Aku ada terbaca kisah, Sakitnya Survival Seorang Dewasa (https://iiumc.com/sakitnya-survival-seorang-dewasa/).
Aku pun sama. Tapi dewasa yang lain. Ibu tunggal yang membesarkan anak 3 orang.
Aku pernah kerja. Tapi berhenti tahun lepas atas sebab tertentu termasuklah kerana cov1d.
Waktu tu aku tak de masalah kewangan. Even masa cov1d pun aku kerja, duit KWSP bila boleh keluarkan memang aku amik peluang. Aku bayar hutang-hutang semua.
Dalam setahun aku cuba cari kerja. Tak dapat. Mungkin faktor umur. Entahlah.
Ada sekali tu aku jumpa iklan kerja part time kat negara jiran. Aku join la. Gaji boleh la dapat SG80 sehari.
Aku tak de duit nak ulang alik dari rumah ke negara jiran. Kena keluar seawal jam 5 pagi. Bas pun tak de lagi. Kena naik grab yang high demand. Dalam RM28-35 sampai imigresen.
So aku pun decide tumpang rumah kenalan kat sana. Aku bagitau nak bayar $10 sehari dalam tempoh seminggu. Masih berbaki $70 bersamaan RM210 (sehari gaji)
Kat sana aku pun tak de dollar nak makan. Kenalan aku tu memang baik. Dia suruh je buat macam rumah sendiri tapi aku malu la. Anak dia suami semua ada. So memang aku tak makan.
Ada $2.50 aku buat beli biskut. Dalam ada 10 peket kecik. Dalam tiap peket ada 2 keping biskut. So tiap hari aku bawak 2 peket untuk pergi kerja.
Lepas congak, lepaslah makan 5 hari ni. Makanya itu sajalah makanan aku. Biskut dan air masak yang aku topup dari peti ais rumah kenalan aku tu.
Hari ke-4 biskut aku letsk kat dapur dah tak de. Haha.. hari tu aku tak makan pape jadinya.
Hari ke-5 adalah kenalan sesama part time bagi aku $10. Tau tak syukurnya aku masa tu.
Balik kerja terus beli nasi tapau dengan mee. Dah berapa hari makan biskut je kan. Gitulah aku survive sampai seminggu. Aku pun balik Malaysia tercinta semula.
Tu la kisah aku. Sekarang aku kena keluar rumah sebab tak mampu lagi bayar sewa. Esok kena keluar tapi masih tak de tempat dituju.
Konon nak masuk ppr illegally, tapi ketahuan. Jadi untuk esok entahlah. Tak tau apa nasib aku.
Buat masa sekarang kerja aku work from home je. Bestnya sebab aku tak perlu jumpa orang. Baru sehari dua kerja ni. At least jimat la duit grab aku.
Oh ya.. aku tak de kereta. Tak de rumah. Mujurlah tak de semua tu. Kalau ada kereta mesti dah kena tarik berbulan tak kerja kan.
Yang lega, aku tak berhutang dengan mana-mana institusi. Tak de koway, kuku, asterok bagai tu.
Hidup aku memang basic je. Untuk aku dan anak-anak. Tu pun selalu je sangkut. Nafkah anak dari ex husband pun ikut suka dia la nak bagi ke tidak.
Ni pun aku tak faham. Lelaki-lelaki ni lepas bercerai susah betul nak bagi nafkah anak. Buat anak bersepah. Tinggal merata gitu. Ingat anak kucing? Ada orang suka boleh bawak balik bela, gitu??
Doakan aku please. Doakan aku mampu tanggung anak aku sampai belajar masuk universiti semua.
Anak-anak aku Alhamdulillah belajar okay. Cita-cita tinggi. Kalau boleh aku tak nak anak amik pinjaman ptptn. Aku tau struggle cari duit dalam masa sama nak bayar hutang.
Doakan aku.
Doakan aku bangkit jadi macam dulu. Aku yang sekarang, semangat untuk hidup pun tiada. Aku stress, murung.
Ada masa aku ketok kepala aku sendiri. Aku tak rasa aku gila tapi entahlah. Jumpa orang tak kenal semua aku tak suka. Aku benci. Rasa loser.
Sekarang duit dalam bank RM5 je ni. Cash kat tangan RM3. Aku nak survive macamana? Tengok je la.
– -Aku- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit