Saya seorang wanita yang berumur 29 tahun. Sudah berkahwin sejak 14 bulan yang lalu dan masih belum dikurniakan anak.
Soal anak, sejujurnya saya tak terlalu kisah sangat sebab so far tiada pressure daripada mana-mana pihak dan semestinya persediaan mental dan kewangan mungkin masih tak cukup lagi.
Jadi, itu bukan main topic di sini untuk saya perkatakan.
Saya mengahwini seorang lelaki yang merupakan bekas kekasih saya. Dia meninggalkan saya pada tahun 2013 setelah setahun lebih couple.
Ketika itu memang tak patut bercinta pun sebab masih di awal tahun universiti, memang patut pun fokus belajar.
Saya ‘redha’ ditinggalkan oleh dia yang ingin menyulam cinta bersama perempuan lain. Mereka berdua belajar di universiti berbeza dan mengenali melalui Twitter.
Ketika itu saya tiada Twitter jadi tak tahu pun tweet-tweet sweet mereka terpapar dan tahu tentang hal tersebut pun dari kawan bekas kekasih saya.
Habis di situ, saya mengambil masa yang agak lama untuk move on.
Saya tidak pernah approach perempuan tersebut untuk bertanyakan itu ini sebab tak mahu kelihatan bodoh dan terhegeh-hegeh tapi saya suka stalk sosial media dia sejak kejadian itu.
Keinginan untuk mengetahui tentang perempuan ini melebihi rasa sedih breaking up. Rendah sungguh self-esteem aku dulu.
Sehinggalah pada tahun 2016, walaupun tak stalk perempuan itu sekerap dulu, mungkin sekali saja dalam sebulan dua, saya pun dapat tahu mereka dah broke up.
Well, lama jugalah mereka bertahan. Habis di situ, saya pun carry on my life seperti biasa.
Tapi, sehingga ke saat ini, habit stalking dia susah nak stop. Sampai dia dah ada pengganti baru, dah kahwin, dah ada anak dan sampailah dia dah berjaya dalam hidup dia.
Entah mengapa rasa ingin tahu tentang perempuan itu tak pernah lenyap dalam minda ini.
Mood saya tak terkesan pun lepas stalk sebab macam tengok news saja. So, no one knows about my habit ni.
Subconscious mind dah terbiasa nak tahu, sedangkan secara logiknya buat apa nak ambil tahu lagi. Aku dah kahwin dah pun.
Habit ni memang rahsia aku yang suami takkan pernah tahu. Move on. Move on. Move on. Itu mulut saja mampu cakap, tapi hati?
Fragile heart tu tak semua mampu tunjukkan sebab takut kelihatan pathetic.
Seperti yang saya katakan tadi, saya mengahwini bekas kekasih saya. Saya boleh terima dia kembali kerana kematangan dan perubahan dia yang agak ketara.
After 6 years iaitu pada 2019, kami bersatu kembali. Bukan tiada yang mahukan diri ini selepas berpisah dengan dia, cuma ada saja yang tak kena.
Terlalu nerd lah, suami orang lah, weirdo lah. Jadi, saya dah penat nak mengenali orang baru lagi. Rasa letih nak start all over again ni mungkin segelintir saja faham.
Saya pura-pura kuat mampu tinggalkan perkara yang lepas dan fikir masa sekarang dan masa depan sahaja.
Oleh itu, saya mampu cintakan bekas kekasih kembali. Dia berjaya buat saya rasa macam ini sesuatu cinta yang baru dan bukan cinta yang lalu.
Anggap kisah cinta bermula pada 2019, dan bukan 2013 lagi. I can feel his sincerity, and that’s it. Pada 2021, kami pun berkahwin.
Walaupun saya dah bahagia berkahwin dengan dia sekarang, sisa masa lalu masih ada di minda ini. Tak mungkin saya mampu lupa melainkan saya ada amnesia.
Tapi saya sentiasa cuba mematangkan diri dan cuba fokus pada present dan future sahaja.
Sekali pun saya tak pernah bangkitkan kisah lama pada suami once saya dah setuju untuk terima dia kembali. Itu janji saya. Biarlah segala insecurities dan anxiety itu tersimpan rapi dalam jiwa dan hati saya.
Mungkin saja saya bukan pilihan pertama dia dan mungkin juga saya ‘last resort’ dia dalam soal cinta.
Whatever it is, semua itu dah tak penting sebab dah kahwin dengan dia dah pun. Dia layan saya okay saja so far. Couldn’t ask for more.
Buat wanita yang tampak confident namun tersimpan extreme insecurity/trauma di dalam jiwa, seek therapist help dan janganlah jadi seperti saya yang pura-pura kuat ini. Bimbang tak mampu handle dan akan jadi ticking time bomb pula.
Sekian luahan hati yang dah lama terpendam.
– Karmila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit