Baca Sebelum Kritik

Assalamualaikum. Terima kasih pada admin kerana menyiarkan confession saya. Confession ini saya tulis menggunakan campuran Bahasa Melayu dan Inggeris kotemporari.

Saya Su, yang menulis confession Ada Apa Dengan BTS baru-baru ini (https://iiumc.com/ada-apa-dengan-bts/).

Saya juga ingin merujuk kepada confession Holier Than Thou (https://iiumc.com/holier-than-thou/) tulisan Saudara Faris.

Tak. Saya bukan nak tulis mengenai BTS ataupun mana-mana artis Kpop. Cuma saya ada beberapa perkara yang saya mahu tekankan kerana ramai yang tak nampak content sebenar saya. Saya memohon maaf jika penulisan saya mencetuskan ketidak-senangan hati, para pembaca.

Kenapa saya buang masa nak kaji perkara itu? Sebab saya mahu menyelidik untuk mengetahui lebih lanjut (tabayyun). Saya dan suami freelancer, memang saya dan suami akan kosongkan jadual kami selama 2 bulan sehingga akhir tahun untuk membuat aktiviti selain daripada kerja.

Bagaimana kita nak selesaikan sesuatu perkara tanpa kita ketahui akar umbinya? Komunikasi. Komunikasi. Komunikasi. Jangan pernah kita rasa kita ni paling betul, paling benar.

Pertama. Masalah dah ada depan mata ni. Selesaikan. Bukan menghentam. Jaga percakapan kita, takut memakan diri sendiri. Suatu hari nanti, kalian dan saya akan punya anak yang akan meningkat remaja. Saya mahu mengajak kalian educate, educate, dan educate mereka. Persiapan mendidik anak perlu ada, takkan tunggu anak dah dewasa baru nak cari ilmu mendidik remaja.

Yang saya mahu tekankan adalah meminati jangan sampai memakan diri. Letakkan Allah dan Rasul sebagai priority hidup dan yang lain sekadar sampingan untuk hiburan sikit-sikit. Takkan boleh kita mahu mengaharamkan semua perkara secara tiba-tiba. Sedangkan rokok yang telah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pun kita ambil endah tak endah.

Saya amat maklum berkenaan insiden dipeluk dan insiden menangisi kematian Artis Kpop itu. Salah tetap salah. Tapi, jangan kita cenderung menghukum kesalahan orang lain secara berlebihan padahal ada kesalahan kita yang jauh lebih besar tetapi Allah sembunyikan. Kenangkan usia mereka yang masih muda. Mereka yang punya harapan dan masa depan, jangan dihancurkan oleh hukuman yang keterlaluan.

Generasi remaja kita memerlukan emotional support dan social meaning dalam kehidupan moden yang “atomistic” ini.

Kedua, beberapa komen berunusur #hatespeech (sampah lah najis lah tak berguna lah dan lain-lain) berkumandang di ruangan komen. Saya membacanya sambil menepuk dahi. Adakah kalian benar-benar membaca content saya atau sekadar komen atas komen dan membuat kesimpulan sendiri? Kesimpulan tanpa diketahui isinya.

Tujuan saya menulis content tersebut bukanlah menyuruh kalian meminati mereka. Sekiranya mahu memberi kritikan, tulislah kritikan membina yang membantu bukannya cacian. Menegur jangan sampai menghina. Bagaimana kita mahu dihormati sekiranya kita sendiri tidak menghormati. Those who criticize and mock others without value reason, I feel sorry for them. Ada pula yang memberi contoh komen provokatif artis porno pun berdisiplin (tepuk dahi lagi), shame on you.

Ketiga, janganlah samakan generasi mereka dengan generasi terdahulu. Membandingkan generasi ini dah macam (generasi aku paling bagus, generasi sekarang macam sayur, lunyai). Kita di zaman teknologi, zaman fitnah lebih mudah tersebar daripada kebenaran. Orang suka viral benda tak elok daripada benda elok. Kita berbeza generasi, berbeza jugalah cara didikan.

Jika beginilah sikap kita, sampai bila-bila isu Kpop, Raver dan yang sewaktu dengannya takkkan selesai dan generasi muda semakin hanyut dalam dunia mereka sendiri. Jangan terkejut, generasi muda nanti akan memilih untuk menutup mulut, bersikap lebih skeptis, lebih suka meluahkan dengan generasi sebaya mereka dan kita akan dipinggirkan.

Saya petik semula tulisan Saudara Faris;

โ€œBinalah jambatan, bukannya tembok, kerana sekali tembok di bina, untuk meruntuhkannya kembali bukanlah mudah. Serulah manusia ke jalan Allah, dengan penuh kasih sayang dan kebijaksanaan sebagaimana yg difirmankan Tuhan di dalam surah An-Nahl ayat 125โ€

p/s : Terima kasih pada komentar-komentar yang lain, cadangan yang diberikan. Maaf, saya tak mampu sebut satu-satu nama. Namun, segala komen dan ucapan kalian amat saya hargai.

#antiholierthanthou #EndViolence #EndHateSpeech #LoveYourself

Assalamualaikum.

– Su

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *