Bagaimana Menjadi Menantu Perempuan Kesayangan

Sebenarnya dah lama aku nak cerita berkenaan dengan tajuk ni, sekarang baru berkesempatan.

Selama ini aku sering baca dan terdengar tentang masalah yang dihadapi oleh menantu perempuan dengan keluarga mertua terutamanya ibu mertua dan ipar duai perempuan.

Apa yang aku dengar adalah vibes negatif saja dan sampai bila perbahasan dan isu itu tiada kesudahan.

Kali ini aku ingin membuka minda semua menantu perempuan dan agar sama-sama kita ambil pelajaran yang mana bermanfaat.

Aku mempunyai seorang kakak ipar, yang boleh aku katakan yang terbaik dalam dunia ini. Susah nak jumpa tapi ada sebilangan kecil.

Kakak ipar aku ini menjadi kesayangan ibubapa aku dan juga adik beradik aku, anak-anak saudara di sebelah keluargaku, kawan-kawan yang jiran tetangga.

Sejak aku kecil daripada usiaku tadika sehinggalah aku sudah berkeluarga, kakak ipar aku selalu menyenangkan kami semua. Pendek kata, tiada perkara yang menyakitkan hati pun daripada kelakuan ataupun tutur kata.

Apa yang istimewanya kakak ipar aku ini? Aku namakan Kak Yong saja.

Aku simplify sajalah agar kita mudah hadam.

1. Kak Yong seorang yang meraikan tetamu.

Sesiapa pun yang kerumahnya akan diraikan dengan bersungguh-sungguh, segala makanan yang ada di rumahnya semuanya kalau boleh nak dijamunya.

Apabila kita ingin pulang, tidak pernah tak kasi buah tangan, MESTI dia beri. Ketika aku masuk rumah baru, kak Yong berikan hiasan dinding khat kayu yang besar buat aku, terkedu aku.

Kalau aku balik singgah umah Kak Yong dan bermalam di rumahnya, kiranya dari aku tiba, sampailah aku balik kami disuruh makan saja hahaha jenuh makan.

Kak Yong juga akan mencarikan makanan kegemaranku apabila dia tau aku ingin pulang. Kata Kak Yong, “Akak tau adik suka sangat makan makanan ni”.

2. Apabila tiba hari raya, kak Yong tak berkira bab duit raya, anak-anak saudara sendiri dan anak-anak saudara sebelah kami diberinya sama banyak.

Makanan di rumahnya sangat meriah, Kak Yong rajin masak, kalau tak masak dia order beli banyak-banyak.

3. Kak Yong sangat caring dengan keluarga kami. Ketika aku masih belajar dulu, kalau abangku outstesen, Kak yong lah yang akan hantar aku ke stesen bas, dan tidak pernah lekang beri duit poket dan juga bekal makanan aku dalam bas.

Ada sekali tu, kak Yong hidang makanan macam-macam, sedap-sedap pulak tu.

Aku pulun makan banyak gila sebelum naik bas nak balik. Dalam bas perut memulas sebab makan banyak sangat hahahaha…. suruh driver carikan toilet…

4. Dalam keluarga kami, di kalangan adik beradik kami juga ada kadang-kadang berlaku silap faham. Kak Yong tak pernah jadi nasi tambah, dia mesti akan nasihat yang baik-baik saja.

Contohnya, kata Kak Yong, “ Takda apa lah, mungkin dia penat, dia tak maksudkan macam tu pun”.

5. Buat pengetahuan korang, mak aku kategori yang agak cerewat juga bab makan dan bab-bab lain, kiranya kalau aku sendiri jadi menantu mak aku, aku takuttt hahahaha.

Tapi dengan kak Yong, mak aku ‘surrender’ sebab kebaikannya yang terlalu banyak. Buat pengetahuan korang, ayahku sudah tiada dan adik beradik bergilir-gilir jaga mak.

Apa yang kagumnya aku, apabila mak aku duduk lama di rumah adik beradik yang lain, kak Yong sendiri akan menelefon mak aku mengajak mak aku ke rumahnya pula. Rare bukan?

6. Ketika aku dalam pantang anak pertama dahulu, aku tidak dapat pulang ke kampung. Kak Yong mengajak abang aku untuk menziarahiku dengan perjalanan menaiki kereta sejauh ratusan kilometer.

Huhhh aku terkedu…. Sebelum pulang, kak Yong nasihati aku agar jaga makan baik-baik dan mendoakan agar aku cepat pulih.

7. Kak Yong orang yang peramah dan caring. Kalau ada kematian atau orang sakit, kak Yong tidak pernah lupa ziarah dan bertanya khabar.

Kak Yong disayangi jiran-jiran, dan disayangi di tempat kerjanya kerana sikap caringnya. Bab-bab ziarah orang sakit, kenduri dan sebagainya, jangan risau, kak Yong pasti datang.

Of course tidak pernah datang tangan kosong, kalau tidak dibelikan buah tangan, pasti dihulurkan sedikit wang.

8. Oleh kerana kebaikan kak Yong, aku jadi segan untuk singgah selalu di rumahnya bermalam apabila aku pulang ke kampung, tapi kak Yong sentiasa mengajak kami, dan berkata , dia suka kami datang ke rumahnya dan mengalu-alukan kami ke rumahnya.

Kita ni, boleh tahu kalau orang ajak-ajak ayam atau ajak sungguh-sungguh kan hehe. Untuk tidak menyusahkan kak Yong, selalu aku belikan makanan banyak-banyak supaya kak yong tak perlu masak.

9. Pernah ada berkecil hati di antara adik beradik dengan mak, atau mak dengan adik beradik.

Dengan lembut kak Yong menasihati kami untuk berbuat baik dengan mak, katanya emak dah tua, entah berapa lama lagi masa yang mak ada, “Kak Yong sayang mak, macam mak kak Yong sendiri”…

Huhuhu meleleh air mataku mendengar ungkapan kak Yong. “ Ini pun mak kak Yong juga”, “ Ini bukan mak orang lain, mak Kak Yong”, itu ungkapan yang biasa kami dengar.

10. Kebaikan dan kesabaran kak Yong jaga mak, kami adik beradik lain takleh tandingi. Memang aku surrender angkat tangan! Aku pun tak boleh sesabar itu dalam menjaga orang tua yang sudah uzur.

11. Kak Yong bukan jaga mak aku ketika tua saja (bergilir-gilir dengan adik beradik lain), malah sejak muda ketika mak ayah masih sihat.

Weekend dia akan datang, tolong masak, makan sama-sama. Tapi bila dah ada anak-anak, tak sempat la nak datang masak sebab kesibukan, tapi dia tetap datang ziarah.

Aku rasa banyak lagi tentang kak Yong yang nak aku ceritakan, tapi dia punya main thing adalah seperti yang aku sebutkan tu lah.

Aku ada beberapa orang rakan, yang mempunyai ciri-ciri seperti kak Yong, mereka juga memang menjadi kesayangan mertua dan ipar duai, mereka berkongsi sifat dan kebaikan yang lebih kurang sama.

Oh ya, kak Yong seorang yang tidak tinggal solat tahajudnya, rajin mengaji, rajin ke kelas agama. Aku pon tak tau nak komplen apa pasal kak Yong ni, baikkk sangatt!!

Aku harap aku pon boleh jadi sebaik kak Yong walaupun aku naturally bukan begitu. Tapi setiap kali aku lalui senario seperti mana yang aku lihat sejak kecil dengan Kak Yong, aku cuba ikut.

Contoh, kalau dengan jiran, oh Kak Yong mesti akan tegur dan bagi buah tangan dan tanya khabar. Kalau dengar mertua sebut apa-apa yang dia teringin makan, oh kalau kak Yong mesti dia akan carikan.

Kalau dengar ipar duai nak ke tempat sekian-sekian, oh, kalau kak Yong mesti dia tolong hantarkan. Kak Yong suka melayan mak aku dan kami semua berbual. Bukan berbual apa sangat pun, contohnya sedang tengok drama, borakla pasal drama tu.

Ada menantu perempuan terlalu ‘tak mau masuk campur’ sampaikan nampak sangat gap tu. Natural orang tua depa suka bersembang.

Ada aku terdengar seorang pakcik ni bercerita tentang menantunya. Katanya, menantunya ini tak cakap apa kat rumah, dok diam saja.

Tanya sepatah jawab sepatah, padahal dengan kawan-kawan meriah. Boleh aja bersembang, tak perlu bercerita terlalu peribadi, cukupla pasal hal-hal dalam tv kalau takde modal sangat.

Macam bapa mertua aku, suka bercerita pasal drama Indon yang dia tengok, aku layankan aja hahaha.

Aku harap sebagai menantu, especially menantu perempuan bolehlah jadikan kisah ini sebagai pedoman, sebab asyik dengar menantu bermasalah je, mertua tak suka menantu dan sebagainya.

Kita ambil positive vibes dari kisah ini. Yang baik ambik, yang tak baik tinggalkan.

– Adik Ipar Kak Yong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *