Baca Ini Jika Anda Seorang Pengguna

Assalamualaikum. Aku Nis, 21 tahun. Bekerja sebagai part time promoter di sebuah mall di utara tanah air. Aku sedih dengan mentaliti rakyat malaysia terhadap golongan macam aku. -P-R-O-M-O-T-E-R-. Aku start keja kat mall tu sejak dari lepas spm lagi. Dan selama tulah aku jumpa macam macam ragam rakyat malaysia. Aku dan promoter yg lain selalu dilayan teruk dan dihina. Yaa, bukan semua yang bersikap mcm tu. Namun, masih ada jugak yang begitu. Kami jugak manusia. Kami pun ada perasaan.

Kami jumpa jenis manusia yang suka sangat menjerit terpekik terlolong ketika communicate dengan kami. Yaa, kami takmampu nak beli baju yang hampa beli. Kami takda duit yang banyak macam hampa. Kami orang susah. Tapi kami cuma mintak hampa communicate dengan kami seadilnya seperti yang lain. Seronokkan kalau kita boleh berborak macam orang lain. Allah pun suka. Kalau boleh minta lah dengan baik. Insyaallah kami jugak akan layan sehabis sebaik.

Tolonglah jangan hina pekerjaan kami. Ramai yang suka hina dan memperlekehkan pekerjaan kami. Terutama ibu bapa yang datang beli baju utk anak anak yang dapat sambung belajar. “Anak aunty dapat masuk U. Hg keja sini je kaa? Org muda muda p belajaq, ni hang muda muda dh keja macam ni” “Hang syok sangat keja sini, berapa sangat depa bayaq” Aku tau apa yang org kebanyakan tu cakap betul tapi taksemua kan yang dapat peluang tu. Sedih bila tengok akak dan adik promoter yang disoal macam tu. Dan kami memilih untuk berdiam diri. Bukan membiarkan. Cuma malas bertekak dengan golongan sebegitu. Sebab kami yakin Allah lebih mengetahui. Plus sebenarnya kat mall aku ramai je yang buat part time situ degree holder. Budak medic, budak engineering, bakal bakal cikgu, bakal accountant dan berapa ramai yang tengah tunggu panggilan iv untuk pekerjaan tetap selaras dengan kelayakan. Tapi, takda pula mereka kisah untuk kerja di mall dulu sebelum ke tempat lain. Sebab mereka yakin, Allah selalu ada dengan mereka dan rezeki Allah ada dimana mana sahaja.

Next, ada jugak golongan manusia yang tak prihatin yang suka punggah dan bukak lipatan baju kami. Yaa, bukak lah baju tu jika nak try baju tu. Takpa kami bagi jaa. Tapi kalau tujuan cuma nak tengok corak dan cutting janganlah. Kan dah ada display yang dah tersedia kat depan. Pernah aku tunjuk baju yang bergantung katmana, terus dijeling dan merengus marah. Siap menjerit “Aku nak tengok je pun” Allahurabb. Yaa, kami memang dibayar utk melipat baju seluar. Kalau 50 org datang buat benda yang sama dalam sehari, hmm fikirlah sendiri sebab tu kami sediakan yang bergantung kat situ. Aku bukannya marah cuma kekadang kami baru jaa lipat baju tu datang orang lain terus dirungkai semula. Belum lagi customer yang nak buat alter kaki seluar yang nak seperfect professional tailor macam kat luar sana. Kami belajar basic je. Garis 3 kali, potong dan jahit. Kami bukannya ada sijil menjahit dari mana mana institut. Janganlah marah jika ada kecacatan pada jahitan kami. Kami dah cuba sehabis baik. Kasihanilah kami.

Sebenarnya banyak lagi perkara buruk yang berlaku kepada kami. Cuma, katsini aku mintak sangat tolonglah berkomunikasi dengan baik, jangan menghina pekerjaan kami dan jangan menyulitkan pekerjaan kami. Tak dapat dinafikan ada jugak yang baik hati dengan kami. Yang berlemah lembut dan bermanis muka. Kami pun jadi suka nak berjual beli dengan orang tu. Akhir kata, Allah yang beri kita rezeki, dan Allah jugak boleh mengambilnya kembali. Terima kasih semua.

-Nis, pelajar tahun kedua, ijazah sarjana muda undang-undang ipta.

– Nis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit