Baca Ini Dahulu Sebelum Kahwin Dengan Doktor

Untuk bakal2 yang nak mendirikan rumah tangga tak lama lagi, dan jika anda bukan seorang doctor tetapi pasangan anda adalah doctor, sila beri perhatian. Janga baget2 bagus/ sweet sangat dapat couple dengan doctor sebelum anda memahami situasi di bawah.

Pengakuan: abam bukan doctor, zaman2 abam nak kawin dulu takde pon page2 macam ni yang orang nak share experience, tapi abam tak pernah menyesal berkahwin dgn doctor.

1) Bidang kedoktoran ni banyak cabang, so tak semua apa yang abam tulis kat bawah ni applied to every doctor. Ada yang doctor tak perlu oncall or duduk kat hospital 24/36 jam, ada yang keje ikut office hours 8-5pm je, ada yang oncall dari rumah, ada yang tak perlu masuk OT berdiri berjam2 etc etc.

2) standard doctors kat hospital kene oncall, sama ada passive or active and during public holidays. So mereka akan spend 24/36 hours kat hospital, dari 8 pagi ke 5 ptng keesokan harinya. Ada hospital/department yang benarkan post-call off, maksudnya lepas hand over pagi2 tu mereka dah boleh balik. Ada yang kene oncall 24 jam during weeked. kalau takde doctor, sapa nak atttend orang2 sakit waktu malam, weekend or masa cuti raya? Sapa nak deliver makcik2 yang sarat mengandung? So bersiap sedia. adakah anda sedia untuk jaga anak2 kecik bersendirian malam2 bila pasangan anda oncall, during weekend? or beraya sorang2 or dengan anak2 je tanpa pasangan? ni secara general oncall, ada lagi shift system untuk houseman yang abam taknak sentuh.

3) oncall lagi: bile dan kene oncall, mereka ni akan kurang tidor, byk bende nak kene handle (during normal hours, katakan 4/5 doctors jaga wards tu, bile oncall tinggal dia sorang je sama houseman yang baru nak mula blaja buat kerja), sudah tentukan la makin banyak tekanan/ stress. Nk ngadap orng yg tenat lagi. So korang kene bersedia berhadapan dengan swinging mood mereka ni. tips abam: masa mereka oncall, kau hantar la makanan sedap2, biasanya orang tgh penat2 ni kau bagi makanan dia akan happy. Kalau tak sempat, call buat pizza delivery pon ok. Kalau dah ada anak, kesian anak tu 24/36 jam tak jumpa mak/bapak, kalau mak- anak tak dapat breastfeed, so bile free bawak la budak2 jumpa mak/ bapak mereka. Bawak makanan sekali!

4) doctor dan exam tak dapat di pisahkan, sebab a good doctor never stops learning. So untuk menjadi doctor yang bagus, mereka kene belajar dan belajar, sama ada sambung master or amik professional exams. Jadi bila ada exam, korang kene bersedia untuk sacrifice masa, duit, dan bende2 lain. Kene bagi semangat, kene jaga anak2 biar mereka boleh focus, and exam cost bukan murah, we are talking about hundreds to thousands of dollars/ sterling pounds. Kalau yang pilih master tu, bersedia berhadapan dengan tiada cuti pantang. Jaga la baby dalam hari tu sendirian. Oh master tu bukan setaun dua mcm bidang2 lain, but 4 tahun!

5) dalam keadaan di atas, kerjasama penting. Jgn jadi typical melayu yg expect his/her partner to do everything in the house, tkleh expect dia masak untuk kau setiap hari, bersedia untuk beli groceries sendiri masak sendiri, kemas rumah, basuh baju, gosok baju, jaga anak etc. Tips abam: kalau nak senang sikit, hire a maid.

6) points ni rasanya standard kat mana2 pekerjaan. Kalau habis houseman tu kene hantar ke mana2 sabah serawak bersedia lah korang cari keje lain, or weekend/ monthly husband and wife. Cuma yg lainnya doctors ni kene ada khidmat wajib, mereka tk boleh suke2 berhenti kerja kalau ada plan nak keje balik sebagai doctors. Cuti pon takleh lama2 sebab clinical skills to kene continuos practice, kalau tak hilang skill nnti.. kau tk takut ke tibe2 masa tgh operations, doctor tu lupe bahagian mana nak potong dulu?

7) jgn expect partner anda ada md/ mbbs even dari uk, anda expect senang untuk dia cari keje kat negara2 lain in case anda dapat peluang kerja overseas. Unless your partner dah jadi fellow/ member of royal college etc etc from uk, aussie, ireland, or dah lulus american board of specialization. Setiap negara ada medical board tersendiri, ada syarat tersendiri untuk a doctor to practice. So jangan teruja sangat tgk doctor2 duduk rumah tak kerja “owh baik nye isteri/suami dia ada mbbs pon duduk rumah je jaga laki/bini”. Even malaysia pon ada rules sendiri, bukan senang2 nak bagi doctor luar datang practice. Biasanya mereka kene amik exam ikut negara tu, ada exam tu kene cover materials dari 1st year of med school. So kebanyakkan yg mid career ni dah malas nak study balik basic sciences mereka, sebab tu end up duduk rumah je. Tapi tak semua macam tu, ada jugak yg pilih untuk duduk rumah jaga anak sebab his/her partner dah earns more than enough.

8) confession ni bukan nak menakutkan bujang2 semua, but this is what you should expect, jgn nak acah2 sweeetttt sangat la dapat tampar doctor kat emergency room tuu hahaha. Imiginasi tinggi la ko dik! cuba kau imagine kalau laki bini doctors? nasib la kau anak2.

– abam bukan doctor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit