Bagaimana English Mengubah Hidupku

Hi dan Assalamualaikum. Aku perkenalkan namaku sebagai Lauren. Umur sekitar 20-an. Dan sekarang baru sahaja tamatkan diploma. Alhamdulillah.

Ceritanya bermula dari sekolah menengah. Semasa aku melangkah ke fasa Tingkatan 1, aku tidak mempunyai ramai rakan dan juga keputusan UPSR aku tidak berapa bagus dan ditempatkan di kelas yang hampir hujung.

Di kelas tersebut, aku berjumpa beberapa orang anak orang berada dan pandai speaking. Aku melihat banyak rakan-rakan dari kelas lain juga pandai speaking. Aku sejenis pemalu dan tidak tahu speaking.

Di rumah, ibu dan ayahku tidak pandai speaking dan adik-beradik aku pun sama tidak pandai speaking, jadi aku tak ada peluang nak speaking.

Bila melangkah ke Tingkatan 3, apabila keputusan PMR keluar, English aku masih dapat D dan ia sangat mengecewakan. Bukan tak tuisyen, dari Tingkatan 1 hingga 3 dah pergi tuisyen tapi masih tak faham.

Jadi, disebabkan keputusan PMR yang teruk itu, aku tidak dapat mohon aliran Sains sebaliknya aliran Sastera. Dari situ aku berazam untuk improve English aku.

Bila masuk Tingkatan 4, English menjadi sangat sukar kerana format dan juga karangan semakin tinggi tahapnya. Dari situ, aku berusaha untuk beli pelbagai buku karangan, beli surat khabar SPM, pergi tuisyen juga.

Bila pertengahan bulan, keputusan aku mula meningkat secara perlahan-lahan, terutamanya grammar. Tapi speaking masih terabur lagi.

Bila keputusan SPM keluar, keputusan English aku masih tidak okay, sama seperti PMR, iaitu aku hanya dapat D, tapi atas pagar je lah. Jadi nak mohon UPU memang tak lepaslah.

Kawan-kawan aku ada yang dapat C+ dan ada yang dapat A. Aku sangat cemburu dengan mereka.

Tak tahu di mana silapnya, dah pergi tuisyen, dah baca novel tapi masih dapat keputusan yang teruk. Aku rasa macam bodoh.

Masa diploma, satu pun pilihan UPU aku tak dapat sebab English aku tak kredit. Tapi aku tiada pilihan lain dan memutuskan untuk memohon Politeknik.

Di Politeknik lah aku belajar sepenuhnya dalam English. Dapat kawan dan juga pensyarah yang baik yang membantu aku improve English aku.

Jadi, sekarang aku tengah ambil MUET dan mohon degree untuk sambung belajar.

Doakan aku okay untuk dapat pekerjaan yang lebih baik dan juga untuk English aku.

Tengah berusaha juga untuk improve English kerana aku tahu English memang penting untuk kita kuasai sebab di mana-mana pun kita pergi mesti guna English,

Seperti ketika melancong, dalam dunia pekerjaan, sambung belajar, pembentangan, khidmat pelanggan, malah dalam dunia perubatan juga sangat meluas penggunaannya.

Malah, ubat-ubatan pun deskripsinya dalam English. Rugi tak belajar Bahasa Inggeris ni.

Silap aku sebab tak belajar dari tadika. Bila nak mula sekarang, orang lain semua dah ada macam-macam pencapaian.

Bagi aku, English sebenarnya lebih seronok dan mudah berbanding Bahasa Melayu. Aku lebih suka English. Zaman sekarang bukan English sahaja yang penting, malah bonus kalau kita tahu bahasa lain seperti Mandarin, Jepun, Korea, Perancis.

Sekarang ni, Bahasa Mandarin juga semakin meluas digunakan, jadi tak rugi untuk belajar. Mulakan dari asas.

Itu sahaja kot dari aku. Bahasa Inggeris ni beri impak yang besar pada aku, terutamanya bila nak cari kerja.

Tak rugi untuk belajar dan kuasai bahasa ini kerana kesannya sangat besar untuk kehidupan kita, lagi-lagi kalau datang dari keluarga B40.

Orang lain tak dapat bantu kita, melainkan hanya diri kita sendiri yang dapat mengubah nasib kita.

Terpulang pada diri sendiri sama ada nak ubah atau masih nak duduk dalam zon yang sama.

Zaman sekarang ni, kerja pun susah nak dapat dan persaingan sangat tinggi. Jadi, kalau kita ada kemahiran dan Bahasa Inggeris yang mantap, lebih senang untuk bersaing.

– Lauren (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *