Baca 3 Perkongsian Ini Jika Anda Sudah Bergelar Graduan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Aku baru grad Jun lepas tapi apa yang aku nak cerita ni boleh apply utk semua peringkat tak kiralah graduan dari universiti mana pun.

Bulan May-Julai ni memang fasa konvo pelajar undergrad esp di UK dan Ireland. Dalam tempoh sebulan dua tu, aku sempat la meraikan 4 majlis konvo di 3 buah universiti seluruh Republik Ireland.

Jadi, sempat la aku mencemar duli di UCC, NUIG dan RCSI. So far RCSI punya quiet grand, di Galway paling memberi inspirasi dan Cork paling banyak nostalgia dan cantik …haha ada bias di situ..lol
Tapi aku terlepas 2 konvo kat Dublin..sob2 :'(

Kalau ada yang nak tahu budak-budak Malaysia kat sini buat course apa, kebanyakannya conferring budak-budak medic, selain dentistry, food science, pharmacy etc, sebab Mara memang hantar ramai bakal doktor ke sini.
Tahun ni je, dekat 150 doktor, fresh from Irish farm.
Tapi ada ramai juga yang buat bidang perakaunan dan kejuruteraan tapi yang lain tu mostly fama (father & mother), selain postgrad.

Ok, cukup la cerita setting masyarakat, negara & masa sebab yang aku nak cerita bukan travelog untuk budget travel/backpackers tapi ada benda yang lebih penting.
Tiap kali aku jumpa member-member yang nak grad ni, ada perkara yang aku cuba pesan kat dorang sebelum bfg.

Nope. Bukan pesan minta kirim hadiah atau belanja makan (tapi budak-budak ni memang reti jamu tetamu, aku boleh rekemen kalau ada yang mencari si bujang..haha), tapi ada benda yang lebih penting aku nak tengok.

Each and everytime, mana yang aku sempat, aku buat random pep talk tak kira la time borak kat bilik tidur, time makan, tengah masak kat dapur, tengah lunch kat restoran, atau time tengah berjalan ke uni.

By the way, sebelum ada yang bash, ni bukan artikel suruh balik berkhidmat di Malaysia, nope. Tapi fokus pada what’s next after graduation?

Ni 3 perkara yang aku bebel bila ada peluang, aku tulis artikel sebab tak cukup kudrat nak jumpa satu-satu;

1. Balik Malaysia/kerja mana2 nanti, jangan jadi doktor/employee je, BE MORE THAN WHAT YOU ARE OFFERED TO DO. Tapi kalau takde kerja lagi, cari la kerja ye…

Kenapa aku pesan benda ni? Sebab aku tahu, budak-budak yang belajar sampai peringkat universiti di Malaysia/Eropah/Middle East/SEA/America/China/India etc, tak kisah la under sponsor/fama ni, kebanyakannya memang selected atau cream of the cream.

Ada yang bekas pelajar cemerlang sekolah, top debaters, best sportswoman, anak VIP Dato’ Datin, politicians, anak millionaires dan of course, anak cikgu/doktor/engineer/lawyer/other professional tersangatlah ramai.

Again, tak semua ada background sama, ada yang duduk ceruk kampung sampai kena mendayung rakit, ada yang rumah asal dekat tepi kubur tengah kelapa sawit, keluarga penoreh, nelayan, dan petani pun ada. Kira orang susah la but still anak-anak muda ni dah buktikan yang dorg boleh berjaya walaupun starting point berbeza/disadvantage position.

Nak cakap semua graduan universiti ni kongsi satu benda, we all share little success in the past. Be it academic or extra-curricular, inside or outside school/prep college. Even success is define within family. Sebab boleh dikatakan ramai yang datang dari keluarga yang stabil dan menyokong pendidikan tinggi. Cukup kasih sayang. Tak semestinya tak kaya, yatim piatu, ibu bapa bercerai, takde langsung kasih sayang…kan?

Ada member yang aku kenal, terutama bekas2 pengawas, bila bercakap di depan memang ada karisma.
Ada yang wara’ dan menjaga hubungan dengan Allah, bila berbual-bual, boleh membangkitkan iman di luar usrah.
Ada yang jenis pandai berfesyen dan berdeco, bila dalam rumah dah macam Ikea, keluar rumah dah macam model Topman/Zara.
Ada yang update status di facebook, bila orang baca, tersentuh hati sampai terus call parent minta maaf walaupun takde salah pape. Ramai yang dah terbitkan buku pun. Siap kita tertunggu-tunggu status terbaru dia.
Ada yang pandai melukis potret, kartun, dan khat yang indah dan comel…memang orang berjiwa seni ni mudah didekati orang ye?
Ada yang pandai main alat muzik dan menyanyi, malah lagu yang didendangkan tak bawa idea komersial sahaja tapi ada mesej kemanusiaan.
Ada yang pandai photoshop, fotografi dan videografi, memang manusia yang wajib ada dalam mana-mana organisasi.
Ada yang kepimpinannya terserlah bila mengendalikan sebarang projek/organisasi.
Ada yang mewakili universiti dalam acara sukan. Di sini, kelompok ni memang jadi kebanggaan warga Malaysia esp among student. Bukan senang orang kecil macam kita ni nak bersaing dengan badan besar, unless skillset dan semangat kena tinggi bila berhadapan dengan body advantage.

Dan beribu lagi manusia berbakat besar aku jumpa kat sini. Tak larat nak tulis. Kalau ada yang jenis rasa tak jumpa bakat ni, bukan sebab takde tapi tak selongkar je.

Pengalaman hidup selama 20-30 tahun ni, sebenarnya secara tak sedar, dah bantu diri kita, to be someone today. Yang boleh menambah nilai/berfungsi dalam masyarakat. Bukan merosakkan masyarakat.

Aku tahu bukan senang nak agih masa untuk masyarakat bila esok lusa, kita dah mula sibuk dengan realiti hidup, keluarga, karier, kesihatan, kewangan etc tapi bila kelompok manusia yang berkualiti ni tak dimanfaatkan, aku nampak tu satu kerugian yang besar pada masyarakat. They have more they could offer to society, if they strongly wish to.

Point utama aku kat sini ialah, we need to realise that we have more to offer than our degree and all the skills that we obtain during our undergrad+20 years life. Accept that fact and look for opportunity to contribute more.

2. Ni point yang paling penting, BANTU SEDARKAN ANAK BANGSA. Sedarkan mereka yang kita ada tanggungjawab besar kena laksana. Serius, kat luar sana memang ramai yang lost. Hidup sekadar ikut flow. Tak cuba nak buat apa2 perubahan yang positif. Kalau orang yang baik macam korang hidup sekadar menjadi baik, memang boleh. InsyaAllah aman hidup. Tapi sampai bila?

Kan dalam point pertama aku cakap, know ourselves that we can offer more. Aku rasa tak perlu aku terangkan di manakah ruang dan platform untuk kita menyumbang tenaga. Tapi kalau rasa nak bincang lebih lanjut, tak tahu bagaimana nak menyumbang, boleh bincang kat komen. Benda ni best untuk kita bawa bincang. Kita bincang macam mana nak kenal potensi diri dan platform yang ada.

Tapi untuk point kedua ni aku fokus pada satu perkara fundamental iaitu, lepas kita faham kena menyumbang lebih dari sekadar bayar cukai, jadikan objektif SEDARKAN ANAK BANGSA sebagai salah satu daripada sumbangan asasi yang kita kena buat. Kau buat la apa2 humanity projek, advocate apa-apa positive cause, join rally/demo, join lah parti politik/ngo/ngi mana sekalipun, perkara ni jangan abaikan.

Percaya tak bila aku cakap, graduan universiti ni orang baik? Serius la, paling nakal pun member aku kat universiti, tak pernah lagi aku jumpa yang jenis rosakkan anak dara, pembunuh atau kaki rompak duit. Tapi kalau betul ada member kita yang terjerumus dalam darkside, bantulah mereka kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya meninggal kemungkaran yang sedang dilakukan itulah perkara yang paling afdhol. The force is strong bro!

Aku pernah berbual dengan beberapa kawan yang belajar di sini, yang meluahkan pandangan untuk taknak pulang dan berkhidmat di Malaysia. Yang graduate Malaysia pun nak migrate ke negara lain. Kalau nak list, banyak sebab, housemanship setting di Malaysia, gaji, kadar jenayah yang tinggi, kebebasan hidup di luar negara etc. All have relevan reasons of their own. Mereka ni orang-orang yang baik. Bukannya khianat negara ke apa. Tak, cuma situasi dan cara fikir yang berbeza.

Sebab dengan jadi individu yang baik, bina keluarga yang stabil dan bakat yang ada, ditambah pula profesion yang kita pilih, sebenarnya kita dah boleh cuci tangan dari masalah orang lain. Boleh duduk diam di rumah atau melancong di mana-mana waktu cuti.
Kalau bekerja luar negara lagi la seronok sebab hidup kau takde siapa kacau. Sini privacy memang top priority.

Tapi serius, takkan la sampai hati kita bila sedara-mara kita tak cukup makan, anak-anak sedara atau sepupu kita terlibat dengan gejala sosial, tak pun adik beradik kita terlibat dalam keganasan domestik etc? Distance may seperate us but bonds can never be sever. Kalau jenis yang tak rasa bonding ni, boleh bincang juga kat komen. Sebab tak semua orang kita boleh pukul sama rata

Aku tak kata kita seorang kena ubah semua perkara yang negatif tu. Jauh sekali mengatakan kita mampu ubah/beri hidayah pada orang lain. Tak. Bab hidayah kerja Allah. Cuma kita memang kena tolong pimpin orang-orang sekeliling kita. Kerana kalau Allah nak bantu, memang akan diberi kefahaman dalam agama.

And there are 2 rules to change something;
1 – be the change
2 – stick to rule no 1

Bab siapa ANAK BANGSA yang nak dibantu, orang sekeliling kita ni ANAK BANGSA. Kalau rasa berat nak keluar duit untuk pergi jauh2 bagi perkongsian hati/pengalaman, bantu bermula dari keliling kita.

Adik kita, kawan-kawan kita., sedara mara. Again, selalu letakkan matlamat nak BANTU ANAK BANGSA, maka kita akan bantu yang lain bila tiba masanya. Tak perlu tergesa-gesa nak buat sentuh semua orang. Sentuhan peribadi ni lebih efektif.

Once korang dah faham point atas ni, mesti korang nak tahu, nak bagitahu apa kat pada mereka yang terpinga-pinga dan lost dalam arus hidup yang melalaikan ni, aku rasa jawapan itu ada pada kita sendiri.

Tanya diri kita, apa agenda dan cita-cita aku? Kalau aku tak tahu dan usahakan matlamat ini, di manakah aku? Soalan-soalan retorik ini sebenarnya jawapan kepada permasalahan yang kita lihat dalam masyarakat hari ini….pergh, canggih juga ayat aku tulis ni.

Just remember one thing, if it is something that you believe, it is worth fighting for.

3. Kita berharap segala macam masalah yang melanda sekarang dari segi jati diri dan identiti anak muda, kenegaraan, urus tadbir dan beribu lagi yang diwarisi dari zaman moyang kita, diselesaikan oleh mereka ataupun ibu bapa kita, tapi hakikatnya tak jadi macam tu. Jadi, nak tak nak, THE BATON HAS ALREADY BEEN PASSED IN OUR HANDS. So, takkan kita pun nak wariskan masalah yang sama dekat anak cucu kita kan? Bagi la can dorang sibuk uruskan masalah lain era dorang.

Agak-agak, pernah tak rasa timbul bersalah bila kita dan kawan-kawan bergelak ketawa bila hampir tiap kali jumpa, semua benda happy je kita buat? Mesti pernahkan. At least kita nak do something worth together. Don’t just become friends, be a comrades. Work towards something, together-gether. Walaupun tak semua orang kita boleh kamceng..haha

Pernah tak terfikir, dengan masalah pedofilia, jenayah, integriti, dan akhlak yang semakin lama semakin parah, siapa yang nak baiki? Sampai kita rasa, mungkin hanya dengan etnik cleansing baru boleh setel masalah. Just nuke Malaysia, problems settled.

Jawapannya, kitalah yang kena jadi solusi. Benar, kritik itu satu kaedah, tapi perlu disusuli dengan gerak kerja yang tersusun. Dah jadi tanggungjawab kita generasi pelapis untuk ambil langkah proaktif dalam hal ni.

Waktu belajar dulu, boleh la kata, nak fokus belajar. Once dah habis belajar, reality come and hit us. We’ve become unemployed. Patutnya dah kena kerja dan mula bayar cukai. Dah boleh buang undi pun…eh?

Yang pasti kita akan terus hidup, cuma nak hidup sebagai apa dan mati sebagai apa. Kalau boleh, biarlah hidup dan mati meninggalkan belang seperti sang harimau kata orang tua.

Dan kalau sejarah lampau menghantui kita, katakan itu kau yang semalam. Everyone has dark side. Always believe that we are able to change. Tak guna mengenang kesilapan/dosa yang lampau jika akhirnya kita guna sebagai alasan untuk menolak tanggungjawab yang dah terpikul di bahu…bagi mereka yang sudah faham.

Dekat Ireland, aku sempat melalui fasa-fasa menduga seperti diuji dengan kesibukan kerja, kesimpitan wang dan masa. Yang pasti semua akan melaluinya cuma berbeza-beza level kepayahan sahaja.

Kadang aku sendiri akui susah untuk kita berubah walaupun tahu benda tu baik untuk kita. Lagi pula mahu membuat perubahan di mana tangan kita boleh mencapah, sedang iman kita pula turun naik, sekejap bersemangat, sekejap lemau, tapi itulah perjuangan.

Cuma situasi masyarakat yang kritikal hari ni, tak mengizinkan kita untuk buat benda ni part time/some time. We need to do more than we are obliged, and constantly improve.

By the way, ada satu rahsia aku nak kongsikan yang boleh dijadikan pegangan hidup, bila kita cuba untuk selesai masalah yang besar, masalah yang kecil akan kelihatan mudah.

So there you have it lads, 3 points yang aku selalu ringkaskan bila selit dalam perbualan dengan kawan-kawan yang dah grad. Malah benda ni sebenarnya apply dekat yang tak go through higher learning institute, belum grad atau pun kepada yang dah bekerjaya dan berkeluarga sekalipun.

Sebagai hadiah untuk korang yang mampu baca sampai habis tulisan aku ni, aku belanja satu quote, the secret of life is, to fall 7 times, and get up 8 times (siapa yang tahu quote ni dari mana, kita memang boleh jadi bestie :D)

#NotaWawa: The Alchemist~

– Solo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit