Assalamualaikum. Saya Sumi. Saya ada terbaca confession saudari Cempaka, (https://iiumc.com/macam-mana-nak-hormat-suami/).
Sejujurnya saya juga sedang menghadapi situasi yang hampir sama dengan Cempaka.
Cuma mungkin suami saya ok sikit bab bangun subuh. Tak perlu dikejut. Kadang dia yang kejut saya bila saya letih sangat tak tersedar.
Bab solat, alhamdulillah suami saya cukup solatnya. Cuma kalau isyak tu biasanya lewat sikit.
Bukan saya tak bersyukur, cuma saya rasa bab ibadah ni kita tak boleh la qanaah sangat. Kena la sentiasa cuba upgrade.
Apa yang kurangnya tentang suami saya ni, beliau hanya sekadar buat yang wajib. Bacaan suami ada yang tak berapa betul makhraj dan tajwidnya.
Saya tawarkan diri untuk mengajarnya mengaji. Tapi masalahnya suami liat nak mengaji.
Setakat 5 tahun kahwin, suami tak pernah dapat khatam lagi. Baru juzuk 3. Even solat jemaah pun, jenuh saya pujuk, barulah dapat solat berjemaah.
Kadang-kadang fikir, kalau anak ni, saya dah tarik telinga dah ajak mengaji dan solat. Tapi ni suami, kena hormat. Susahlah.
Puasa Ramadan alhamdulillah memang suami cukup walaupun dia kerja guna tenaga. Tapi puasa sunat memang tak pernah buat setakat saya kahwin ni.
Macam saya katakan di atas, saya bukan tak bersyukur suami buat yang wajib. Tapi bagi saya, kita kena sentiasa upgrade diri kita.
Amalan sunat tu boleh top up ketidaksempurnaan amalan wajib kita.
Lagi pula kita sebagai ibu bapa ni role model pada anak-anak. Kena tunjukkan yang terbaik. Barulah keluarga jadi sakinah, mawaddah wa rahmah kata orang.
Ada tak cadangan, saranan, nasihat daripada pembaca semua?
Saya dah pernah mengadu pada mentua saya. Bila mentua saya tegur, ada la suami saya mengaji sekejap. Tapi lepas tu malas balik.
Saya nak yang terbaik untuk keluarga saya… Doakan kami ya.
– Sumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit