senang jaga anak orang.
Kalau nakal, nak marah pun tak berani. Sama-samalah kita saling memahami. Korang tenang hati nak pergi kerja, kami pun seronok jaga anak korang.
Maafkan saya kalau ada yang tak suka dengan luahan saya ini. Yang buruk semuanya datang dari saya dan yang baik datang dari Allah. Terima kasih.
– Kak Liana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit