Assalamualaikum kepada para pembaca. Semoga kalian sentiasa didalam rahmat Allah.
Saya perkenalkan diri sebagai Melur (bukan nama sebenar). Saya seorang gadis 24 tahun. Tinggal di utara tanah air. Mempunyai adik beradik 7 orang. Masih mempunyai ibubapa. Ibu dan ayah telah bercerai hidup.
Saya mulakan kisah saya dengan tajuk “bagai melukut ditepi gantang”. Peribahasa ini bermaksud jika seseorang itu ada atau tiada tidak memberi kesan kepada orang sekeliling. Lebih mudah faham, dia tidak berguna dan tidak penting.
Ya. Ini lah yang saya rasakan sekarang. Tidak tahu pada siapa ingin meluah dan didengari. Kerana mahu menjaga aib dan air muka masing2.
Sebagai anak. Saya sering merasa tersisih. Saya bukan la anak kesayangan ibu saya. Bukan juga anak kesayangan ayah saya.
Dalam 7 orang adik beradik. Ibu lebih sayangkan adik2 dan anak2 lelaki. Ibu bukan muda lagi. Umur nya sudah mencapai separuh abad. Tetapi sikap masih sama seperti saya kecil.
Ya. Saya faham beban bagaimana seorang ibu tunggal mahu membesarkan 7 orang anak. Dihimpit pula oleh bekas suami yang kedekut dan berkira nafkah anak. Sebagai anak saya sangat memahami keadaan ibu saya. Namun semakin dewasa, semakin saya mengerti.
Ada saya atau tidak ibu tetap melebih kan adik adik. Adik curi wang saku saya? Ibu berpihak pada adik. Adik rosakkan motor saya? Salah saya akhirnya. Saya tidak beri wang poket kepada ibu?
Salah saya juga. Tetapi apabila adik beradik lain bekerja, tidak pula ibu meminta2 wang dari mereka. Sedangkan gaji mereka lebih tinggi dari saya.
Ibu masih dizaman dia. Iaitu merendahkan anak2, masih menengking dan mencalarkan emosi anak2. Apa saja perkataan buruk tidak keluar dari mulut dia? Sumpah? Maki hamun? Fitnah? Melaga kan adik beradik? Ya.
Dan saya masih disini. Masih menelan segala kata nista ibu. Dan masih memegang erat sikap ibu kerana bimbang diketahui oleh orang lain.
Saya mulakan kisah ayah saya. Dia lelaki seperti chipsmore. Ada masa dia datang tunjuk muka dan berikan wang seolah2 saya pengemis.
Dia yang pernah berkata telah buang semua anak2 dari hidup nya kerana ibu menang tuntutan nafkah. Dan dia culas juga akhirnya. Ibu tiri saya barang kemas penuh badan.
Rumah mereka apa saja tidak ada? Kata kan. Semua lengkap. Dari set sofa sehingga set periuk2. Namun ibu tiri masih mencanang merata pelusok alam bahawa ayah tidak beri nafkah la ayah banyak habiskan duit pada anak2 lah.
Jadi setiap manusia yang berjumpa anak2 akan menasihati supaya jangan kerap minta duit kepada ayah. Ya. Jiran terdekat dan keluarga belah ayah semua nya menasihati perkara ini. Anak2? Diam membisu kerana sudah tidak ada telinga yang sudi mendengar lagi.
Ayah tidak kedekut makanan kerana dia bukan bekerja gaji biasa tetapi amat luar biasa.. Jika kepada ibu tiri dia belikan buah mangga kuning, Tetapi pada anak2 buah pelam hijau.
Jika pada ibu tiri nasi kandar 5 jenis lauk, pada anak2 roti canai kosong. Jika pada ibu tiri coklat Daim, pada anak2 gula gula biasa. Begitulah sikap dia yang pemurah.
Saya masih memerhatikan segala tindak tanduk ibu, ayah, adik beradik saya.
Sesekali terasa kesal dihati.. Mengapa tuhan takdirkan saya dilahirkan didlm keluarga sebegini.
Saya sering menjadi objek atau orang tengah. Didalam keluarga sayalah yang membayar segala bil. Sayalah yang beli barang dapur. Sayalah yang menjaga ibu sakit demam. Segala nya saya.
Saya tahu para pembaca mesti tertanya2 adik beradik saya yang lain kerja apa. Semua adik beradik saya bekerja. Tetapi tanggung diri masing2. Kenapa?
Kerana mereka juga terkesan dengan tindakan ibu semasa kecil. Ibu suka pukul. Jadi oleh kerana masih berdendam. Maka mereka tidak bayar apa2 bil dan tidak ambil peduli apa2 brkenaan rumah. Tetapi semua masih tinggal bersama.
Sayalah yang mengalah walau memori pahit mengigit dan mencengkam sanubari. Sayalah yang melawan arus masih setia bersama keluarga. Walau disisih, walau dipijak henyak, walau tidak dipedulikan. Ya. Sayalah.
Tidak saya salahkan ibu. Saya mengerti sikap dan situasi ibu. Saya tahu ibu mana pun didalam dunia ini tetap akan bersikap seperti ibu saya apabila dihimpit dari segi emosi dan kewangan.
Dia tertekan dengan kehidupan dia. Bercerai tanpa ilmu. Akhirnya anak anak menjadi mangsa amukan. Memori masa kecil penuh kelukaan dan air mata. Hasil nya anak anak berdendam tidak pedulikan nafkah ibu.
Dipukul dihenyak dihentak seperti haiwan tanpa kasih. Kesedaran ibu lambat datang, sebagaimana anak2 lambat memahami jiwa ibu. Bagaimana anak kecil mahu memahami hal orang dewasa?
Saya juga tidak menyalahkan ayah saya.
Saya faham bagaimana rasa mendapat tuah demi tuah atas setiap kelahiran anak2 sehingga mata menjadi gelap.
Mata menjadi gelap akhirnya mencari seorang janda dan melaburkan semua hasil kepada janda ini. Saya faham bagaimana rasa. Seperti kau berikan sejumlah wang tunai besar nilai, kau juga akan hanyut. Hanyut dalam nikmat dunia yang sangat mempesona.
Saya juga tidak menyalahkan adik beradik saya. Seperti kucing mengais kasih sayang tuan nya. Mana kah dapat kasih sayang dari ibu yang sudah remuk jiwa dan bapa yang sudah gelap mata?. Kasih sayang hasil dari amukan jiwa adik beradik seperti mengemis diserata jalan.
Tidak tahu benar atau salah, yang penting jiwa terisi. Kerana itulah mereka menjadi liar dan membuat kerosakkan. Menyakiti haiwan, merosakkan harta benda, melukakan hati manusia. Bersikap seperti haiwan kerana kasih sayang manusia sudah tiada.
Saya tidak salah kan mereka semua. Saya salahkan diri saya. Membisu dan mendiamkan diri atas segala yang berlaku. Mengharap ada keajaiban berlaku. Kehadiran saya umpama ada dan tiada tidak menjadi hal..
Jangan tanya rasa apa saya terhadap ibu, ayah dan keluarga saya. Untuk mereka, tidak ada rasa sayang cuma tinggal rasa hormat. Dan rasa simpati yang mengunung terhadap adik beradik saya.
Harap pembaca dapat memberi sedikit nasihat yang dapat sejuk kan jiwa saya yang masih menangis.
Doakan ketenangan untuk saya.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Keluarr dari rumah tu supaya tak kena buli lagi love your self live your life.. bulan2 bagi la duit dekat mak je