Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang tajuk halatuju Pendidikan tinggi. Pertama sekali saya bukanlah kaunselor, pegawai halatuju Pendidikan atau pegawai kerajaan. Segala yang saya share pada kali ini berdasarkan pengalaman dan analisis yang saya buat. Harap membantu.
Halatuju ni Nampak remeh tapi ramai orang terjerat. Habis SPM dapat straight A, maka bergembiralah meraka ini di hari result. Esoknya datang sekolah jumpa kaunselor untuk bincang halatuju dan cara isi UPU. Bila kaunselor tanya “Awak minat apa?”.
Mereka jawab “saya pun tak tahu cikgu”. Benda ni agak sedih sebab result SPM mungkin baik tapi halatuju takt tahu. Sebab apa berlaku perkara macam ni? Sebab pelajar datang sekolah, belajar, hafal, masuk exam tulis dan dapat result. Saya tengok biasanya berlaku pada pelajar top (bukan semua), sebab mereka hanya fikir “Aku kene target exam”.
Pertama sekali, pelajar kena tahu aspek minat untuk tentukan halatuju. Minat bagi saya adalah perkara nombor satu. Ramai pelajar tak tahu halatuju sebab tak tahu minat apa. Masa zaman sekolah semua subjek mereka dapat score tapi mereka tak pasti pun mereka minat ke tak subjek tu. Ada orang pandai Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik, tapi tak semestinya mereka akan sambung bidang Kejuruteraan atau Sains Gunaan.
Saya ada kawan yang selalu dapat A Biologi, bila tanya “Kau biologi selalu A, tak nak ke ambik medic?”. Dia cakap “aku pun tak tahu”. Saya sedar kalau seseorang tu pandai Biologi, tak semestinya dia ambil medic kan.
Jadi paling penting adalah cari minat. Kepada yang tak tahu minat bidang apa, saya cadangkan cari apa yang anda suka buat. Cuba fikir apa perkara yang anda nak sangat buat kalau boleh sampai tua. Itu boleh jadi kunci kepada halatuju, sebab ia berkesan kepada saya dahulu.
Saya mula minat kapal terbang pada umur 17 tahun, sejak hari itu, saya pasang niat nak kerja pilot atau jurutera kapal terbang atau apa sahaja pekerjaan yang dekat dengan dunia penerbangan. Jadi cari minat anda!
Perkara kedua yang saya tengok ramai orang lepas pandang adalah keputusan atau kelayakan. Ada orang cakap aku nak jadi doctor. Tapi result Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan selalu gred C dan ke bawah (minta maaf terpaksa cakap).
Ye, saya tahu ia boleh diusahakan dengan syarat betul-betul serius. Ada yang nak jadi doctor, result kurang memuaskan tapi masih tak usaha. Kerja sekolah tak buat, nota tak buat, buku tak baca dan dalam kelas kurang focus dan main-main. Macam mana nak jadi doctor? Saya pun takut kalau jumpa doctor macam ni kan.
Jadi keputusan exam masih relevan dan penting. Anda kena pastikan subjek ape yang perlu anda score tinggi dalam exam untuk pilih bidang yang anda minat di peringkat pengajian tinggi (university). Jadi saya akan senaraikan subjek mengikut aliran di peringkat SPM:
Aliran Sains Tulen:
-Fizik, Kimia, Biologi,
Aliran Sastera:
-Matematik, Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Quran Sunnah, Bahasa Melayu, Sejarah, Sains,
Pastikan subjek saya tulis tu anda dapat score gred terbaik di peringkat SPM kalau nak senang pilih bidang di univeristi atau anda nak pilih universiti mane anda nak belajar. Sebab markah meritokrasi akan dikira berdasarkan subjek ni, kalau tinggi markah merit anda makin cerah peluang ke IPTA.
Apa itu meritokrasi? Insyaallah next confession. Sesetengah universiti require markah merit yang tinggi contohnya Universiti Malaya. Saya pernah mohon Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar UIA tapi tak dapat, mungkin sebab markah merit saya agak rendah.
Yang terakhir buat confession kali ni ialah laluan halatuju. Anda kene bina laluan anda sendiri dan kalau boleh jangan ikut orang ! Saya merayu jangan ikut kawan ! Anda akan menyesal seperti saya. Anda kene tahu lah cita-cita anda dahulu. Bende ni pun ramai ambik remeh dan buat tak tahu.
Mereka anggap cita-cita ni untuk budak, akhirnya mereka masuk saja institusi yang mereka dapat tawaran, padahal minat tak ada pun. Bukan nak merendahkan sesiapa tetapi sayang. Saya ada ramai kawan lelaki dan perempuan, SPM mereka dapat result sangat hebat tapi bila tanya halatuju cakap “tak tahu”.
Lain cita-cita, lain jalannya. Kalau anda nak jadi jurutera contohnya anda boleh apply asasi sains fizikal UM atau UiTM, asasi sains UTM, asasi Kejuruteraan dan sains computer UIA, asasi sains pertanian UPM pun boleh sambung engineering di peringkat ijazah nanti tau!
Saya tahu sebab saya dah berjumpa dengan pegawai dan pensyarah UPM semasa carnival halatuju dahulu, saya juga ada kawan yang menuntut di UPM dalam asasi sains pertanian sekarang. Selepas asasi anda boleh sambung ijazah dalam bidang kejuruteraan seperti Civil Engineering, Mechanical Engineering atau Chemical Engineering. Terlalu banyak university yang offer kos ini.
Berbincanglah dengan ibu bapa dan kaunselor atau guru. Anda boleh buat dan mesti buat kajian tentang halatuju anda. Kalau anda ada duit lebih, boleh jumpa private consultant yang berpengalaman untuk dapatkan nasihat secara terperinci.
Jadi sayan ulang lagi, ada 3 elemen untuk membina halatuju Pendidikan anda nanti:
1. Minat
2. Kelayakan atau keputusan
3. Cita-cita atau haluan kerjaya
Saya admit banyak lagi aspect lain, tapi saya berpendapat kalau anda dapat selesaikan elemen ini dahulu, ia akan lebih mudah untuk anda memilih halatuju nanti. Yang penting jangan ikut kawan. Jangan ikut orang dan buatlah pilihan terbaik untuk masa depan anda. Jangan tengok jalan orang lain, kita buat jalan kita sendiri !
– Daniel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit