Assalamualaikum. Aku dah terfikir nak buat post ni selepas dok baca & follow guru-guru kewangan ni beberapa lama. Then nampak cik dara bujang post pasal Membeli Bukan Bermakna Membazir. Good job cik dara. Setuju dengan poin anda.
Aku punya post ni ada kaitlah jugak dengan beliau, then again, ini cuma pandangan sahaja ya. Aku sedar, ramai antara korang yg anggap beli certain benda mahal adalah satu achievement. Ada orang, phone. Ada orang, kereta. Then setelah beberapa lama, ada gerakan yang cuba promote membeli rumah sebagai satu achievement.
Aku tak kondem orang macam ni. Dunia kita pun memang mostly driven by money. Then again, bila nak beli barang mahal, kita selalunya akan guna approach delayed gratification. Maknanya, kita tangguhkan hajat nak dapat reward sekarang untuk ganjaran masa depan. Dengan kata lain, kalau korang nak beli rumah, korang akan saving beberapa ratus bulan-bulan untuk kumpul duit beli rumah. Kalau nak beli kereta, korang akan saving beberapa ratus untuk lepas deposit kereta. Dan sebagainya. Delayed gratification ni bukan baru. Dalam religion sendiri ada ajar untuk kawal diri, buat pahala untuk ganjaran di akhirat nanti (syurga).
Okay itu sedikit backstory. Sekarang untuk main topic. Sebagai millennial, aku rasa dah banyak kali kita disogokkan dengan “self-entitlement” dan “instant gratification” sebagai core values. Okay “instant gratification” ni lawan kepada delayed gratification, yg satu lagi tu malas cerita, korang google sendirila. Tapi aku bagi contoh isu zaman sekarang yg melambangkan dua nilai ni. Contohnya, isu cari kerja, pengangguran, isu fresh grad demand gaji/pekerjaan dan juga perihal saving nak beli rumah ni. Okay aku nak fokus kat nilai kedua. Bab ni, banyak tok guru atau mereka yg pro dalam beli rumah ni turut memilih untuk mengutamakan delayed gratification dan hentam kaw-kaw orang yg buat instant gratification – senang cerita orang yg beli kereta, orang yg beli phone, orang yg beli makanan lebih lima ringgit satu meal, travel sana-sini anything selain property, dia akan hentam. Dia akan kata akal pendek, tak fikir panjang untuk masa depan. Tak membantu bumiputera nak tingkatkan pegangan dalam hartanah. Macam-macamlah lagi diorang kata.
Aku bukan nak bantah. Malahan aku rasa diorang tak salah. Tapi, pandangan diorang ni, aku rasa, tak berapa sesuai untuk golongan millinneal yg baru nak masuk workforce ni. Macam kau, aku, orang yg baru grad dan akan grad nanti. Sebab diorang rata-ratanya adalah baby boomers. Yang diajar untuk utamakan masa depan. Biar sengsara sekarang janji selamat masa depan. Lagi sedih, golongan yang baya-baya aku yang da beli rumah pun sama. Diorang ikut stail camni & last-last bila dah jadi, diorang pun join team perli-memerli golongan muda macam kita ni.
Pada akulah, siapa yg nak ikut petua diorang, okay, go ahead kalau kau ada enough discipline. Tapi kau kena sedar. Apa yg kita lalui sebagai millennial, tak sama dengan apa yg diorang lalui. Zaman diorang sebagai young adult, living cost agak rendah. Transport tak banyak cikadak. Orang pun tak ramai so takde banyak competition. Parents pun mungkin duduk kampung, ada tanah. Jadi gaji 1.5k pun sesuai kalau nak hidup, nak bagi sikit je kat mak bapak pun takpe. Zaman kita, gaji dah saturated sejak 1996. Sejak tahun tu, gaji fresh grad stay dok lagu tu je tak naik-naik. Maknanya, ada gaji yg korang dapat as fresh now, dia dah kekal camtu sejak berbelas tahun lepas. Tak logik. Kalau industry & bisnes berkembang, patut boleh hire fresh with higher pay. Tapi dia kekalkan. Something wrong is happening. Tapi takpe, taknak komplen lebih kat situ. Sebab aku tak ambik kira lagi living cost. Sekarang sebab globalisasi, bnyak barang lua da masuk sini. Jadi standard of apa yg bagus dan apa yg tak tu da berubah. Lagi takleh blah, barang luar tu dijual dalam currency dia, bila masuk sini, tukar duit, jadi lagi mahal. Sesetengah company lokal, kalau nak fight, kena naikkan servis & kualiti. Jadi harga diorang pun naik. Orang pun ramai dah belajar sekarang. Persaingan sengit. Kalau dapat kerja, still kena fight sebab kerja tu tak kekal, tak secure. Kau blah, ramai lagi boleh ganti. Company dah tak appreciate kau macam diorang appreciate fresh grads dulu. Pastu banyak parents yg dah start duduk kat urban area, dihimpit oleh urban problems yg perlukan attention daripada anak. Jadi kekadang anak kena contribute lebih daripada biasa untuk keluarga. Tipulah kalau korang cakap parents takde demand berapa nak bgi bulan-bulan. Tak semua, tapi mesti ada. Sebab nak bantu sesetengah hal keluarga. Jadi nak taknak, mengenang jasa punya pasal, kau pun mesti kena bagi.
Tengok la list kat atas. Sekian banyak hal, itu kalau boleh ada baki, then memang korang have done a good job. Pastu setelah dihimpit oleh hal-hal di atas, let’s say lah kau takde pape addiction. Rokok ke ape. Tu kira bagus la tu. Tapi, kau still ada keperluan yg nak dibeli. n macam aku cakap, harga barang makin naik. kau pun tersepit nak jadi cheap atau nak jadi frugal. macam aku, bab hygiene, aku tak berkira, tapi selua pendek nak duduk rumah, da berlubang-lubang, tak bertuka dekat dua tiga tahun. itu tak beli rumah lagi tau. ini belum lagi yg ada masalah kesihatan, lagila takboleh nak berkira, macam masalah kulit ke, mental ke, demam sakit pening ke. belum masuk lgi bab kau nak maintain rasional. Nak kekal waras setelah dihimpit kiri dan kanan. Of course kau akan treat diri sendiri sikit. Nak treat, mesti nak treat elok kan. Belila yg mahal sikit. Of course takde la selalu, tapi kadang-kadang. Sebab kalau tak buat langsung, aku rasa kau tak boleh nak kekal waras kerja dalam zaman sekarang ni. Kau akan rasa worthless sebab kau kerja tapi tak merasa pape. Of course, kau sedar duit gaji tu bukan kau punya seorang. Tapi kerja yg dibuat untuk duit gaji tu datang dari kau. Mesti kau nak rasa sikit kan. Setelah dihimpit semua tu, susah nak ada stamina nak kekalkan delayed gratification. Untuk sesetengah orang, mungkin senang, tapi penerimaannya tak sama bagi semua orang. Lagi-lagi bagi millennial malaysia yg lahir dalam ledakan zaman IT. tak biasa hidup susah macam sebelum merdeka. bila parents da biasa bagi itu-ini masa kecik, nak reset minda tu untuk mengikat perut, bukan senang. then dapat pulak member baya yg da beli rumah pastu sinis-sinis dengan kau. Itulah dilema orang muda sekarang.
“Then, kau nak komplen je ke?”
Tak, aku bagi permasalahan je tu. Sekarang bab solusi. Aku rasa, pada pandangan aku, standard apa yg dianggap sebagai achievement tu perlu ditukar. Tak perlu anggap beli rumah adalah pencapaian, begitu jugak kereta, dsb. Aku bersyukur di seblik pelbagai dugaan tu, kita sekarang tengah berada dalam zaman knowledge-based economy. maybe malaysia tak begitu advanced lagi bab ni, tapi sebab globalisasi, apa advancement kat negara lain, kita dah boleh rasa dengan lagi cepat berbanding masa lalu. Sekarang ada banyak alternatif macam uber, grab, airbnb, mudah dll. Hina sangat ke takde kereta? Why don’t kau ambil uber ke tempat kerja, boleh naik macam-macam kereta dari murah ke mahal. Diorang bayar monthly & minyak plus maintenance, kau pening bayar tambang je. Bonus, takyah pening nak drive pun. Cuma sedikit delay untuk rider nak mai kalau jem je. Lagi, hina sangat ke takde rumah? Sewa rumah, airbnb pun elok. Kau tak terikat kat satu tempat, habis kontrak kau boleh chow. orang yg jadi tuan rumah, kena sentiasa check unit dia, maintain, basuh bagai, kau jaga setakat kontrak je.
Then apa yg aku propose sebagai ganti?
Pengalaman.
Yes, pengalaman.
Pengalaman adalah ilmu yang kita alami sendiri.
Bank declare kau muflis, kereta & rumah boleh kena tarik. Tapi kalau kau jaga diri kau, nobody can take the knowledge from you.
Dan kau boleh utilize pengalaman utk dapat duit jika kena cara. Buat travel blog. Buat buku, ebook. Buat startup. Macam-macamlah.
Camne nak dapat pengalaman?
Sambung belajar. Travel. Membaca banyak-banyak. Berani explore.
Semakin bertambah pengalaman, semakin berilmu, semakin banyak orang dapat dibantu, semakin dihormati.
Tak bagus ke tu sebagai achievement?
Of course, semua benda tu pun ada kos dia. Anggaplah sebagai investment. Sedangkan beli rumah pun ada S&P dan duti setem kan.
Even financial guru pun ada kata suruh klua duit untuk buku. Tapi diorang tak kata benda tu sbg primary mission, cuma sbg sampingan je (sebab yg utama adalah simpan duit utk beli rumah). jadi why not kau buat knowledge investment tu as your primary mission? beli buku, simpan untuk travel, try out stuffs. mungkin orang yang sinis akan tuduh kau membazir, tak save, takde delayed gratification. Tapi percayalah, kalau kau berkira for the future reward & miss out, nanti walaupun kau dapat reward tu, kau pun akan fikir cemana kalau aku try benda ni? Time tu masa da lepas bro. Indeed, our mistakes are also an experience we learn through. Just keep in your head, say, kalau nak beli rumah jugakla kan, kau try set “Okay aku memang nak beli rumah, tapi aku takkan deny diri aku yg sekarang from the good experience that I’m going to have”. Sebab bila kau dah tua & ada rumah tapi duk save jek tanpa explore, kau cuma akan jadi orang tua yg duduk di rumah kau sorang-sorang. Tapi bila kau try out stuffs & then save up for a house, kau akan jadi that fun datuk / nenek yg wise, yg boleh share dengan cucu cicit kau. Isn’t that a beautiful thing?
Itu pendapat aku jela. Korang bebas bersuara. Aku akan membaca dalam diam.
– teruna millinneal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit