Backup Adik Ipar, Keluarga Tersisih

Assalamualaikum pembaca yang budiman. Saya kakak sulong perempuan dan ada 3 adik lelaki. Bagi memudahkan jalan cerita ini, saya kenalkan adik pertama nama nya Lengkuas, adik ke dua Kunyit, adik ke 3 dan bongsu Halia.

Saya sudah berkahwin. Adik-adik lelaki saya 2 orang sudah berkahwin iaitu Lengkuas dan Kunyit, manakala Halia akan taman zaman bujang nya pada hujung tahun ini.

Saya masih mempunyai bapak namun mak tercinta sudah menemui illahi pada tahun 2022. Pada januari 2024 bapak kahwin baru dengan makcik bulan sepupu 2 pupu macam tu laa dengan bapak.

Kisah ini berkenaan adik ke dua saya Kunyit. Beliau berkahwin pada tahun 2023 januari. Adik ipar saya namakan Serai.

Pada tahun mak saya meninggal, Kunyit memang sudah menyatakan pada awal nya dia ingin tamatkan zaman bujang nya pada tahun itu. Perancangan awal adalah bertunang dahulu dan memberi jarak masa agak lama untuk Kunyit kumpul duit untuk kenduri kahwin.

Kunyit tinggal dengan mak dan bapak. Kami adik beradik lain semuanya berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki.

Kunyit ada satu simptom iaitu suka bergaya dan memegang imej “Berduit” tapi hakikatnya duit dia tak da la banyak mana. Nak diikutkan kerja di kampung gaji tidak laa setinggi mana. Ketika itu gaji dalam lingkungan 1500-1800 sahaja.

Namun dengan gaji sebegini tinggal di rumah mak dan bapak, tak perlu bayar sewa, tak perlu bayar bill, makan masih ditanggung bapak, hanya bayar kereta sepatutnya kalau Kunyit bijak berbelanja dan uruskan duit tiada masalah untuk Kunyit simpan duit.

Kunyit masih menyendeng pada mak kalau perlukan apa-apa. Keluar pakai duit mak, beli barang dapur dia akan selit barang dia mak bayarkan, Kunyit nak keluar dengan kawan minta mak duitnya. Pendek kata masih ditanggung oleh mak bapak laa walaupun dah besar dan sudah bekerja.

Usah laa di tanya “Habis tu duit gaji dia buat apa” tidak laa tahu saya pun. Duit duk minta mak bapak macam tak berduit tapi pakai iphone, makan kafe hipster, keluar enjoy macam orang kaya.

Saya ringkaskan cerita. Tahun Kunyit cakap nak kahwin, mak sarankan bapak gunakan duit kwsp 10k untuk Kunyit. Bila Kunyit dengar nie terkinja kinja Kunyit nak berkahwin.

Bagi Kunyit “Dah ada duit” untuk berkahwin, padahal bukan duit dia. Dia mengharap bapak akan asingkan 10k untuk dia.

Namun perancangan allah tiada siapa yang tahu, mak yang ketika itu nampak kuat rupanya mempunyai masalah kesihatan yang tidak dikongsi kepada sesiapa. Jatuh di bilik air menjadi asbab pergi nya beliau menghadap tuhan yang maha mengasihani.

Selepas kematian mak tercinta Kunyit seperti hilang arah, dalam hilang arah dalam masih sedih dengan pergi nya mak, majlis pertunangan masih juga diteruskan sebulan selepas itu.

Serai, adik ipar saya telah kata kan lebih baik tunda sahaja majlis pertunangan ini, tidak mengapa kerana dia faham. Tapi Kunyit tak nak sebab kebetulan keluarga sebelah mak akan buat family day berdekatan dengan rumah kami. Sekali jalan katanya, tak perlu datang berkali kali kerana jauh.

Saya sangka kan ikatan pertunangan nie lama la. Kunyit tak da simpanan langsung. Macam mana nak kahwin. Tunang bulan 10 tup tup januari bulan 1 3 bulan lepas tu dia nak kahwin. Duit Kunyit tak da. Macam mana nak kahwin nya??

Sekarang mak dah takda, duit kwsp 10k bapak yang konon nya nak asing untuk Kunyit tu tak da juga la.

Bapak lagi laa dia dah lama tak berkenan dengan gaya hidup Kunyit, bapak tak suka betul dengan perangai boros Kunyit, selama nie dia bagi muka sebab mak je. Dah mak dah takda dah tak perlu dia manjakan Kunyit lagi. Nak apa-apa usaha la sendiri.

Keluarga Serai suka betul dengan Kunyit, sayang betul dengan Kunyit. Memang boleh dikatakan Kunyit nie muka manis, pandai ambil hati orang, keluarga Serai senang la dengan Kunyit nie. Maklum juga Kunyit nie memang tak da duit, tapi tu laa nak juga dengan Kunyit, tak boleh nak kata apa laa.

Bila nak kahwin nie keluarga Serai tak terlalu strict la, sediakan yang wajib sahaja duit mas kahwin dan gelang, duit kenduri (share lelaki dan perempuan) nak bagi lepas kahwin bayar sikit-sikit takpa.

Haaa nie laaa point nyaa tuan dan puan sekalian. Ingat ye point nie. Kunyit dengar tu lega hati dia. Dia cuma perlu cari mas kahwin 3k dan gelang emas je dulu.

Sekarang macam mana Kunyit nak cari 3k dan seutas gelang emas. Begini cara nya. Makcik kami nie pencen, duit dia berkepuk kepuk sebab dia tak da tanggungan dia tak berkahwin dan hidup sorang.

Maka Kunyit mulakan penyendengan dengan makcik kami. Kunyit mula kan permohonan sponsor pada makcik. Makcik sumbang 5k, 3k Kunyit guna untuk mas kahwin. Maka gelang emas pula Kunyit mengharap pada gelang pusaka arwah mak untuk di jadikan hadiah kahwin dia.

Mak hanya ada 1 sahaja barang emas dia iaitu gelang. Lengkuas yang hadiahkan. Lengkuas minta persetujuan semua yang berkaitan, untuk serahkan pada Kunyit sahaja memandangkan Kunyit tak mampu nak beli gelang emas lagi. Kami semua setuju.

Kunyit dah ada yang wajib nie maka berlangsung la perkahwinan Kunyit dan Serai.

Fast forward 10bulan kemudian. Kunyit cakap dia nak bercerai. Tak da ribut tak da hujan tetiba Kunyit cakap nak cerai sebab dia dah tawar hati. Tuan puan sekalian, maka terkejut laa kami semua sekeluarga.

Kami semua nasihat, sarankan usaha dulu, apa yang kurang betulkan, fikir masak-masak. Serai ada juga hubungi saya risau suami nya nak berpisah dengan dia. Setelah berbincang dan usaha ikhtiar mereka masih bersama.

Kusangka panas hingga ke petang namun hujan petir di tengah ari. Gaduh lagi tuan puan. Raya tahun 2023 mereka gaduh. Ini memang saya selar dengan tindakan Serai memang saya kecam.

Serai telah memukul Kunyit berkali-kali di bahagian kepala, menghentak hentak kepala Kunyit di atas tilam. Serai terlalu marah hingga tak sedar yang dia sudah memukul suami nya sendiri.

Kunyit dan Serai tinggal bergilir di rumah Serai dan rumah bapak kami. Rumah mereka 20minit jarak dengan kereta. Kunyit tak sediakan rumah mereka sendiri, bagi Kunyit mudah kalau duduk rumah orang tua. Tak payah bayar sewa.

Pergaduhan itu berlaku di rumah Serai. Bapak Serai yang leraikan mereka. Selepas itu Kunyit terus lari balik rumah bapak sehelai sepinggang. Ketika itu bapak dah tidak tinggal di situ, bapak tinggal dengan makcik bulan.

Pendek cerita, dari hari pergaduhan itu Kunyit dan Serai tidak lagi tinggal sebumbung. Kunyit memilih untuk beri silent treatment pada Serai. Tawar hati pada Serai makin menjadi jadi. Tiada lagi penyelesaian yang boleh di ambil.

Serai sangat menyesal, usaha tiap hari untuk memohon maaf pada sang suami. Kunyit memilih untuk terus berdiam diri. Seluruh keluarga Serai juga cuba memujuk Kunyit termasuk ibu bapa dan mak2 saudara Serai.

Akhirnya Kunyit tekad memohon perceraian di mahkamah. Dari april sehingga ogos, Kunyit tidak tinggal bersama Serai. Sekarang Serai akan diceraikan oleh Kunyit. Serai sering kali hubungi saya dan meluah, rupanya Kunyit adalah “Kunyit”.

Sepanjang bersama, Kunyit culas memberi nafkah zahir dan batin. Kunyit lebih gemar dan selesa bersama dengan jantina yang sama.

Malam pergaduhan itu berlaku kerana Serai memendam rasa terlalu lama, Kunyit enggan tinggalkan perangai lama. Perangai Kunyit nie sejak sebelum kahwin lagi,

Serai silap, Serai sangka Serai mampu ubah Kunyit dan selamatkan Kunyit dari terus hidup dalam “KeKunyitan”. Dari pergaduhan ini la kita boleh nampak rupanya Kunyit ini seorang narcissistic.

Bagi Kunyit tiada salah dari dia. Punca pergaduhan hanya sebab Serai telah memukul dia dan sebabkan dia trauma. Berbulan Kunyit tinggalkan Serai, Kunyit telah bercerita dengan semua orang dan meraih simpati dari semua orang, keluarga, saudara mara, kawan-kawan.

Sekarang semua caci maki Serai, kecam Serai. Sesiapa yang back up Serai akan dihasut untuk benci Serai dengan mengatakan Serai perangai nya buruk dan tak boleh dipercayai.

Saya yang faham dengan perangai adik sendiri memilih terus back up adik ipar saya. Pergaduhan mereka bukan itu sahaja. Banyak cerita dalaman yang saya tahu.

Dan cerita dalaman nie bukan dari 1 pihak sahaja. Dari pihak adik saya juga saya tahu. Setelah di timbang tara saya berpihak kepada adik ipar saya.

Kunyit sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin. Intellectual dia tak cukup matang untuk dia handle urusan dan masalah.

Duit pun tak pandai uruskan. Semua nak orang sediakan. Nak kahwin tak rasa nak kumpul duit sendiri, semua mengharap orang lain bagi. Rupanya hutang kenduri pun dia belum bayar.

Jadinya masa mereka berkahwin Kunyit kahwin free la. Mas kahwin makcik sponsor, gelang emas ambil yang arwah punya.

Kononya selepas kahwin Kunyit perlu bayar sikit-sikit dekat keluarga Serai tapi tak da pun. Tau-tau setahun kahwin nak cerai sebab tawar hati dan trauma kena pukul dengan isteri. Katanya la.

Disebabkan mulut Kunyit dan perangai Kunyit tak reti nak berbudi bahasa. Di sebarkan aib keluarga Serai kat semua orang yang tak da kaitan pun, pendek kata canang segala aib, segala salah, segala cerita yang ada tidak benar pekej dengan gelarkan isteri dia bangsat dan betina.

Maka marah laa keluarga Serai nie. Dari lembut hati sayang Kunyit, keluarga Serai rasa terhina sedih tak sangka Kunyit begini perangainya.

Saya puas nasihat Kunyit. Tetiba kami gaduh besar. Di canang nya kat semua orang yang keluarga dia buang dia sebab saya menyebelahi adik ipar. Dia cerita kat orang-orang keluarga dia tak peduli kan dia, tak ambik tahu makan minum sakit dia.

Meraih simpati semua orang, orang yang tak kenal dia luar dalam kesian laa kat dia. Belanja makan semua. Padahal tak tahu dia dah tak da orang dia nak menyendeng, nak bergantung, makan minum sendiri pun taknak usaha nak orang sediakan.

Bapak awai lagi dah cakap tak nak masuk campur, sebab kalau nasihat Kunyit pun kang tak jadi apa, dah laa Kunyit nie tiap kali orang tegur dia sentap. Di marah nya balik kita. Macam kita balik yang salah.

Sekarang Serai cuma nak Kunyit selesaikan hutang kenduri sahaja. Habis Kunyit cerita kat orang bapak mentua dia nak minta duit hantaran balik sebab malu anak dia dah pukul suami. Padahal tuu memang hutang Kunyit.

Memang kena laa keluarga Serai tuntut hutang balik. Dah kahwin, gaduh habis canang aib keluarga, pahtu taknak bayar hutang. Tak boleh laa macam tu.

Memang saya side adik ipar. Bapak dengan makcik bulan tak suka saya berlebih lebihkan adik ipar. Mereka kata sepatutnya saya kena support keluarga sendiri. Tapi masalahnya macam mana saya nak side adik sendiri. Memang Serai dah pukul Kunyit.

Tapi Kunyit tu tak nak selesaikan masalah, lari, pahtu kalau duk diam saja tak pa. Nie habis di canang yang bukan-bukan kat semua orang, pahtu mudah cerai.

Hubungan saya dengan Kunyit memang tak sama dah. Dia kata saya buang dia sedangkan dia yang buang adik beradik dia. Lengkuas dan Halia pun memahami kenapa saya side adik ipar. Sebab mereka pun faham perangai Kunyit macam mana. Tak boleh ditegur.

Minta maaf laa Kunyit. Aku harap urusan cerai mu setel elok-elok la. Semoga Serai move on je laa, dah kena layan ginie dengan Kunyit masih nak berharap bersama dan berbaik, nie lagi sorang tak paham aku.

Semoga Allah beri yang terbaik laa pada mereka. Setel masalah nie masing-masing boleh move on.

Terima kasih tuan puan kekal baca sehingga habis. Maaf segala tutur kata yang carca marba panjang berjela. Harap tuan puan dapat doakan kesejahteraan adik dan adik ipar saya. Moga dipermudahkan urusan mereka.

Assalamualaikum.

– Periuk Nasi Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *