Bagaimana Mahu Bersangka Baik dengan Allah

Assalamualaikum semua.

Aku sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan hidup.

1st sebab hutang. Aku ada hutang pelajaran dan kesihatan. Dan aku teringin nak pergi haji kalau boleh masa muda, bawak parents sekali selagi mereka hidup, beli kenderaran sendiri, rumah, etc. Tapi tengok pada keadaan aku, dengan gaji yang biasanya cukup makan je (saving belum ade), tak tahulah tahun bila baru bebas hutang. Aku pernah ada rasa menyesal yang amat sebab sambung belajar (at last tak kerja dalam bidang yang aku belajar, dah tu ada hutang). Aku tahu tak baik tapi aku rasa stress kadang2 bila fikir pasal hutang bila nak habis.

2nd pasal kerja. Aku kena fitnah by boss aku yang aku tak buat kerja, dia citer kat ramai orang. Lepas tu ada sorang ni dalam mesej dia cakap gaji aku tak berkat bla3. Aku sedih sangat. Orang tu bukan kerja sekali dalam office aku , dia tak nampak pun aku buat kerja ke tak. Boss aku pun bukan 24 jam ada kat office tengok staff tapi tuduh aku macam tu. Padahal kadang kadang sampai tak menang tangan aku buat kerja last last orang cakap aku tak buat kerja. Pastu aku tak boleh buat salah sikit, kalau tak kena la nanti.

Aku tahu je ayat Al-Quran yang sebut pasal betulkah kita ni benar2 beriman sebelum diuji. Tapi adakala aku rasa susah nak bersangka baik dengan Allah. Aku pernah rasa macam doa aku setiap hari sia sia sebab kondisi aku macam makin teruk. Aku duk jauh dengan parents. Kawan2 rapat pun masing2 busy kerja, ada yang dah kahwin dan ada yang tinggal jauh. Aku biasa keseorangan je kat sini, kadang rasa nak bunuh diri tapi aku still waras. Aku hari2 menangis TT

Kawan2 tolong bagi nasihat tentang mudah bersangka baik dengan Allah, atau cerita pengalaman korang bersangka baik dengan Allah.

– Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit