Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin sudi siar. Terima kasih kalian kalau sudi jenguk dan baca.
Kalian, saya baru sahaja berpindah ke tempat kerja baharu dan menyewa di satu kawasan perumahan berdekatan tempat kerja saya (saya sewa sorang).
Pada satu malam, saya telah ditimpa kecelakaan ketika pulang dari makan malam. Kereta yang saya pandu, sebelah tayarnya terjunam ke dalam lubang besar. Setelah mencuba bersendirian, saya gagal.
Orang pertama yang saya talefon adalah owner saya, bertanyakan mungkin dia ada nombor sesiapa yang boleh saya hubungi (tow kereta etc) untuk angkat kereta saya daripada lubang tersebut.
Owner saya sangat baik. Dia tiba, dan terus menalefon kenalan dia yang lain, seorang demi seorang datang, untuk membantu, tetapi masih gagal.
Setelah berusaha dengan pelbagai cara, salah seorang kenalan owner saya menalefon seorang pekerja yang mempungai bengkel (saya rasalah),
Pada ketika itu, sudah saya niatkan untuk bayar pekerja bengkel tersebut.
Setelah pekerja tersebut datang, dengan kerjasama semua kenalan owner saya, kereta saya berjaya ditarik keluar (pekerja tu bawak hilux dan tarik kereta saya dengan tali, orang lain pula tolong tapakkan tayar saya dengan kayu).
Pada waktu itu, saya baru teringat,
“Dalam dompet saya ada RM50 sekeping sahaja” – saya baru je belanja junior saya makan, memang cash saya tak banyak, dan kebetulan pada musim sekarang saya banyak guna kad/ cashless.
Saya terfikir, kalau saya bayar pekerja itu RM50, macam mana saya nak bagi orang lain yang tolong saya juga pada waktu itu, takkan saya nak bayar dia sorang saja?
Sambil saya ucapkan terima kasih dekat semua orang (saya masih terfikir macam mana nak bahagikan cash tersebut, wajarkah saya mintak nombor akaun semua orang untuk saya bank in sedikit seorang?).
Tiba-tiba, ada seorang pakcik bersuara, “bagilah seringgit dua, takkan terima kasih sahaja”.
Saya tersentak..
Allah, memang saya kurang common sense, at least saya berbahasa la kan? Ajak minum ke?
Entahlah.. Saya duk fikir lama sangat pasal macam mana nak balas jasa semua orang tu, sampai dah kena tegur.
Dan saya pun membalas dengan cepat, “aah memang nak pergi ambil duit pun, kejap ya” – tapi dalam kepala masih fikir macam mana nak bagi dekat orang lain ni.
Bila saya patah balik, tengok-tengok pekerja tadi dah bergerak.
Pakcik tu cakap, “dia cakap tak payahlah, dia tolong ikhlas”
Lepas tu saya sambung cakap terima kasih dekat semua orang, dan semua pun pulang. Sampai sudah saya tak bagi duit RM50 tu dekat siapa-siapa.
Kalau kalian berada di tempat saya macam mana korang handle situasi tu ya?
Saya segan la jugak sebenarnya ni.
Apa yang saya buat, say.a balik solat mintak doa bengkel pekerja tu laku, dan orang yang tolong saya tu murah rezeki
Saya plan macam nak tanya owner saya nanti, siapa yang dia kenal, bagi buah tangan ke?
Apa cadangan korang?
Terima kasih untuk cadangan ya.
– Suria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit