Assalamulaikum… Sekarang ini, banyak confession di sini berkenaan rumah tangga, terutamanya, dari seorang isteri.
Daripada penceritaan beliau, aku sedih sangat dengan keadaan itu, selalu aku berfikir, macam mana mereka ni boleh bertahan sampai tahap macam itu? Kuatnya sayang diaorang suami pada suami kan.
Contoh yang terbaru ni, baru lepas operation pon terpaksa sediakan makan suami dengan order makanan grab. Sayang sangat dia dengan suami dia?
Ataupun kita isteri ni, memang perlu sampai ke tahap itu ke untuk menjadi seorang SOLEHAH, memang itu ke jalan syurga seorang isteri?
Aku tanya sebab keadaan aku dan suami retak menanti belah, atau pon sebaliknya aku pon tidak tahu. Mana punca sebenarnya, aku tidak tahu, yang pasti, alku sudah tidak boleh menerima apa yang suami aku lakukan.
Ya, dari segi duit, tidak pernah culas sedikit pon setiap bulan ke account bank aku, cuma, dari segi emosinya, aku cukup tertekan dengan keaadan hidup ak sekarang.
Bagi suami, aku cuma memperbesarkan perkara-perkara kecil, bagi suami, aku mengada-ngada. Sampai hampir setahun selepas kelahiran anak, hari ak, banyak bertemankan airmata.
Sampai satu tahap, aku rasa aku sendiri perbaiki hidup aku, suami aku tidak mampu mengubah diri dia, aku dah tak mampu menasihati lagi.
Bagi aku, ini bukan perkahwinan yang aku mahu, aku tidak mahu membazirkan hidup aku dan mempertaruhkan masa depan aku untuk bersama suami.
Masalahnya sekarang, bagaimana cara untuk aku keluar dari perkahwinan ini. Aku pernah merujuk ke mahkamah syariah, katanya, syarat bercerai adalah suami dan isteri kena bersetuju.
Walaupun aku rasa suami aku tidak bersetuju, aku masih ambik surat dan aku menjadi pemohon.
Tetapi bila aku pemohon, alamat pada ic aku perlu sama dengan kawasan mahkamah syariah yang ak dadtarkam kes ini, so aku perlukan satu lagi borang yang dicop oleh imam kariah kawasan tempat tinggal.
Jadi, disini la bermula segala susahnya untuk menguruskan urusan penceraian. Apabila berjumpa dengam imam tersebut, banyak yang dia terangkan pada aku, terutamanya tentang risiko isteri sebagai pemohon.
Kalau boleh, biar suami yang jadi pemohon. Kalau tidak, buat lagi satu surat macam mengatakan suami mewakilkan isteri sebagai pemohon.
Sampaikan imam tu kata, kalau kena yang jenis putar belit, silap-silap haribulan anak pon boleh dapat hak penjagaan pada suami.
Tapi, bila aku consult balik ke mahkamah syariah, katanya, seolah2 borang wakil tu tidak wujud, dan tidak laku pon kalau nak digunakan.
Option dia, dua sahaja, suami atau isteri yang jadi pemohon. Kemudian, aku tanya lagi bab hak anak, bila isteri jadi pemohon.
Dia kata yang itu, possible, suami boleh mungkin dapat hak, tapi untuk lebih detail kena rujuk mahkamah bukan mahkamah syariah.
Jadi, aku sangat takut, aku tidak kisah hilang hak tuntut nafkah 3 bulan edah, tapi bab anak aku, aku siang malam berjaga dari dia lahir sampai sekarang.
Aku susu dia sampai sakit habis badan. Untuk hilang yang ini, aku takut.
Imam yang aku jumpa itu pun ada cakap, sebab untuk bercerai kena kukuh, yang paling mudah, culas nafkah, memukul, ada lagi la yang tidak perlu aku terang…
Tapi semua itu juga perlu bukti, saksi semua.. Tapi dalam kes aku, aku hanya ada cerita airmata aku dan cerita ego suami aku. Bukti? Lagi tiada.
Jadi konklusinya, aku sekarang sudah tidak tahu macam mna cara untuk hidup, aku tidak tahu cara untuk aku hidup sebagai isteri, tapi untuk keluar pon aku buntu.
Aku sudah tak ada rasa hormat, sayang apatah lagi pada suami.
– Ibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit