hi aku lady H, tujuan aku meluahkan ni bukan suka-suka. aku nak beri nasihat yang mungkin tak ramai perempuan baru nak hidup kat luar sana tu dapat. ada 4 benda yang aku nak tekankan kat sini.
1.kerjaya
tak kesah la ape pun tahap pendidikan korang aku percaya kebanyakan yang baru nak hidup ni comfirm la cari kerja untuk dapat ‘modal’ nak hidup lagi lagi yang simpan hasrat nak hidup luar tanggungan mak ayah. bab pilih kerja aku tak nak sentuh. tapi PERANGAI kau lepas kau sedap kerja tu yang aku nak nasihat ni. ko kerja tak payah simpan hasad dengki kat pempuan paling lawa kat tempat kerja ko ketara sangat aku tengok. bukan sorang je perangai mcm ni. majoriti.
atau pura pura tak curi tulang.. ko cover la macam mne pun, orang nampak dik. time leader minta hasil kerja ko buat muke struggle ko acah acah dah buat habis baik. ko tak ingat time ko main handfon ,karaoke ape semua orang tak tau ke..walaupun ko perempuan ko buat tahi . 1 jamban bau ko faham x?
kerja nak cepat ko terhegeh-hegeh senyum senyum,ko perempuan beb simple kan hidup ko la,tak payah nak isi masa bergosip-gosip artis la, ko cite pasal kucing ko la , pasal rozita che wan la.. get a life la..habis rabak pemikiran ko ni. ko nak tunjuk ko ‘havoc’ dengan hidup ko padahal 1 bangunan ni tahu gaji ko berapa dik. ape yg ko nak impress pun aku tak faham.
jawatan ko. ko tak perlu nak kata ko bagus ke ko tak bagus ke dik. setiap orang rezeki lain lain.
2.lelaki
khas untuk perempuan yang baru nak hidup dan ADA boyfriend baru nak hidup.
ko simpan je duit senyap senyap. ko tak payah la bebual nak kawin macam ni macam tu la. bab duit boyfriend ko aku tak nak sentuh. aku nak cakap pasal duit ko. sepanjang tahun bila artis kawin ko mengelabah. apahal?
ko duit simpanan 1k pun tak sampai nak survey baju tunang jobian all the time. buang masa dik.
ada bf tapi kerja tempat lain. tak perlu lah ko bagi harapan palsu ko kat budak lelaki lain. layan lain macam aku tengok.
siap pancing kata ‘geram’ la ‘sedap’ la ape la. seriously budak perempuan usia awal 20an yang belum kawin zaman skarang ni dari air muka meluap luap nak kawin. jangan tunjuk sangat dik. dengan status ‘berharap pada yang sudi’ haih~~~ padahal ko tabur harapan 1 bangunan ni.kesian bf ko dik da la baru nak hidup.
untuk perempuan yang ada boyfriend yang kewangan dan kasih sayang yang mantap. tak perlu, di ulangi ya… TAK PERLU ko nak cerita hari hari dekat orang pasal bf ko tu. life is life, bersyukur lah.. dan carry on ur life dik jangan ‘stuck’ dekat pohon rendang di tasik pelangi bersama pari pari. banyak benda ko boleh fokus. ko kne ingat, insan yang bernama lelaki adalah manusia. deep in side alangkah sedap hati die kalau ko ada saving atau harta atau paling kurang pun ada sifat ‘berdikari’ dalam diri… kalau ko tak percaya balik pergi tanya bapak ko.
laki orang. degan suami orang ko jaga adab ko sikit. pempuan yg ramah mengilai ko ketawa bertepuk bertampar dengan laki orang. bergesel beb dada ke lengan laki tu.perempuan yang pendiam, berbisik-bisik ko berbual dengan laki orang tu. kejap-kejap ko hilang cari-cari makan kat cafe sama-sama.. haha ni berlaku ya. lain yang hilang masuk dalam stor. orang nampak dik.. bukan tak nampak..
3.Minat
ko minat lah ape pun. k-pop ke, nyanyi ke, kumpul stem ke, mgumpat ke, or ape ape lah… make sure ko tahu nak bawa minat ko ni kemana. ok? minat k-pop ko aim nak pegi korea…ko minat make up ko pergi kursus make up.. buat sesuatu yang datang kan manfaat..
kesian aku tengok, while others keep gain something… ko macam buat tak nampak, ko abaikan dan mendak dalam minat yang takde aim tu… kawan aku minat pink sekarang buka cafe pink la dik. ni nasihat inspired kalau ko boleh terima la kan. aku tegur je :) muak aku dengar orang nyanyi hari-hari kat tempat kerja aku ni.
setakat ni ini je la yang aku nak cerita, ada masa aku muncul lagi..
aku tulis je aku tak baca balik. tak faham ko komen la ye.
ikhlas
-LADY H
– LADY H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit