Assalamualaikum. Aku Aifa berumur 27 tahun, berasal utara tanah air dan akan berkahwin hujung tahun ni (In Shaa Allah doakan)
Aku tidak bekerja bahkan tidak mempunyai gaji tetap oleh kerana aku menjaga Mama aku yang memang tak boleh buat kerja rumah. Babah aku dah lama meninggal.
Di kesempatan ni aku ingin meluahkan perasaan aku tentang Kak Lin dan anaknya yang dah lama aku simpan sendiri.
Aku pernah tegur Kak Lin tapi ibarat aku mencurah air ke daun keladi.
Walaupun aku takde anak, namun aku tahu sedikit sebanyak tentang parenting, tentang panjagaan anak.
Berlainan dengan Kak Lin yang sudah mempunyai anak akan tetapi layanan dia terhadap anaknya tidak seperti seorang ‘ibu’.
Bagi aku, Kak Lin hanya ibu pada nama sahaja. Bagaimana tidak, semua penjagaan harian anaknya, Uwais aku yang uruskan. Dari mandi, bagi makan dan lain-lainnya.
Mama Uwais bekerja di pasaraya berdekatan kawasan rumah. Bekerja shift secara bergilir dan boleh dikatakan banyak masanya berada di rumah.
Tapi sayang, masa yang dia ada tu hanya digunakan untuk handphone, makan, tido dan begitulah berulang setiap kali dia ada di rumah.
Dan Kak Lin tersangatlah sayang akan tidurnya. Pantang ada masa terluang tidur saja kerjanya. Nak luangkan masa bersama Uwais jauh sekali.
Pakaian KaK Lin dan Uwais penuh raga. Yang kotor tidak dibasuh, yang bersih tidak terlipat dek kemalasan.
Baju Uwais tu dah penuh bakul tak reti-reti nak lipat. Yang susahnya aku sebab ak yang mencari sebab aku yang jaga anak dia.
Dari segi makan pulak, kalau aku tak masak dia takkan masak ya. Semua nak orang buat kalau boleh makanan pun aku suapkan.
Sudahlah aku yang masakkan, periuk belanga yang aku guna pun tak boleh tolong basuh. Padahal dia melantak jugak apa yang aku masak. Katanya bukan dia yang guna buat apa nak basuh.
Ada suatu kejadian, hari rabu dia pulang kerja pukul 4 petang. Dan masuk kerja semula pada Khamis pukul 2 petang.
Pada hari Khamis tersebut, Uwais balik sekolah awal pada pukul 1.30. Boleh pulak Kak Lin tidur sepanjang pagi tersebut dan hanya bangun untuk bekerja semata bukan untuk ambil Uwais kat sekolah.
Dah alang-alang pun kerja lewat apa kata ambil Uwais pulang sekolah dulu lepas tu terus pergi kerja.
Katanya tak dan kalau ambil Uwais sebab Uwais keluar lambat. Padahal sepanjang Uwais sekolah dan Kak Lin shift tenghari, hanya 2 kali tak sempat jumpa Uwais kat rumah.
Selebihnya sempat berjumpa kat rumah dan Kak Lin tengah melantak nasi atau bersiap-siap. Itu ke yang dimaksudkan tidak sempat nak ambik Uwais kat sekolah?
Dia ada minta tolong ambilkan Uwais tapi aku buat keras kepala. Dah dia boleh sayang tidur kenapa aku tak boleh buat hal aku jugak.
Sewaktu kejadian tersebut, Kak Lin ada bagitahu yang dia nak berhentikan Uwais dari bersekolah oleh kerana takde siapa nak ambik Uwais.
Padahal sewaktu dia bekerja, aku selalu je ambil Uwais sekolah. Disebabkan dia buat perangai sayang akan tidurnya itu aku pun mula buat perangai keras kepala aku.
Dahlah aku menjaga makan, minum anaknya satu sen pun takde upah. Perli aku ada la. “Sebodoh-bodoh aku pun ada ler gaji beribu sebulan, engkau cerdik tu apa yang kau ada” – Kak Lin.
Yang takde apa-apa ni lah yang jaga anak kau. Yang mengajar anak engkau mengenal ABC, 123. Daripada tak kenal huruf dah kenal huruf selancar-lancarnya.
Ada ke kau ni mengajar anak kau sendiri ABC? takde. Adapun aku yang suruh engkau ajar supaya Uwais tu tahu dia masih ada sesosok manusia yang digelar ‘Ibu’.
Tapi bila kau mengajar anak kau apa kau buat? Kau tengking dia. kau ajar dia macam dia dah lama bersekolah. Dia datang semula pada aku nak aku yang ajar dia.
Orang yang takde apa-apa ni jugak lah yang bagi makan anak kau tu tau? Kalau mengharapkan engkau mati kebulur la Uwais tu.
Aku juga lah yang jaga anak engkau setiap hari non stop. Walaupun sewaktu kau ada kat rumah. Kenapa kau tak jaga anak kau sendiri? Sebab kau lagi sayang handphone daripada anak engkau.
Sepanjang Uwais bersekolah, sekalipun aku tak pernah tengok dia basuh baju sekolah Uwais apalagi nak sidai yang sudah aku sental.
Ya aku tahu aku ni tak bekerja. Tapi bersebab. Dia yang bekerja setiap hari non-stop baju Uwais semua ketat, koyak takde pulak nak beli baju baru.
Kalau bekerja duit selalu tak cukup nak buat apa. Anak pun terabai baik tak payah kerja.
One more thing, aku yang takde apa-apa, yang takde duit beribu ni lah sayang dan jaga anak kau macam jaga anak aku sendiri. Kau pun tak boleh nak jaga anak kau macamtu.
Dasar tak kenang budi!
Yang paling aku sakit hati, Uwais kan dah start sekolah jadinya aku tidurkan Uwais awal la.
Tapi bila Kak Lin balik dia kejut Uwais. Uwais bangun semula dan berbual ngan Kak Lin tapi dia pulak yang marah Uwais tak nak tido.
Lepastu Uwais belum tidur balik, dia dah pegi dapur nak makan. tinggal macamtu ja anak nya. Aku lah yang kena tidurkan semula. Siapa je tak bengang. Pandai kejut pandai la tidurkan semula.
Sebelum aku tamatkan penulisan aku, aku nak tanya pendapat korang lah pasal hal ni.
Patut ke aku buat semua kerja yang sebetulnya Kak Lin yang harus lakukan? Contohnya basuh baju-baju Uwais, sidai, lipat dan sebagainya.
Tapi andaikata aku buat semua tu senang la hati Kak Lin sebab dia tak payah buat kerja langsung. Kalau aku tak buat pulak aku jugak yang susah pasalnya aku yang kena cari dan pakaikan baju kat Uwais.
Entah lah. Kalau pendapat korang camana?
Ok lah itu saja lah confession aku kali ni. Thanks admin dan para readers sudi baca. Maaf kalau agak panjang sebab aku geram sangat dengan perangai Kak Lin yang tak pernah berubah.
– Aifa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit