Baca Ini Jika Anda Ada Masalah Rumah Tangga

Salam IIUM Confession readers, hari ini aku terpanggil untuk menulis kerana terlalu kerap membaca luahan perasaan para isteri yang upset dengan kelakuan suami and vice versa.

Aku rasa triggered sangat bila baca cara some of us handle marriage conflicts… for me, sangat2 tak matang.

Mungkin ada yang tertanya2 eh apsal engkau nak triggered pulak.. bukan engkau yang hadap and kalau tak suka, tak payahlah baca yadayadayada..

Meh sini aku bagitau sebab apa aku tak boleh nak brain bila baca such confessions….

Ini disebabkan selain daripada pengalaman aku sebagai seorang isteri dan ibu, aku juga seorang tenaga pengajar di sebuah kolej (pelajar aku range umur dalam 18-21).

So apa yang aku luahkan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dari sesi luahan para pelajar aku (both genders) yang ada masalah depression, low self esteem, stuttering dan/atau hidup dalam trauma akibat masalah rumahtangga parents.

Ada yang inform aku parents bergaduh non-stop sejak dieorang umur 5 tahun sampai sekarang (dahsat – 13 tahun tu!!) dan mcam2 lagilah aku dengar cara parents masing2 handle masalah rumahtangga.

So aku ada 2 points je aku nak sampaikan kpd golongan yang terlalu kerap bergaduh laki bini/in the brinks of divorce/yang dah bercerai:

1) Tolong sematkan dalam diri, ORANG YANG PALING TERKESAN/ TERLUKA DISEBABKAN PERGADUHAN/ MASAM MUKA antara engkau dengan laki/ bini engkau adalah ANAK ENGKAU!!

Kalau engkau dah decide untuk tidak bercerai sebab nak bertahan demi anak2, then usahalah untuk baiki relationship itu.

Ini tak, lepas laki engkau pukul/ curang dengan engkau berkali2, engkau guna alasan untuk stay demi anak2, tapi ingatkan anak2 bahagia, tapi sebaliknya.

Bayangkan, kalau dah setiap hari bergaduh n maki hamun, engkau ingat anak engkau tenang dan bahagia ke?

Memang taklah kan… kesannya anak engkau yang akan traumatised and later dieorang pun akan struggle nak build trust and start a relationship with someone.

Bukan aku nak encourage untuk bercerai, point aku kalau nak stay, usahalah untuk perbaiki keadaan diri dan rumahtangga engkau.

Kalau laki/bini engkau jenis tak nak cooperate sama2 baiki diri, usaha pergi kaunseling atau dapatkan bantuan orang lain yang spouse respect…

And teruskan berdoa solat tahajud untuk Allah bantu memperbaiki diri kita dan pasangan kita… ini kalau dah lebih dari 2-3 tahun, tapi macam itu lagi perangai masing2… engkau tak kesian ke dengan anak2 engkau yang membesar dalam keadaan yang toksik??

Hakikatnya, semua rumahtangga pun ada ujiannya. Tapi cara kita handle tu yang membezakan the outcome.

Tapi kalau engkau ambil langkah untuk bercerai, tolonglah jangan lepaskan amarah terhadap ex pada anak2 engkau. Ingat, anak2 tak boleh pilih mak bapak, tapi kita yang pilih suami/ isteri kita.

So tolong la ingat anak2 kita tak bersalah pun atas kesilapan/ ujian pasangan yang Allah beri kepada kita.

Terutamanya selepas bercerai, anak2 ini lebih lagi perlukan bimbingan dan kasih sayang sebab again, yang paling terkesan/terluka adalah anak2, bukan kita yang dah tua bangka ini..

2) SILA SELESAIKAN MASALAH DENGAN CARA YANG MATANG!!

Tolong jangan jadi selfish fikir perasaan engkau je.. kalau benda kecik pun engkau nak masam muka dan bergaduh dengan pasangan, aku tak dapat bayangkan kalau timbul masalah besar, macam mana agaknya engkau tangani masalah tu ye??

Aduhai, ibu dan ayah… engkau tu dah berumur kot.. aku percaya masing2 yang confess kat sini ramai yang dah masuk late 20s to 40s..

Takkan cara engkau handle conflict masih lagi macam cara budak2 bergaduh. Tak puas hati sikit, monyok.. Kena tegur sikit, mengamuk.. Ada benda tak puas hati sikit, mula cari orang lain..

INGAT, orang yang matang akan cuba cari strategi untuk perbetulkan keadaan. Bukannya dia penyumbang masalah..

Selalulah muhasabah diri dan perbaiki kelemahan. And aku perasan masih ada lagi yang tidak tahu perbezaan komunikasi antara lelaki dan wanita.

Basic, lelaki mmg takkan faham kalau engkau bagi hint kat dieorang. Kena bagi clear and detailed instructions.. aku rasa, most of us sebenarnya boleh avoid conflict, if only we learn how to communicate better with our spouse.

But kita kebiasaannya habiskn masa dengan main socmed/ netflix series/ main games instead of tambah knowledge kita on marriage/ parenting skills.

N then bila tak puas hati, mulalah blame pasangan sedangkan kita juga mungkin punca masalah berlaku.

Senang kata…

PLEASE GROW UP!!

Bila dah berumahtangga dan dah beranak pinak ini, tolonglah ketepikan ego.. engkau ada anak2 yang perlukan perhatian daripada both you and your spouse..

Anak2 akan observe and eventually they will follow cara engkau handle konflik dengan pasangan, so make sure you show them how adults manage a conflict well… Kerana bersabar tanpa membuat sebarang perubahan bukanlah tindakan yang bijak.

Aku harap apa yang aku tulis ini, dapat dimanfaatkan sebaiknya sebab tujuan aku ini bukan nak hina sesiapa, tetapi lebih kepada memberi peringatan kepada kita semua,

Sebagai ibu bapa untuk lebih berhati2 dalam tindakan dan pemikiran kita sebab implikasinya bukan terhadap kita laki bini sahaja, tetapi keturunan kita.

So let’s end the vicious cylcle together and work on ourselves as nothing will change if we change nothing.

Sekian, assalamualaikum.

– Ms carrie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *