Bagaimana Menempuh Hidup Bersendiri Seorang Janda

Assalamualaikum. Saya Cik Embun, 35 tahun. Memiliki tiga orang anak dari perkahwinan yang telah masuk 12 tahun.

Tahun 2023, saya pernah diceraikan suami. Enam bulan gantung tak bertali, baru dia jatuhkan talak. Tapi dua minggu lepas talak jatuh, suami ajak rujuk.

Awal bulan depan, saya bakal diceraikan sekali lagi. Penyebab berlakunya perceraian-perceraian ni, biarlah antara kami. Tiada guna mengadu domba apa kezaliman yang selama ini saya alami.

Saya serahkan segala sakit, perit, hancur hidup ini kepada Allah untuk adili. Seratus orang tolong caci suami pun takkan terubat luka di hati, takkan bantu hidup mendatang.

Di sini, saya hanya ingin cuba meminta tips dari saudari-saudari yang hidup sendiri di luar sana. Sebab untuk kali ni, setelah habis iddah, saya nekad nak bawa diri tinggalkan anak-anak untuk bapanya jaga pula.

Tolong jangan bagi ayat-ayat kecaman. Keputusan ni wallahi sangat-susah!

Tapi pengalaman yang lepas, bagaimana suami gunakan anak-anak sebagai laluan untuk seksa mental saya dengan pelbagai kaedah, menyebabkan saya pilih untuk gerak solo kali ni untuk tutup jalan suami nak kacau.

Doakan saya dapat ‘settle down’ di tempat yang baru dengan elok. Saya nak usaha naikkan taraf hidup sampai cukup mampu sara anak-anak, dan kemudian saya nak jemput anak-anak duduk dengan saya.

Kisahnya di sini… Saya ada ketakutan untuk menyewa seorang diri. Keluarga jangan tanya. Semua ada hidup masing-masing dan tak dapat bantu saya. Jadi memang hidup saya kena survive sorang-sorang.

Ada tak kakak adik yang sama hidup sorang-sorang je di luar sana yang boleh bantu bagi saya tips hidup sorang?

Bagi saya semangat untuk terus kuat dan nekad keluar dari kehidupan toksik yang penuh penindasan.

Saya sangat-sangat hargai sebarang bentuk pendapat yang membina.

Dan andai sudi, tolong doakan saya dimurahkan rezeki, dapat bina hidup yang baru.

Terima kasih.

– Cik Embun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Memang keputusan utk hidup sendirian agak susah, esp. bla dah ada ank.., mngkin dlm fikiran dan perkiraan yg logik, perkara ini nmpak ‘mudah’, tapi sangat ‘sukar’ sbenarnya.. kita x dpt bgi pendapat yg ‘tepat’ sbb kita pon xtahu sbenar2nya keadaan yg sbenar, apa pkerjaan anda, knp xde ahli kluarga ke yg dpt membantu, knpa nk tinggalkan ank kpd org yg pernah ‘meanganiaya’ hidup awak..? Mungkin awk ada jawapan awk sendiri yg xnk kongsi dgn org lain, tp bla hidup sendiri, mcm2 boleh jd, kecuali awk seorang yg benar2 ‘kuat’ menahan segala dugaan (biasanya wanita ni bnyak kelemahannya, x dinafikan ramai juga yg kuat n kental..), pertamanya dari segi kewangan, skrg ni nk dduk sendiri, kna ada tempat tinggal sendiri, kna mkn sendiri, hidup sendiri, semuanya mmerlukan kos, jd awk kna cari kerja yg sesuai n boleh mnampung kehidupan awk, lg satu awk kta nk kumpul dt utk ambil balik ank2, bkn semudah itu, sbb ia memakan msa yg panjang, dlm pd itu mcm2 boleh berlaku kpd anak awak, esp. klau suami tu pergi dptkan ‘hak penjagaan ank’, sbb awak pon dah tinggalkn mrk, silap2 nt nk jumpa ank pon xdpt, apatah lg nk ambil diorang balik.. dari segi keselamatan juga awk kna berhati2, mngkin suami awk akn cari awk n paksa awak blk dduk dgn dia, atau pon ada org lain yg memerhati kehidupan awk yg ‘bersendirian’ dan mngambil kesempatan atas diri awak.., klaw sah dah bercerai xpe jugak, mngkin ada org yg baik yg akn ambil awk sbg isteri dan mulakan penghidupan yg baru.., tp klaw hidup awk pon x mnentu arah, mcmne.? Fikir2kanlah dgn baik, jgn jd spt kwn saya, kerana ikutkan hati, tinggalkan ank2 dia dgn suami, mmg dia diceraikan, tp sampai ke sudah dia xdpt berjumpa ank2, dan dia jd ‘kemurungan’ dan spt dpt sakit mental, krn terlalu ‘stress’, kerja pon diabaikan, klaw bos fhm pon, lma2 akn berhentikan jugak kerja krn prestasi yg teruk.. wallahu a’lam

  2. Salam… Jangan takut Allah SWT ada. Buat apa yang anda rasakan benar. Mungkin anda boleh bekerja ditempat yang menyediakan kemudahan asrama atau tempat tinggal. Anda masih muda, bekerja keras dan cipta kejayaan. Zaman sekarang, bila kita berharta baru orang pandang. Saya doakan semoga anda dimewahkan rezeki dan sentiasa di lindungi Allah SWT.

  3. Stay strong awak. Kalau itu yang terbaik jangan mengundur. Allah ada.. minta tolong dgn dia. Macam2 cara utk hidup lebih baik. Contohi org2 berjaya.
    Ada satu masa terlihat sharing mak neelofa ttg bacaan bimillahirrahmanirrohim.. sebanyak 786 kali. Cubalah buat. Insyaallah allah bantu dan mudahkan. Boleh cari di tik tok.
    Saya dah cuba.. hati tenang dan banyak perubahan dlm hidup.
    Jangan risau tentang anak. Dah besar nanti pandai laa dia mencari mak dia. Kesiankan diri sendiri dulu. Baiki ekonomi.. insyaallah semua akan ok.

    • Sy sis. Single mom y hidup sendiri. Mulanya sukar tp Allah akn beri jalan

    • Salam…..
      Saya seorg ibu tunggal selama 10 tahun.
      Sy nk pesan ye, dik.
      Dalam apa pun kesulitan kita, jangan tinggalkan anak kerana sekali tinggalkan anak, akan susah nak dpt balik sebab kes tinggalkan anak dan pergi akan jadi satu kesalahan kita di mata suami dan juga hakim mahkamah nt. Jdi hak penjagaan akan jatuh ke tangan suami sepenuhnya dan besar kemungkinan jika suami dendam, nak jumpa anak pun tk boleh.

      Sekarang kita ckp tak pe, tinggalkan anak. Tapi bila nanti kita sorang kita akan boleh separuh gila tnpa anak. Actually kan, nal teruskan hidup ni, anaklah kekuatan kita. Betapa ramai ibu tunggal dia berjuang dengan anka anak nya. Bila lemah, kita pandang anak dan itulah yg buat kita bangkit. Bawalah anak, dan persiapkan mental supaya kuat jika dia gunakan anak untuk lemahkan puan, lawan habis habisan kerana puan dah tau stategi dia guna anak, so jangan lemah kali ke dua.
      Anak adalah harta kita yg tinggal saat suami dah tk sygkan kita.
      Jangan sebb kita tinggalkan anak, anak ada parut dalam hatinya dan buat anak anak juga berdendam dengan kita.
      Macam mcm boleh berlaku saat mereka kita tinggalkan… Suami boleh racun fikiran mereka dan kita ingat anak anak akan baik saja…. Kita silap, mereka hidup dengan org yg sedang racuni mereka dengan cerita cerita ibu jahat sebb tinggalkan mereka.

      Plse jangan tinggalkan anak puan…..
      Jalan terus bersama anak anak.

  4. As’salamualaikum Cik Embun,
    Tahniah berjaya keluarkan diri dari toxic dan berani nak melangkah bina kehidupan baru. Inilah peluang kedua buat Cik Embun cipta fasa kehidupan yang baru.

    Buat permulaan Cik Embun kena kenal pasti, merancang, tetap kan target apa yang mahu dicapai dalam jangka masa pendek dan panjang, seperti kestabilan kewangan, rumah sendiri, atau membina kemahiran baru.

    Saya cadangkan permulaan Cik Embun pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran. Boleh cuba mohon bantuan bulanan ibu tunggal. Benefit kita sebagai warganegara Malaysia jangan sia-sia kan.

    Hubungi Lembaga Zakat Negeri berhampiran : Terdapat bantuan kewangan dan program khusus untuk golongan ibu tunggal.

    Untuk kestabilan kewangan, Cik Embun boleh survey pekerjaan tetap yang sediakan tempat tinggal untuk jimatkan kos sewa. Biasanya taska, operator kilang, bidang perhotelan, kedai makan. Maaf cadangan ni sekadar general sebab saya tak tahu level pendidikan Cik Embun.

    Disamping itu boleh sertai program kursus percuma atau dengan bayaran minima contohnya dibawah GiatMara untuk menambah skill kemahiran. Contohnya jahitan, kulinari baking dan sebagainya. Skill ini sebagai peluang untuk jana pendapatan tambahan kelak.

    Cik Embun boleh survey dan sertai Program Perkeso (SIP, PENJANA). Latihan kemahiran untuk individu yang kehilangan pekerjaan, termasuk ibu tunggal.

    Kerajaan juga ada Bantuan Perumahan. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT): Bantuan rumah untuk golongan berpendapatan rendah. Boleh cuba mohon yaa

    Dan lagi … Cik Embun boleh rujuk Pejabat Pembangunan Wanita. Jabatan ini di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat ada menyediakan program khusus untuk ibu tunggal, seperti kaunseling, latihan kemahiran, dan bantuan pekerjaan. Cuba laaa…

    Dalam masa yang sama, tetap lah berhubung dengan anak walaupun sekadar telephone buat masa terdekat. Fahamkan mereka cik Embun perlukan masa untuk urus diri sendiri dulu untuk bangkit. Nanti bila cik Embun dah stabil dan kuat semangat, jumpa lah anak cipta kenangan terindah bersama.

    Faham … proses ini bukan mudah tapi percayalah pada kebesaran keajaiban Allah dan kebergantungan kita hanya pada Allah.
    Dekati circle yang bagus, yang baik-baik . Join aktiviti surau, masjid, kelas agama, komuniti sekitar. Mereka ini boleh jadi support sistem yang positive buat Cik Embun. InsyaAllah..

    Maaf panjang sangat pulak komen saya. Apapun akhir sekali, saya doakan semoga Allah mudahkan segala urusan Cik Embun dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Aamiinnn. Selamat berjuang!

    Hugs,
    Tun Teja

  5. Semoga awak kuat.. Saya suggest kerja kilang.. Cari kilang yang sediakan asrama dan pengangkutan ke tempat kerja.. Kat situ dah ringan sikit beban.. Kumpul duit.. Dah stabil baru sewa rumah dan ambil anak2 tinggal bersama..semoga Allah sentiasa permudahkan urusan puan..

  6. Saya doakan supaya Allah permudahkan urusan awak. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Semoga awak dapat mula kan kehidupan baru dan dapat ambil anak tinggal bersama suatu masa nanti

  7. Salam,

    Saya dah baca banyak kali, tapi kurang faham, dalam confession nih anda sepatutnya lebih elok berterus terang sebab tak ada yang kenal pun, tapi saya faham anda menulis dalam keadaan buntu sedih, kecewa, jadi anda sangat reserves.

    Tentang matlamat anda nak mulai bekerja diusia 35 tahun, suka untuk saya ingatkan rezeki anda Allah SWT yang susun, jadi kalau ada rasa umur gini ada ke yang ambil kerja, ADA. Jadi jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan yang suka menakutkan manusia dengan kemiskinan, Allah Maha Kaya. Jadi pekara pertama yang anda perlu jaga solat 5 waktu. Sesiapa yang sengaja meninggal solat akan terlepas dari perlindunganNya. Jadi nak rasa selamat di mana sahaja anda rasa, minta perlindungan Allah SWT.

    Soal anak anak anda, macam biasa seorang suami tahu anak anak adalah kekuatan pada ibunya, jadi menjauhi anak anak dari ibu mereka, akan buat seorang ibu makin lemah. Ironinya seorang suami atau bekas suami lupa, doa seorang ibu tak ada hijab, mana mana ibu yang mendoakan kesejahteraan anak, keselamatan anak anak, pasti Allah SWT makbul kan kerana doa ibu untuk anak anak lebih ikhlas dan tulus, tak wujud seorang ibu yang mendoakan anak anak mereka dalam keadaan ibu itu acah acah, bergurau, leka dan sembrono.

    Tentang niat anda ingin bekerja dan ambil kembali anak anak bila ekonomi kukuh, percaya lah niat yang baik pasti mudah di capai. Jadi cari lah pekerjaan yang paling memudahkan anda, yang boleh buat anda lebih fokus. Kalau suka dengan industrial join kilang, kalau minat industri FnB join tempat makan, kalau minat bidang retail, join tempat sales. Kalau minat dalam beauty industry, join tempat tempat kecantikan. Apa sahaja bidang yang anda minat, list dan cari.

    Jangan lupa untuk pilih pekerjaan yang ada banyak nilai tambah, yang ada asrama, ada elaun makan, ada transport, dekat dengan tempat tinggal anak anak, senang nak jumpa, buat pembakar semangat, pilih tempat kerja yang bagi you benefit the most. Jadi tengok betul betul, jangan lupa untuk tengok review tempat kerja, zaman technology semua info senang tahu. Kalau tempat kerja tuh banyak review teruk, kurang benefit elak. Kalau banyak benefit, elok reviewnya, pilih. Be smart, be selfish.

    Lastly, kalau dalam masa anda bekerja. Kalau ada lelaki yang suka pada awak, nak berkenalan, just santai sahaja jangan terlalu serius menolak dan jangan terlalu emosi terima tanpa berfikir. Enjoy your time with yourself, focus on your mission. Kalau ada orang sekeliling nak bantu, terima bantuan, ini rezeki. Kalau orang sekeliling tak membantu belajar faham mereka pun ada masalah sendiri. Nih pelajaran.

    Jika perlu simpan duit dulu, jangan berlapar tak tentu hala, jangan aniaya diri. Amalkan puasa sunat isnin & khamis, ini lapar yang menyehatkan badan dan minda, berlapar yang dicinta Allah SWT, sebab berpuasa kerana Dia. Ganti juga mana mana puasa Ramadhan yang belum Qadha. Syaitan akan bisik, ala dah begitu begini baru nak puasa bagai, tak payah dengar. Jadi pesan saya jangan berlapar, tak ada ketenangan dalam berlapar. Berpuasa lah.

    Suka untuk saya ingatkan dalam keadaan anda keseorangan, jangan pernah ambil sebarang amalan yang tak ada dalam Al Quran & Hadith, apatah yang tidak diamalkan Rasullulah saw, bukan sunnah Baginda. Saya lihat ramai orang yang dalam kesusahan, gagal keluar dari kesusahan sebab mengamalkan ilmu ntah dia sendiri tak tahu asal dari mana, check dalam Al Quran tak ada, check dalam Hadith tak ada, check dalam sunnah Nabi tak ada. Jadi hati hati. Mana mana amalan yang tak ada dalam Al Quran dan Hadith, ditolak dan merugikan diri.

    Kepada anda, Allah SWT yang masukkan anda dalam kesusahan dan Dia juga yang akan keluarkan ada dari kesusahan. Fokus pada diri awak, sekarang bukan masa untuk bekas suami dan anak anak. Mula bina impian anda. Check progress anda, develop knowledge & karakter anda sebaik mungkin. Bagi diri anda tempoh 2 tahun. Anda serious nak ubah nasib anda, bukan nak show off kat sesiapa yang anda pun boleh itu ini. TAK. Sentiasa ingat ketenangan datang dari Allah SWT, sedangkan tergesa gesa itu datang dari syaitan. Jadi santai. Step by step.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *