Bagaimana Ingin Berhadapan Dengan Akak Sendiri

Hi, thank you admin kalau siarkan confession aku ni. My confession is more to nak share problem yang aku pendam sorang sorang dan takleh nak cerita kat sesape, sebab ini berkaitan kakak aku. It may be a bit long. So aku begitau pasal diri aku dulu la, aku anak kelima dari enam beradik, ada dua kakak dua abang dan sorang adik lelaki. Yang aku nak cerita ni pasal akak aku yang sulung. Dalam family aku, aku sorang je yang sambung belajar. Akak aku dua dua sampai pmr je, abang aku pulak sorang takat spm, sorang tu drop out college (memain, bazirkan duit dahlah pergi private) and adik aku sampai pmr je sebab dia malas nak sekolah, asyik ponteng je. Mak aku tak larat nak paksa dia gi sekolah hari hari last last berhenti.

Ok so, back to the main subject of the confession: akak sulung aku. Dia ni kan aku cakap sekolah sampai pmr je. Dia berhenti sebab dia pregnant out of wedlock. Umur 16 k masatu. Masatu aku kecik lagi, 5 tahun kot, so aku tak faham lagi benda benda ni semua. She kept that baby, and got married with the guy who impregnated her. Laki tu sama gak form 4 sama ngan dia. Dia pun besarkan lah anak dia. Mak aku tak amik kisah rasanya pasal akak aku waktu tu sebab dia kecewa anak dia macam tu, idk tak pasti sebab tak pernah diorang cite. Dengar dengar macam tu je la yang dulu masa akak aku kawin tu mak aku tak ngaku anak kot kejap, and terpaksalah akak aku ngan laki dia sewa rumah sendiri. At the age of 16, dedua tak sekolah. Nak tanggung anak lagi. Akak aku cerita dulu memula kawin hidup diorang susah gila, masak pakai kayu api makan ubi kayu semua. Anak sedara aku yang sulung tu pun pernah minum air sirap tanpa gula, bancuh dalam botol susu sebab tak mampu beli susu.

And then, anak sedara aku yang kedua pun lahir. Perempuan, yang first tadi laki. Start masa ni rumah tangga diorang dah porak peranda dah di ambang penceraian dah. Lepas je baby kedua lahir akak aku cam ada mental problem sikit. Apa tah yang orang panggil kalau tengah berpantang kalau stress sangat boleh gila eh, ha tulah dia. Anak dia menangis dia boleh campak macam tu je atas katil, dia hayun buai sampai ke siling rumah pergi dia. Masani mak aku dah terima akak aku balik, sebab masa ni akak aku ngan laki dia duk rumah mak aku. Then kakak aku tak mampu nak bela baby baru lahir tu, dia pun nak cerai dah ngan laki dia masa tu.

Kebetulan masa tu sepupu kitorang, belah ayah ni, takde anak dah berapa lama kawin. So dia pujuk akak aku suruh kasi diorang. Akak memula reluctant gak ah sebab dia cadang nak kasi orang yang dia tak kenal, kira cam taknak ada string attached, tak nak nanti in the future jadi masalah anak nak datang balik ke, dia nak anak dia balik ke, so dia prefer anonymous lah adopt anak dia tu. Pujuk punya pujuk akak aku pun setuju lah kasi anak dia kat sepupu kitorang tu. Oh lupa nak cakap, dedua akak aku ni lain ayah. Mak sama. Mak aku ngan ayah kakak aku berdua ni bercerai pastu kawin ngan ayah aku. So yang sepupu tadi tu, anak sedara ayah aku tau, bukan anak sedara ayah akak aku tu.

Walaupun title half siblings, tapi kitorang tak pernah pun anggap kitorang half siblings. Tak pernah wujud dalam kamus hidup kitorang yang kitorang ni lain ayah. Akak aku ni penyayang sangat orang dia, Baik dengan adik adik, dah macam mak. Nampak lah dia punya ke-sulung-an tu. Gap umur kitorang pun 10 years apart.

Start dia bercerai, hidup dia dah masuk fasa gelap. Masa umur 18 dia dah start kerja dekat karaoke/night club, i’m not sure. Dia hisap rokok, kawan dengan orang tak berakhlak hisap dadah semua. She confessed that she was an addict before, sebab jenis dia takleh berahsia ngan mak aku. Dia mesti ter-slip out jugak. So dia pun hidup lah dalam kancah kegelapan, kerja kelab malam, minum arak, tidur ngan laki, Allahu bab ni aku sebak sikit walaupun benda dah berlaku. Hidup dia teruk sangat dulu, dah macam bukan islam. Dan sebab mastu aku kecik lagi so tak faham, dah besar baru fikir dan akak aku sendiri cerita. Dia bertukar tukar tempat kerja, semua tempat dia kerja semua boss sayang sebab katanya banyak dapat customer. She is not a hooker, please don’t say harsh things yet. Dia GRO, akupernah tengok pay slip dia terang terang tulis camtu. So she isn’t a hooker. Teruk teruk dia kerja belum pernah buat kerja tu. Aku percaya kakak aku.

Dia kerja gro kat karaoke pun family aku tahu, kira takleh nak buat apa dah. Dia takde kelayakan apa pun kan. Dia kerja camtu sampailah umur 23. Dia jumpa sorang laki ni. Allah, masa ni sejarah berulang. Dia mengandung lagi, out of wedlock. Then kawin, dapat anak ketiga, anak tak sah taraf lah kira. Dulu surat beranak anak sedara aku yang ni takde binti, kira nama anak sedara aku camtum ngan nama ayah dia. Contoh: Amira Ahmad Fadil. Then tah camne jpn rombak balik anak sedara aku yang tu berbinti kan abdullah. Kesian dia :( Nanti dah besar takleh bayang mesti dia tanya siapa abdullah. Kat buku tulis dia tulis nama dia binti ayah dia, tapi dia tak tahu kat surat beranak dia binti abdullah. Dah besar sikit mesti dah start tanya, kenapa register book nama dia binti abdullah ke. Haih takleh bayang. Sekarang dia dah 9 tahun.

Ok sambung. Akak aku kawin lah dengan laki dia yang baru ni. Kali ni lama sikit lah bertahan. 11 tahun. Tu pun cerai rujuk cerai rujuk ada gaduh berbulan tak balik. Alhamdulillah setakat dua kali dia mengandung camtu dia tak pernah buang, and yang laki mesti bertanggungjawab. Tapi laki yang baru ni malas kerja. Awal awal kawin masa anak sedara yang ketiga tu dalam setahun dua rajin lah dia kerja, duduk jauh gak dari rumah mak aku. And start lah dia malas kerja. Tup tup akak aku kerja karaoke balik. Masa dua tahun ni dah berubah tau, tak isap rokok apa semua. Dah kerja balik hisap rokok semula :( Sammmmpai lah anak ketiga diorang darjah satu, akak aku mengandung sorang lagi.

Fast forward to the present time, diorang bercerai. Kes tak tahan abang ipar aku tak kerja la. Akak aku letih. dia dah lah kerja camtu, dia cakap letih. Suami dia pulak relax je hantar isteri kerja tempat macam tu setiap malam, pakai skirt ketat ketat, tahu yang kalau bini dia kerja WAJIB akan bersalam ngan customer, WAJIB ada pegang pegang. Dia tanpa rasa bersalah. Aku tak paham. Dayus betul. Akak aku ni, dari dulu dia yang support famly, sejak ayah aku sakit. Dia kerja karoake kan, so gaji agak banyak dalam sebulan boleh dapat 3k camtu. dia cerita je dia kerja karaoke, kitorang terima je. Aku dah besar ni reluctant gak nak bagi akak sendiri kerja camtu tapi nak buat camne. Aku belum mampu lagi. Sebab tu cita cita aku nak kerja bagus bagus first thing aku nak buat suruh akak aku berhenti kerja ah shit aku dah nak nangis.

Dia support family from a to z. Ayah aku sakit tapi ada lah dapat bantuan. Tu pun sikit. Barely a quarter from what my sister earns every month. Ayah aku start sakit masa aku dalam form 3 camtu, start lah akak aku fully support family kitorang (walaupun masani kena tanggung si biawak hidup abang ipar aku tu) dia kena support family dia lagi, ada anak kecik, family aku lagi. Dia tak pernah mengeluh tau. She is very thoughtful of others, especially our family. She didn’t has a chance to wear anything expensive, even dia mampu, gaji kadang cecah 5k. Banyak kali dalam purse dia takde duit, not even RM 1 sebab setiap kali gaji mesti dia bagi mak aku semua. SEMUA. lepas tolak belanja makan minum basic needs anak dia. Dia baik ngan adik adik. Setiap kali kalau gi rumah dia, nak tidur mesti cium adik adik dulu walaupun dah 20+ still cium akak, makan suap manja manja ngan dia. Semua adik dia layan camtu. Adik adik nak apa mudah je dia bagi. Aku masuk matrik ke, u ke semua dia support. Mujur time degree ni dapat biasiswa jpa kurang sikit beban dia hm.

Panjang sangat dah ni, so aku pendekkan sikit. Lepas cerai ngan abang ipar kedua aku ni, start hidup dia jadi porak peranda balik. Dia hilang arah. Serious masa ni kesian. Perempuan kan lemah. Aku every weekend balik rumah sebab nak teman dia masa awal awal berpisah tu. Setiap malam nangis. Dia taknak duduk rumah mak aku, sebab taknak menyusahkan katanya. Aku balik every weekend nak tengokkan dia lah. Dua dua abang aku tu full time duk rumah dia lah, sebab mak aku risau. Dia dah lah ada history lambung anak masa pantang tu. Kang stress duk sorang sorang, anak anak sedara aku jadi mangsa. Masa ni banyak dugaan dia, anak sulung dia start hisap dadah, dia nak kerja takde sape nak hantar, kereta ada tapi takde lesen dan tak pandai drive. Semua serba tak kena lah. Aku hari hari whatsapp dia suruh sabar semua.

Sekarang dia dah kuat, dah kerja kat kl. Tapi still karaoke. Duduk dengan kawan dia. Anak anak mak aku jaga. Aku tak berkenan sangat dia pergi kerja kl sebab kawan kawan dia kepala dajal jugak semua, ada yang hisap dadah, ada yang minum arak, even yang kadang kadang lepas kerja karaoke jadi anak ayam pun ada. Sedih bila fikir akak aku being surrounded with that kind of people, and with her past, her history and what she is going through right now i’m afraid that she will be influenced and fall for that things again. And kerisauan aku tepat bila dia kadang kadang minum arak. Sedih.

Yang terbaru, cerita dia ayah aku admitted ward. So mak aku kena jaga ayah aku kat hospital, anak anak sedara aku takde orang jaga. Abang abang ngan adik aku memang tak berguna. Even tak kerja takleh nak tengok tengokkan. Aku pulak study. So akak aku pun baliklah jaga anak dia sementara ayah aku being admitted for the time being ni. Aku pun kebetulan balik, nak tengok ayah aku. Masa abang keempat aku jemput aku kat terminal aku ada terdengar conversation dia ngan akak aku ni, yang akak aku nak ikut abang keempat aku ni gi club. Dengan anak anak kat rumahnya. Dia fikir aku balik so boleh tengokkan anak dia lah kiranya. Aku terkejut masa tu tapi buat rilek je sampai rumah buat macam biasa. Malam tu dia tak jadi keluar sebab abang keempat aku tak bagi dia ikut. Aku ni je pendam je, bukan jenis meluahkan so aku perhati je.

Then the next night, dia nak keluar. Dia suruh aku distract anak anak sedara aku by taking them to buy whatever lah jajan ke apa so that they wont notice my sister leaves. Aku dah panas masa dia mintak tolong tu, aku tak pernah kurang ajar ngan dia, malam tu aku refused taknak tolong. Dia merayu gak cakap tolonglah apa benda semua, dia guna alasan tak munasabah dia kata nak gi kerja cari duit bayar sewa kereta. Aku dah tahu dia tipu sebab before that aku overheard dia otp dengan laki, clearly bukan nak kerja la. Esok tu dia tak balik tau, sampai 6 petang baru dia balik. Bayangkan around 12 am keluar balik esoknya pukul 6pm. Mana tanggungjawab dia kat anak anak dia? Dulu dia tak macam ni, dia sayang anak anak dia. Dia kerja demi anak anak dia. Sekarang kalau balik, kalau kacau dia tidur pagi pagi anak anak sedara aku mesti kena maki kena sumpah semua. Ya Allah aku tak kuat tengok diorang kena sumpah macam tu babi lah jahanam suruh pergi kat bapak dia la. Anak sedara aku yang 9 tahun tu mesti terasa, sebab dia dah besar. Yang kecik tu baru setahun lebih, tak tahu apa pun lagi, kena maki macamtu. Risau psychologically effected je

Yang buat aku patah hati bila dalam pukul 1 petang dia tak balik tu dia call. Unknown number. Dia tanya anak dah makan bla bla cakap dia dah otw nak balik semua. Aku tanya dia tidur mana dia cakap dia tidur rumah kawan dia, perempuan la. Aku pun tak sedap hati sebab banyak kali tau dia buat perangai keluar malam balik petang camtu, nak nak before dia kerja kl dulu. Peh macam remaja lepak dia. Allah nak gerakkan hati aku, aku scroll number yang dia guna untuk call aku tadi tu. Pastu ngam dengan satu number dalam call log aku ni, which is number sorang laki ni, bf/scandal dia aku tak tahu. a day before kitorang (aku akak aku abang abang ngan adik aku jumpa laki ni) and kebetulan laki tu call aku nak tanya ward ayah aku number berapa. Konon nak melawat lah.

Luluh hati aku bila tahu tu number laki tu. Dah kalau pukul 1 kau call guna number laki tu, malam sebelum kau tak balik kau tidur ngan sape kak? Kawan perempuan ke kawan laki? Kat mana? Allahu Akbar. Mengucap aku. Kenapa kau sanggup buat anak anak camtu kak? Kau tak dapat pengajaran lagi ke, dah dua orang anak lahir atas hubungan macam tu. Masih tak serik ke? Sanggup kau buat camtu, suruh aku distract anak anak semata mata kau nak keluar ngan laki tu? Nak tidur dengan dia? Ya Allah. Ayah kat hospital, mak sakit sakit badan sebab tidur atas kerusi. Kau boleh buat camni kak? Kau tak camni dulu kak. Kau selalu fikir pasal orang lain. Tolong jangan buat anak anak sedara aku tanggung dosa kau silap kau ni kak. Jangan ulang silap dulu, yang dah dua kali kau buat. Kalau dulu kau muda, sekarng kau dah 30 an. dah tua kak. Tolong sedar. Aku sayang kau aku sayang anak anak sedara aku.

Lepas je aku dapat tahu terus aku tak bercakap ngan akak aku ni. Dia ingat aku marah sebab terpaksa distract anak sedara aku malam tu, dia tak tahu yang aku dah detect number phone yang dia call tu. Aku tak tahu nak confront dia macam mana. Aku pendam sendiri.Sampai lah aku nak balik u semula aku tak cakap ngan dia. Aku tak pernah tak bercakap dengan dia, dah 22 tahun aku hidup. Malam nak balik u tu abang abang aku hantar aku. Diorang semua bodoh, jenis tak kisah. Aku ingat nak share lah dengan diorang, sebab aku pendam sorang sorang benda ni. Start aku bukak cerita, “korang tolonglah nasihat kak sikit…” aku dah burst into niagara falls dah. Diorang boleh buat cam tak kisah macam ” apa benda kau ni? nangis nangis ” sorang tu siap otp ngan member lagi. Aku terus senyap sebab tahu bodoh bodoh ni tak kisah. So aku tahan je sampai balik u. Siap termimpi lagi tau. Dah tiga hari, benda ni still kat dalam otak aku. Sedih. Sakit hati, semua ada. Sampai tahap nangis dalam shower.

Now i want to ask for an opinion. How should i confront her? Sebab aku tak tahu macam mana. Aku hormat dia, aku rasa indebted ngan dia sebab kalau bukan sebab dia aku dah tak dekat u sekarang. Tolong komen yang murni murni, tak mampu nak baca negative comments sekarang. Tolong jangan komen pasal parenting sebab not everyone is raised the same way. Jangan komen jugak pasal dia kerja karaoke tu, please. Aku nak opinion and suggestion je macam mana aku nak confront dia pasal benda ni. And please guys, spare some time to pray for my sister, may Allah gives her hidayah, to change. Moga Allah permudahkan aku untuk confront dia. Moga keluarga aku sentiasa bahagia dan paling penting jangan lah silap dulu berulang lagi. Amin. Thank you guys aku dah sobbed macam apa dah ni. At least i feel some kind of relief lepas confess, sebab aku tak tahu nak share ngan sape. Ini aib kakak aku, darah daging aku. Again, thank you.

– Adik yang sayang akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit