Baca Pesanan Jurugambar Ini Jika Anda Mahu Jadi Model

Aku cuma nak confess mengenai realiti zaman sekarang yang majoriti golongan wanita mahupun lelaki yang memasang impian nak jadi seorang model. Maaf kalau penulisan aku ni membuatkan sesetengah orang terasa hati. Ye la, ikut kata pepatah, siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya.

Aku ni seorang fotografer yang berpengalaman dalam bidang ni bertahun lamanya. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa, kalau nak bercakap pasal dunia fotografer ni mungkin aku perlu tulis untuk post seterusnya kot. Sekarang ni aku nak ketengahkan isu pelambakan orang yang rasa dirinya layak dipanggil “Model”.

Situasi pertama : Ada seorang wanita yang hantar gambar selfie. Lawa bak hang. Nak jadi model untuk satu produk baru oleh client aku. Waktu ni last minute punya kerja, terpaksa cari orang last min. Ok, aku terima dia jadi model aku untuk esok hari. Tunggu keesokkan, dia datang dan aku terkejut jugak la. Gambar selfie dia dengan luaran memang berbeza. Yang aku perasan dia punya perbezaan dari segi warna kulit dan wajah dia tu yang maybe sebab lighting, filter atau angle dia tangkap gambar. Silap aku yang terima secara membuta tuli gambar selfie dia ni. Apa yang terjadi lepas dia datang tu taknak la aku kongsi kat sini.

Situasi kedua : “Model” yang tak reti bermake-up. Bagi aku model ni kena reti segalanya sebab kau diberi bayaran kan. Jangan nak request harga mahal tapi kalau cuma reti selfie dan pose pun kekok, jangan perasan la diri tu model. Yang aku tengok orang tulis kat ig masing-masing, “Freelance model”, celah mana yang model tu? Jangan perasan diri tu model kalau sebenarnya kau bukannya model pun. Setakat reti posing pun, aku suruh mak aku pose pun boleh. Lagi satu, bukan makeup je kena pandai, korang kena kreatif, pandai dalam komunikasi dan pandai lilit shawl atau tudung jugak (bagi model muslimah)

Situasi ketiga : Mungkin aku jahat kot. Tapi, inilah realiti, aku kena cakap benda yang betul. Ramai yang berminat nak jadi model tapi masalahnya, muka tak cantik sangat atau muka bermasalah. Kena sedar diri tu macam mana, kalau setakat nak harapkan filter gambar dalam phone, memang semua orang nampak flawless dan cantik macam neelofa. Nak cantik kena usaha jugak, ada je dia ni muka tak lawa tapi bila usaha nak jaga muka & badan lama-lama dia cantik weh. Tengok kat cermin dulu sebelum request nak jadi model, anda dibayar jadi, kami pun nak bagi bayar setimpal apa yang diperoleh. Aku terima statement yang cakap “everyone is pretty” tapi, kadang-kadang kita kena sedar diri macam mana, kena cermin diri dan berusaha kalau nak dapat title tu.

Kalau betul-betul berminat nak jadi model, cuba korang buat research macam mana real model tu memang betul-betul gempak dari segi semua aspek? Sebab diorang banyak habiskan duit untuk jaga kecantikan diri dan daftarkan diri untuk belajar benda berkaitan modeling ni. Bagi aku, kalau korang nak claim diri tu model, korang kena tengok checklist bawah ni :
i. Banyak pengalaman dalam modeling. Korang dah join banyak photoshoot untuk tambah pengalaman dan biasakan diri dengan sesi photoshoot. Kalau tak biasa ber-fotoshoot ni, korang pandai-pandai la cari peluang ; mulakan dengan jadi model yang tak mintak bayaran, tambah portfolio / gambar untuk job akan datang.
ii. Pandai pose. Jangan nak tunggu orang suruh posing je sepanjang sesi shooting. Korang kena belajar pose, berlambak korang boleh belajar di internet.
iii. Pandai senyum. Nak senyum pun kena praktis sebab sesetengah orang tu dia senyum macam tengah marah. Praktis tengok kat cermin, imagine diri tu dalam gambar macam mana rupanya.
iv. Pandai berkomunikasi. Kau kena friendly dengan client, jangan nak harapkan client yang kena friendly dengan kau. Ni tak, kadang-kadang jumpa yang jenis pendiam takpun jenis yang sengih je nak keluarkan suara pun jarang. Nak jadi model pun kena bersikap professional sebab kita ni bagi servis pada golongan businessman untuk pose product / baju / shawl diorang.
v. Mahir bergaya dan bermake-up. Kadang-kadang client harapkan model yang makeup sendiri sebab nak cut cost la katakan. Tapi, model tak reti makeup pulak. Takpun, client harapkan model pakai baju yang bersesuaian sebab nak pose tudung je, tengok-tengok model datang dengan baju warna warni, mungkin gaya retro kot.
vi. Bukan setakat posing photoshoot. Korang kena belajar cat walk kat pentas jugak.

Bagi aku la. Nak jadi model ni kena banyak usaha. Bukan setakat muka cantik je lepas tu, pernah pergi sekali photoshoot dah perasan claim diri tu model. Lagi satu, kena sedar diri tu macam mana. Ni belum bagi gambar nak tunjuk muka diri tu macam mana dah tanya pasal payment. Dah la tak reti pose, diri banyak kekurangan tapi melebih-lebih pulak bab bayaran. Kalau free boleh berkira lagi.

Maaf la kalau aku tulis ni macam serius sangat kes ni hoho.. Korang yang teringin nak jadi model, usaha la lebih sikit. Lepas tu boleh la claim diri tu model k.

– Cendawan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit