Badan Berbulu

Hi. Aku perempuan, umur akhir 20-an, dah berkahwin dan ada anak. Kisah aku ni kisah ganjil.

Ya, macam tajuk kat atas. Aku seorang perempuan yang mempunyai badan berbulu sangat lebat.

Selama hampir 30 tahun aku hidup, dah jumpa beribu manusia, tapi takde sorang pon yang ada masalah macam aku.

Owh, ada.. Adik beradik aku pon ade masalah sama, tapi mungkin tak sekronik aku. Genetik ni diturunkan pulak dekat anak perempuan aku.

Jadi satu hari tu, anak aku umur tak sampai 4 tahun lagi tapi bulu dia pon banyak dan panjang, adik ipar aku nampak bila dia nak pergi mandi.

Adik ipar pelik sangat, dia kata biasa orang perempuan yang banyak bulu pon dengan hujung2 betis.. Tapi tak, anak aku dari peha berbulu dia tu.

Kalau anak aku yang sekecil tu pon dah banyak bulu, apetah lagi aku.

Bulu aku ni kalah orang lelaki, kalau letak sebelah2 tanpa tunjuk muka.. Mungkin kaki lelaki tu yang dianggap perempuan. Bulu kaki aku panjang dan berpintal2.

Fast foward aku nikah, laki aku kurang berbulu. Berbulu typical lelaki tapi dekat lengan dan peha memang takde bulu langsung.

Aku ni dari bahu sampai ke pergelangan tangan ada bulu2 panjang. Bende ni jadi masalah sangat bagi aku. Aku teramat-amat malu sebab ada badan tak normal macam ni.

Jadi dari awal nikah aku terpaksa mandi lama sangat2 untuk cukur setiap bulu aku, dari tangan turun ke kaki. Setiap kali mandi. Setiap hari.

Bulu aku cepat tumbuh, contoh aku cukur pagi… petang dah rasa tajam2.

Bila bercukur korang akan rasa gatal merenyam, tergaru2 la aku. Masalah lain pulak timbul, kaki aku nampak buruk, berparut, berkudis.

Cukur ni pon tak menjadikan badan aku nampak normal pon, nampak bintik2 hitam bekas lubang bulu tu.

Alaa tak reti la aku nak terang, korang tengok misai lelaki atau ketiak korang lepas bercukur bulu tu. Pendek kata tak smooth macam kaki orang yang takde bulu.

Pulak tu setiap kali bercukur, mesti akan luka2… makin buruk kaki aku.

Aku low confident sangat dengan suami aku. Aku pon rasa dia tak suka dengan badan aku, mungkin sebab tu dia selalu elak untuk bersama. Biasa sebulan sekali je aku dapat nafkah batin.

Aku tak pernah tanya atau suarakan pasal puncanya sebab aku terlalu malu dan takut untuk terima hakikat suami aku tak suka disebabkan badan aku berbulu.

Macam aku cakap, bulu aku sangat kronik. Tak sampai sehari dah tajam2, jadi mungkin waktu bersama tu dia rasa tengah peluk landak atau pokok cactus.

Anak aku pon kata, banyaknya bulu dekat belakang badan ibu huuu. Memang tak boleh salahkan laki aku dah, badan aku sendiri memang tak menarik.

Pernah aku baring dekat sebelah laki aku, tengah duk bersantai tu tiba2 laki aku bangun mengejut. Muka takut. Tercari2. Dia kata ada lipas duk tengah merayap atas badan dia.

Mula tu aku pon tercari2 tapi memang takde. Tak lama lepas tu aku sedar, tangan aku la tu yang tajam2 tercucuk dia sebab hampir dua hari aku tak bercukur.

Kebetulan tengah abc, suami memang tak akan sentuh jadi aku mandi biasa je tak beria2. Sakit weh tiap hari bercukur, letih pon ada mandi lama2.

Aku pernah beli veet, tapi tak mampu aku nak mantain sebab satu botol tu aku anggar hanya untuk suku betis aku je. Yela bulu aku kan tebal dan panjang.

Pernah jugak aku nak try waxing, perghh macam nak tersiat kulit aku.

Untuk upper lips memang aku guna kaedah threading walaupun berair2 mata aku setiap kali buat menahan kesakitan.

Kalau bercukur untuk upper lips akan nampak lebam kebiruan macam lelaki pulak, jadi nak tak nak kena hadap la kesakitan tu.

Betullah orang kata beauty is pain. Aku harap korang suggest la produk atau rawatan yang berkesan untuk masalah macam aku ni. Kalau boleh sertakan la link sekali.

– Makhluk berbulu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Salam..

    Try laser kak. Mahai sikit tapi growth lambat and bila tumbuh, tak gatal2 dan bulu halus je.

    • Cuba la cari pakar perubatan dlm bidang ini, mngkin diorang ada solusi yg terbaik.. saya rasa ‘mencukur’ bulu tersebut lgi membuatkn ia tumbuh lbh bnyak, klau nk dicabut pula, mngkin akan mnyakitkn dan memakan masa yg lma.. Alhamdulillah, awk bertemu juga ‘jodoh’ dgn suami, w/pon ada kekurangan tersebut, ada org yg cantik n sempurna pon x jumpa calon suami.. walau macamne pon, redha dgn pemberian Allah dan berusaha utk memperbaiki keadaan awak.. Wallahua’lam

  2. untk mslh sis nie, sy sarankn simpan sket wit stiap bln n p wat laser. Agk mhl tp bulu2x akan jd lmbt tumbuh n kulit pun licin x la mcucuk2x jika tsentuh. Survey dlu tmpt2x yg mur tp bkualiti ya jgn main sebat je tnpe bt research tkot jd mslh lain plak. Untk hat yg jd scar tue sental ngn scrub dan cream yg contain vit e ya..Jgn rendah dr sis sbb stiap org ade klebihan msg2x.

  3. salam sis, try jumpa doktor.. mcm masalah kecelaruan hormon…try stabilizedkan balik hormon tu, mana tau berhasil..takmo makan pill spital, try cari alternatives/ natural foods utk stabilized the hormone…dapatkan nasihat pakar laa kot sis…at least kite tau pasaipa…

    • Saya rasa ni sesuai untuk confessor.. bila hormone stabil insyaAllah akan ada perubahan.. betul sy stuju dgn pndpat sis utk confessor dapatkan nasihat pakar.. boleh mkn pil hormon, laser pun ok.. waxing mmg sakit utk permulaan shj.. lama2 tak dakit dah.. lama2 u gonna be pro 😬 try guna epilator/cream buang bulu brand PANDA kot sy tak igt. Tpi ni sume sementara.. utk jangka masa panjang baiki hormon..
      Dan sy suggest confessor utk jadikan kekurangan sebagai satu keunikan.
      Overcome rasa tak confident tu.. dan jadikan routine mem’buanh bulu’ sebagai aktiviti bersama suami isteri.. mungkin jika lebih terbuka dan penerimaan yg baik, insyaAllah semakin akrab hubungan rumahtangga

  4. Sis bleh try guna epilator. I dh guna for 1 year Alhamdulillah puas hati sgt sbb bulu yg tumbuh lebih halus and lambat tumbuh. Plus it‘s cheaper in long run. I recommend beli yg brand philips rm120+. I guna utk bulu kaki and ketiak. Sumpah best. Takde dah rasa tajam tajam👍

  5. Sis, saya pun banyak bulu tp tak la sebanyak sis…waktu kecil2 dulu dlm umur 8-9thn mcm tu, mak saya ada beli veet, so saya pi la try2 letak kat bulu kaki tapi sikit je takut nanti kena marah dgn mak… area yg saya sapu veet tu sampai lah skang bulu tu tak tumbuh langsung tp tulah area kecil tu jalah yg lain masi ada lagi mungkin boleh try kat anak sis…saya pun cukur sampai kaki saya mcm sis lah, berbintik2 dan luka2. So saya beli epilator lambat tumbuh dan bila tumbuh semakin lama dia akan halus..and now bulus2 saya halus sikit and some dekat kaki tak tumbuh sudah..cubalah sis…

  6. Bahagian muka boleh try laser, usually lepas 6-7x treatment mmg licin terus. Bahagian lain kalau taknak naik gatal2 mmg kena wax… saya pakai wax bulu jadi makin halus 😅

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *