Bagaimana Cara Aku Melupakan?

Hi, Assalamualaikum. Ini adalah pertama kali aku menulis kisah ku diruangan ini. Mungkin ramai orang semasa zaman kecil mempuyai kenangan manis yang boleh dikenang untuk masa kini.

Namun berbeza oleh ku, walaupun aku sudah menginjak usia 28 tahun, masih segar di memori ku akan layanan kedua-dua nenek ku.

Aku dilahirkan di sebuah kampung di selatan tanah air. Bapaku hanya kerja kampung sahaja, manakala ibuku surirumah sepenuh masa.

Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi alhamdulilah, hidup kami sekeluarga serba mencukupi tanpa perlu mengharapkan ihsan orang sekeliling.

Ibu bapaku sangat mementingkan pendidikan kami adik beradik. Walaupun hidup kekurangan, namun ibu bapaku menyediakan alatan persekolahan yang serba baru untuk kami memasuki tahun baru alam persekolahan.

Kisah ini bermula apabila ibuku berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu bapaku walaupun jarak umur yang berbeza. Ibu ku berasal daripada ahli keluarga yang ramai dan berpendidikan manakala ayahku sekolah pon tidak.

Benar cinta itu buta, setelah berkahwin, nenekku tidak menyukai ibuku kerana bukan calon menantu pilihan hatinya. Bahkan bapaku juga bukan menantu pilihan nenek sebelah ibuku kerana tidak berharta dan berpelajaran.

Kisahnya bermula apabila aku memasuki alam persekolahan dimana aku sudah mengerti akan perbezaan layanan nenek sebelah ibuku terhadap aku berbanding sepupu yang lain.

Sepupu tinggal di negeri yang lain dan hanya pulang ke kampung apabila musim cuti persekolahan yang panjang.

Betapa gembiralah hatiku bila dapat tahu sepupuku yang jauh sudah pulang ke kampung. Ini bermakna aku ada kawan untuk bermain bersama sepanjang cuti persekolah.

Oh lupa, aku anak bongsu. Kakak dan abangku sudah dewasa. Oleh itu, aku tiada teman bermain.

Namun, angan-anganku musnah apabila niat baikku datang ke rumah nenekku dilayan acuh tak acuh oleh nenekku. Siap memberi kata sinis kepadaku apabila datang kerumahnya.

Biasalah, zaman kanak-kanak, asalkan dapat bermain dengan sepupu jauh sudah cukup seronok buatku.

Tetapi nenekku tidak menyukai kehadiranku yang menganggu ia untuk meluangkan masa bersama anak dan cucunya.

Masih segar di ingatkan aku, ketika buat makan-makan, aku datang ke rumah nenekku, tetapi mendapat kata sindiran malah tidak bagi ku makan.

Jika nak makan, buat kerja dulu yakni kerja-kerja untuk menghidang dan membakar BBQ. Manakala, sepupu aku yang lain bersantai menonton televisyen.

Tidak berakhir disitu, nenekku juga memaksa aku tidur dirumahnya untuk membersih kelangkapan BBQ tersebut.

Malah aku jugak pernah dihalau balik ke rumah sehingga aku lari panjat pokok kerana aku takut kepada nenekku halau sambil memegang parang. Sungguh aku terasa.

Selepas kejadian itu aku sudah tidak mahu ke rumah nenek ku sehingga dia bercerita kepada orang kampung bahawa aku cucu lupa diri.

Kini aku sudah dewasa, alhamdulilah keluarga kami semakin senang. Rumah pon selesa untuk kami diami. Bapaku sudah mempunyai dua biji kereta buat masa kini. Kerana dahulu kami dihina kerana bapaku tidak mempunyai kereta.

Selain itu, bapaku yang tidak perpelajaran itulah juga memberi semua anak-anaknya pendidikan hingga ke menara gading.

Aku sekadar mencoretkan cerita ini sempena hari bapa kerana aku sangat berbangga dengan ayahku membesarkan kami tiga beradik sampai gemuk. Hehehe.

Kesimpulannya, janganlah sesekali melayan seseorang mengikut darjat harta. Kerana miskin tidak selamanya miskin. Aku percaya doa Allah pegang satu persatu akan dilepaskan.

Dan sehingga kini memori zaman kecilku masih memberi kesan kepada aku atas layanan nenek aku. Aku cuma tak tahu macam mana nak lupakan kenangan pahit ini walaupun aku sudah memaafkan nenek aku.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *