Bagai Tinggal Bersama Housemate Saja

Saya Nor, baru berkahwin dan hampir memasuki tahun ketiga usia perkahwinan. Masih baru dan banyak lagi perlu belajar dalam dunia berumahtangga.

Kami tiada anak sendiri tapi seorang anak tiri dari perkahwinan lama suami yang kini hampir berumur 8 tahun, dan anak ini cuma bersama kami di hujung minggu atas beberapa alasan.

Suami tak pernah culas dalam urusan nafkah zahir; menyediakan makan minum yang cukup, membelikan barangan keperluan saya jika ada rezeki lebih dan membawa saya bersiar-siar atau makan di luar jika berkelapangan.

Malah suami bukan sejenis keluar melepak dengan rakan-rakan dan sangat selesa duduk di rumah sahaja. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dari segi itu.

Namun dari segi batinnya, saya berasa sedikit kekurangan. Belum setahun berkahwin, kami sudah memasuki peringkat gaduh besar. Alasan utama cuma satu: kami tidak berkomunikasi walaupun duduk serumah dan WFH.

Saya berhenti kerja dengan persetujuan suami demi mendidik dan jadi lebih rapat dengan anak serta berniat menjaga suami berikutan kerjaya saya sebelum ini tidak membenarkan saya memberi 100% perhatian kepadanya.

Jadi sesudah berhenti dan suami sememangnya WFH, pastilah urusan komunikasi harus lebih mudah tapi tidak.

Saya rasa tersisih dan kami cuma berbual selepas dia tamat kerja. Sedangkan kerjanya selaku orang IT tidaklah busy 24/7 dan tak perlu menghadap laptop sepanjang masa.

Sebaliknya, dia lebih gemar bermain video game sewaktu dan selepas kerja.

Bila bincang, end up bergaduh dan saya dikata mengada-ngada. Serupa juga kalau teringin pillow talk sebelum tidur. Salah ke saya nak berbual dengan suami sendiri?

Isu kedua, saya dah kurang bernafsu kerana terlalu berkecil hati dengan perkara sebelum ini. Kami tiada lagi istilah foreplay walau dah berulangkali berbincang. Foreplay cuma wujud di awal perkahwinan dahulu.

Saya rasa sakit setiap kali diminta melayan suami dan kepuasan saya tidak diendahkan, asalkan dia puas. Sudahnya, saya kurang bernafsu dan ini menyebabkan kemarahan kepada suami.

End up, saya seperti dirogol walau berulangkali saya tolak. Atau saya cuma melayannya dan tegak saja bagai patung janji dia tak curang di luar.

Isu anak tiri, saya seperti tidak dihormati. Tak pasti di mana kurangnya, saya seperti diperlekehkan sahaja oleh anak. Walaupun tegas, saya menganggap anak seperti anak sendiri dan tak rasa dia sebagai orang luar.

Malangnya, semakin besar dia semakin menunjukkan belang sehingga berani meletakkan kakinya di kepala saya dan sengaja melawan arahan kami suami isteri setiap kali bersama keluarga mertua.

Suami pula seolah-olah mengikut sahaja telunjuk ex-wife, risau kehilangan anak. Again, saya dikatakan terlalu sensitive bila berbicara soal anak.

Semakin lama, hati saya semakin tawar dan menyebabkan saya jadi seorang yang keras hati. Kerana saya rasa terabai dan batin saya tersiksa.

Saya tidak lagi begitu mengendahkan suami dan mula berdiam diri sepertimana layanannya kepada saya. Bercakap bila perlu sahaja. Rumah kami jadi sunyi.

Tiada lagi senda gurau walau cuma berdua di rumah. Tiada lagi pelukan mesra suami isteri kerana tiada lagi kemesraan rumah tangga.

Tiada lagi rasa ingin mengambil berat terhadap anak kerana saya cuma orang luar yang tak diendahkan.

Saya tidak lagi berasa takut untuk meminta cerai kerana saya tidak seperti mereka yang dah bersuami, ibarat tinggal bersama seorang housemate saja.

Cuma saya tak tahu hendak meluah di mana tapi saya buntu. Saya tak nak keluarga atau rakan-rakan tahu masalah kami. Saya sunyi.

– Kejora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hai awk, cerita awk lebih kurang mcm sy..cume nya sy xde la ank angkat tu..tp mmg sy pn mcm awk jgk..sy selalu rasa mcm ddk dgn housemate in stead of suami.. end up sy buat kputusan utk cerai sbb zahir batin sy terseksa..dan sekarang sy dlm eddah..walaupun akan sunyi tp skrg sy lebih tenang..sebab sy xnk suami sy terus berdosa dgn hubungn suami isteri yg xmcm suami isteri ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *