Bagaimana Kalian Jaga Anak?

Assalamualaikum admin dan semua readers… Aku tak tahu nak start macam mana. Cuma nak minta pendapat dari mak-mak yang duduk dekat rumah jaga anak.

Ceritanya haritu aku bawa wife pergi kenduri saudara aku. By the way, aku 29. Wife aku 21. Masa kat kenduri tu ramai la yang baya-baya aku atau tua sikit 30an tengah berborak satu meja. Wife aku tanya diorang macam mana nak buat kalau baby 7 bulan asyik nak merangkak, panjat dan kalau tinggal seorang asyik menangis.

At the end, aku dengar 2 orang ni condemn wife aku pasal cara penjagaan anak dia tak betul. Kata dia tak reti jaga anak and so on, sebab tak pasang play fence kat rumah. Tapi dia relax senyum macam takde apa. Aku bukan taknak pasang, tapi aku taktahu pula anak aku jenis aktif terlebih sampai jatuh banyak kali. Wife aku kalau nak buat kerja ikat guna kain batik je. Lepas buat mcm ni ok dah.. gendong tak lama, paling pun 30min nak buat kerja. Kalau nak masak dia tunggu aku balik. Kitorang rasa ok je setakat ni tanpa play fence. Taktahu pula kena pasang tu untuk pandai jaga anak.

Lepas habis, masuk je kereta dia menangis tahap maksimum punya lah. Dia asyik salahkan diri dia, dia bukan ibu yang baik la apa la.. banyak lagi. Sejujurnya aku cakap, dia ibu yg baik. Bila orang sekeliling kondem suruh dia bagi formula kat anak, dia pertahankan diri dia. Dia pergi jumpa pakar penyusuan minta bantuan. Waktu orang suruh bagi makan sebelum 6 bulan, dia senyum pastu ajak aku balik.

Makanan baby pula dia masak fresh setiap hari tanpa garam, gula & msg sampai 2 tahun nanti. Tanpa perasa pun aku rasa sedap. Dia kata celery untuk rasa masin, manis letak carrot ke.. kurma sikit ke. Waktu malam pulak dia tak tidur dodoikan anak. Berjalan berejam-jam tidurkan anak. Aku? Aku tidur lah. Besoknya nak cari nafkah untuk mereka. Karang aku tak tidur, tak pergi kerja aku.

Nak selit sikit, kalau ada doctor baca ni. Maafkan kami. Kami ni lah jenis parents yang bawa anak ke hospital walaupun jatuh sikit, atau sembelit. Yela, kami taktahu pasal baby. Takut jadi apa-apa. Terima kasih doctor sebab senyum layan kami walaupun pukul 3 pagi kadang emergency tu alhamdulillah.. kadang bukan kes emergency pun doc senyum gelak je. (Kami risau terlebih).

Back to the story, sampai sekarang wife rasa diri dia tak guna. Haritu aku ada bawak jumpa nenek aku. Nenek aku kata, zaman dulu takde pagar tu. Orang dulu ikat guna kain tapi baby kat belakang. So nak masak takde masalah pun. Nenek aku kata biarlah baby nak dengan maknya. Kalau taknak karang baru tahu.. Wife aku try ok je ikat kat belakang.. tapi dia still fikir dia bukan ibu yg baik disebabkan dia muda. Benda ni dinilai ikut umur ke? Saudara aku yang tua, yg condemn tu, bagi anak dia umur 2 tahun minum coffee.. macam mana dia boleh dengar kata orang mcm ni? Aku tak faham sebenarnya, pandai jaga anak ni dinilai melalui apa?

Wife aku kata.. waktu baby ni lah dia nak berkepit dengan anak. Dah 2 tahun ke atas baru dia pelan-pelan ajar anak berdikari. Tapi saudara aku condemn kata anak dia sebulan sumbat botol je diam sampai sekarang tak payah ade mak kat sebelah. Wife aku bab jaga anak ni memang dia sensitif. Bila dia pilih nak jadi housewife, dia punya expectation tu tinggi. Dia akan try hard la.. walaupun dia dah buat yg terbaik, tetap rasa down bila orang kata macam2. Aku taktahu la dia hati tisu ni sebab masih muda ataupun perempuan memang gitu. Haha pening aku.

Tapi bagi aku, baby ni tak boleh pukul sama rata. Setiap baby lain cara, lain ragam. Kembar pun takkan sama perangai dua-dua. Mereka manusia yang berbeza, bukan sama. Taktahu macam mana orang boleh beza-bezakan. Mesti jenis suka banding anak-anak sendiri kan? Aku tak kesah pun orang lain nak jaga anak macam mana.. tapi jangan lah sampai merendahkan confident orang lain. (Dunia ini kejam. Haha)

Kalau ade mak-mak yang anak suka berkepit, macam mana handle ye? Kalau letak kat kerusi baby depan tv memang sure menangis kena pukul. Sampai jiran call jabatan kebajikan ;’D sebab tu wife dukung je. Kalau letak dalam play fence taktau la jadi macam mana. Lain anak lain cara kan? Tolong komen yang membina untuk wife. Yang negatif komen tu aku baca sendiri. Tak tunjuk kat dia nanti makin down pulak. Haha thanks admin ye.

P/s : Saya vaksin anak saya. Wife beranak dekat hospital.

– A7X

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *