Bagaimana Melangkah Lebih Jauh Sebagai Graduan STEM

Assalamualaikum wbt, Buat pembaca yang dirahmati Allah, semoga kita semua sentiasa dalam taufik dan hidayahnya.

Seperti kebanyakan dari kita, saya juga silent reader. Saya jadi tertarik untuk menulis pada kali ini setelah baca confession sahabat kita berkenaan sambung master/phD atau tidak dalam bidang STEM.

It was indeed a very good sharing, and I 100% agree with her/his points. Boleh baca kat sini:

(https://iiumc.com/nak-sambung-postgraduate-studies-baca-ini-dulu/)

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah khusus untuk sahabat2 dan adik2 dalam bidang STEM supaya tidak putus asa. Saya hanyalah seorang kakak dan sahabat, yang bak kata Ustaz Ebit Lew, saya sayang semua kerana Allah.

Post ni agak panjang, tapi saya yakin insayaaAllah bermanfaat. Niat saya hanya nak bagi perspektif supaya adik2 semua boleh ambil sebagai idea. It is practical and actionable.

At the end of this post, I hope you’ll realise there are actually plenty of opportunities to work in our line of studies.

1) Pengalaman diri sendiri

Saya seorang lulusan jurusan Biologi dari IPTA dalam negara. Lepas grad susah cari kerja sedangkan banyak resume dah hantar, tapi tak kene panggil interview sekali pun (sekarang dah tau tips nak tulis resume dengan baik, bila ingat2 balik patutla tak kene panggil.

So adik2, belajar tulis resume dengan betul ye, dan jaga etika menulis email). Satu hari sepupu saya ajak join dia buat sementara. Kerjanya adalah dalam bidang sales pendidikan iaitu cari student supaya masuk kolej swasta yang kami promote.

Dengan berat hati saya terima, sebab hati lagi berat duduk kat rumah je, huhu.. Kerja ni dia tak bagi gaji terus ye.

Kalau dapat sorang student bulan tu baru dia release gaji plus bonus sorang student. Kalau dapat 2 orang student dapat la gaji plus bonus 2 orang student. Kalau tak dapat student langsung, berhuhu la RM 1 pun tak dapat.

Tak lama lepas saya start kerja di kolej tu, kawan saya bagitahu makmal tempat dia kerja tengah cari Research Assistant, dan kene buat Master sekaligus. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya apply, di-interview, dan diterima.

Jadi bermula lah perjalanan sebagai student sekali lagi. At this point, mata saya dah terbuka sikit yang peluang kerja bukan hanya sebagai pensayaarah, atau penyelidik/scientist, atau yang berkenaan dengan makmal semata-mata, tapi saya boleh explore career dalam corporate jugak.

All of us mesti ada pengalaman sembang dengan vendor betul tak? Yang kita selalu beli reagent, consumables, dan equipment tu. Saya suka borak dengan diorang, both sales and specialist.

So I kept an open mind all the time. Selepas tiga tahun, project pun dah nak selesai, saya mula risau pasal kerja lagi. Saya mula cari kerja, sent out resumes (kali ni dah pandai sikit tulis resume yang baik, hehe), dan saya dapat tiga interviews. The first two tak dapat sbb ada calon lebih baik.

Then I went for the third interview. This was an interview with one of the renown biotech companies in the world as a specialist. Bunyi macam dah kene sangat lah kan dengan dengan kelulusan.

First interview selama 2 jam. Then saya dipanggil untuk 2nd interview beberapa minggu kemudian. Kali ni lebih ramai panel, termasuk their international business partner. Ha ambik ko fresh grad kene interview macam tu. It was a gruelling 3 hours interview, dan saya diterima.

Adakah sebab saya ada pengalaman postgrad maka saya diterima? Yes. Tapi apa yang jadi penentu?

Yang jadi penentu adalah pengalaman saya sebagai seorang sales dulu walaupun sekejap and how well-informed I was about the job – natijah dari jadi makcik kepoci suka sembang dengan vendor, haha!

How ironic, kan? So far I am progressing well in my corporate career in Biotech field, alhamdulillah. And I am no longer a specialist now. If there are requests on how to manoeuvre the demanding corporate environment as a STEM student, insayaaAllah saya kongsi.

2) Pengalaman adik saya :

Sebab dia ada kakak yang “garang” macam saya, lepas habis SPM saya paksa dia cari kerja (sebenarnya dia pun dah plan nak kerja).

So dapatlah dia kerja sebagai jurujual (sales) dekat kedai pakaian. Lepas tu dia dapat tawaran matriks, dan sambung dalam engineering. Tapi setiap kali cuti sem, dia akan kerja balik kat kedai pakaian tu.

Lepas grad, tiba lah masanya cari kerja yang sesuai. Saya review resume dia, dan ajar macam mana nak customize resume sesuai dengan position yang dia nak apply.

Dia akhirnya diterima sebagai sales jugak di sebuah sayaarikat engineering. Macam mana dia boleh dapat kerja ni? Sebab dia budak STEM dan ada pengalaman sales walaupun hanya di kedai pakaian.

To cut the story short, sales tak kene sangat dengan jiwa dia, dan office ada toxic culture. Tapi saya cakap stay at least satu setengah ke dua tahun (tak kene dengan jiwa pun dia achieve 90% jugak dari sales target).

So, he did stay for slightly over a year. Lepas tu, dia apply kerja lain yang betul2 position sebagai engineer dan terus dapat. How did he get the job? Sebab dia ada pengalaman kerja dekat engineering company walaupun sebagai sales.

Lepas 3 tahun, baru-baru ni dalam musim PKP dia dapat tawaran dari 2 sayaarikat ternama negara dalam bidang engineering dengan position yang lebih baik, well transforming into more senior role.

And lepas ni dia plan nak buat Ir. pulak. Doakan ye sahabat2 semoga impian dia tercapai, aamiin.

3) Pengalaman saudara

Yang ketiga pasal anak kepada kawan baik ayah saya. Dia pun grad dalam Biology. Dia buat praktikal di sebuah sayaarikat swasta yang menawarkan ujian saintifik kepada industri lain.

Disebabkan attitude yang baik dia ditawarkan kerja di situ lepas grad. Adakah sebagai penyelidik/scientist?

Tidak, tapi sebagai sales. Saya bagitahu ambil je, dan saya share sikit tips interview (still kene interview ye). Alhamdulillah dia dapat.

Dalam role tu, dia banyak terlibat dalam audit makmal, dan itu jadi batu loncatan untuk dia diterima sebagai salah seorang auditor bertauliah (with professional certification).

What made him get the job? Sebab dia budak STEM yang faham ruang lingkup makmal, dan dia “cipta” peluang untuk diri dia sendiri dengan bermula sebagai sales person.

4) Pengalaman kawan

Dan yang terakhir pasal husband kawan saya. Husband dia dulu chemist di sebuah sayaarikat swasta. Lepas faham kehendak industri, dia beralih ambil kursus undang2 berkaitan dengan patent.

He is now highly sought after oleh pihak industri sebab dia faham “bahasa sains“ menyebabkan komunikasi jadi sangat mudah.

Mungkin sahabat2 dan adik2 STEM masih belum terbuka untuk try sales and marketing dalam biotech/ life science/ applied science.

Hakikatnya bidang ni sangat mencabar dan sophisticated (it pays well too). Kita masih practice apa yang kita belajar dulu, and on top of that you gain extremely valuable skills.

It teaches you humility, perseverance, sharpens your critical thinking, widens your circle of network, and it forces you to think outside of the box. Who knows where it might lead you to like the examples laid above?

Kesimpulannya, bidang STEM ni luas. But you need to be exposed to the right people with the right experience. Macam yang confessor sebelum ni cakap, lecturers themselves have very limited non-academia experience, tapi takpe lah saya taknak ulas pasal tu.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan saya semuanya. Akhir kata, majulah sukan untuk negara! Eh?! (budak2 lahir 80-an je yang paham)

– Kak Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *