Hi semua, saya Bunga berusia 30an. Saya cuba sedaya upaya mengamalkan gaya hidup sihat secara santai- brisk walk, cuba jaga pemakanan semampunya. Saiz badan saya sederhana, tidak obese tapi tidak juga kurus.
Sekarang ni saya sedang kepenatan selepas keluar dari tandas, kali ni saya menangis, menangis penat.
Sejak beberapa tahun dulu- dalam 8-10 tahun lepas saya mengalami masalah cirit-birit berterusan sehinggakan saya ke hospital & klinik-klinik. Tiap kali saya mendapat ubat hentikan cirit & oral rehydration salt.
Sebelum ni sejak kecil memang saya ada alergi dengan seafood tapi masih boleh makan sotong, ketam, seafood yang fresh, susu.
Makin lama saya sedar saya tak boleh minum susu lembu atau seafood seperti sotong, ketam & siput-siput. So saya elak produk tenusu.
8/10 tahun lepas saya ke hospital, mengadukan masalah cirit-birit saya & saya sampaikan kepada doc maybe sebab susu, doc hanya suruh stop minum susu.
Sekarang ni cirit-birit saya semakin teruk kembali walau saya dah jaga makan & cuba elak.
Saya ada beli & buat test najis (Fecal Occult Blood Test) dan ada nampak line sikit but test tu buat sehari sebelum saya datang bulan,
So saya tertanya-tanya valid atau tidak untuk pergi ke KK (saya ada rujuk minta nasihat kawan doktor & dia nasihatkan ke KK).
Saya sedang mencari masa free untuk ke KK memandangkan KK perlu pergi waktu office hour.
Saya menunggu masa untuk pergi berjumpa doktor tapi tipu lah kalau saya nak cakap saya tak rasa takut kecewa lagi- sebab sebelum ni jumpa doktor saya sedih bila tidak diambil serius sebab secara zahirnya saya nampak sihat tapi saya sakit & penat sangat.
Berapa kali terpaksa ke klinik swasta malam-malam untuk ambil ubat sebab sakit sangat perut.
Saya nak sambung dengan pakar ENT & pakar kulit pun tak boleh sebab sini tiada pakar tersebut & diberi ayat seperti tidak perlu sebab dah bertahun (waktu saya remaja saya memang under pakar ENT & kulit tetapi berhenti setelah sambung belajar).
Kepada doktor atau pakar, kalau saya nak berjumpa gastroenterologist, boleh ke saya guna insurans?
Saya ada insurans & medical card ambil under persatuan so saya tak kenal agent nya bersilih ganti. Hanya ada kad pada saya. Kalau possible saya nak contact & arrange.
Maaf saya perlukan nasihat daripada pesakit yang mengalami simptom yang sama & doktor / pakar perubatan sahaja.
Saya menolak petua lain saya maklumkan awal-awal ya cuma mohon doa semua. Terima kasih.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik kalau ko sendiri rasa tak ok, ko boleh mohon surat rujukan untuk doktor refer terus ke hospital.Kata nak jumpa pakar.Nanti depa akan attend la masalah ko ni, cuma mmg akan lambat la nak tunggu appointment date nya tu kalau rujuk hospital kerajaan.
Akk selalu masalah serius pi terus hospital pakar untuk check dan test segala yang berkaitan.Lepastu nak dapatkan rawatan mohon surat rujukan ke hospital kerajaan.Dah bertahun buat mcmtu.
Gunalah insurans.Kalau masalah berkaitan perut, usus dan yang berkaitan ni boleh pi hospital annur.under doktor pakar surgery.depa akan scan ambik darah semualah. Lepas dpt result ko pi dapatkan surat dr kk ckp sy ade result sekian2 nak pi hospital kerajaan pulak. Sebab kalau pakai surat rujukan dr swasta ko kena bayar mahal nnt nk dptkan rawatan kt gov hosp.
Satu yg akk tertny awat ko pi jumpa pakar ent dan derma kalau ko sakit usus? Pelik sungguh la hai kata 10 tahun mengidap sakit ni.huhuhu