Assalamualaikum. Post ini special shout out to wife-wife kepada pemandu lori yang outstation. Saya nak minta sekalian share dengan saya macam mana cara kalian handle rumahtangga.
Saya cuma nak tahu apa yang saya rasa sekarang ni normal ke ataupun sebenarnya husband saya sedang ambil kesempatan ataupun saya belum cukup memahami, redha dan menerima.
Saya pun tak sangka saya se-loser ini sampai kena minta pendapat orang lain macam mana cara nak handle rumahtangga bila suami seorang pemandu lori yang outstation. Sekarang ni saya rasa totally burn out sangat dengan sikap husband.
Tolonglah jangan cakap saya yang pilih husband macam ni, bekerja macam ni, saya kena redha lah apa pun yang datang, kebaikan atau keburukan.
Saya bekerja 8-5 isnin hingga jumaat, sibuk di office, perah otak, kadang kadang balik lewat juga bila ada due. Anak Alhamdulillah Allah bagi 2 orang dan membesarkan mereka dalam situasi saya sekarang sangat tak mudah ya.
Usia perkahwinan kurang 5 tahun, masih awal tapi saya rasa terlalu lama. Rasa macam tengah exam spm atau final year exam ke apa, tak sabar nak habis masa, tapi sebenarnya exam ni takkan habis selagi nyawa dikandung badan.
Hari ini saya baru tersedar selama ni saya terlalu berlembut dan manjakan husband.
Rutin saya sepanjang hari selepas kahwin, dan selepas ada anak-anak (3 tahun & 1 tahun), bila bekerja, bangun awal pagi siapkan bekal untuk anak-anak. Saya tak minta pengasuh sediakan makanan sebab saya sangat paranoid dengan pemakanan anak-anak. I just want the best.
Biasalah, bukan hari-hari Bahagia, bila sampai hari yang berduka, anak-anak bangun awal sama masa dengan time saya nak memasak pulak, dah clash, kena ambik masa pujuk dulu. Husband? Bila mood dia ok, dia akan tolong pujuk anak-anak supaya tak kacau saya memasak.
Bila mood husband tak ok macam hari ni, dia marah saya kenapa saya tak pujuk anak dulu baru sambung masak, dia cakap saya sengaja tak bagi dia tidur, saya sengaja biar anak nangis kuat-kuat untuk ganggu dia tidur,
Dia ugut saya, nak sampai dia jadi hilang akal ke, nak tunggu sampai dia baling campak anak keluar ke baru saya reti nak diamkan diorang?
Jadi, untuk mengelakkan saya sendiri terus stress, sekarang saya masak malamnya, pagi saya tinggal panaskan je. Bila anak terjaga dan nangis cari saya, saya ada gap masa nak pujuk, nak mandi dan bersiap, nak tukar pampers, nak buat susu, dan hantar ke rumah pengasuh
Pernah bila anak sulung tantrum, dia tanya hantu mana yang dah rasuk kamu ni sampai nangis kuat-kuat pagi-pagi macam ni?
Kebetulan anak pertama tengah in terrible-two. Dah nak masuk 3 tahun tapi sekarang tiap pagi dia bangun menangis cari saya, husband pula tak boleh dengar anak menangis, terus dia hilang pedoman.
Cakap anak degil sangat, tak boleh biarkan je nanti dia pijak kepala. Masalahnya anak tu 3 tahun pun belum lagi. Hari isnin lepas, husband ada kat rumah dan sama-sama hantar anak ke pengasuh, tapi yang sulung tu menangis lagi,
Saya dah sibuk ke hulu ke hilir siapkan adik dia, packing itu ini, husband saya terus tarik telinga anak sambil cakap kamu ni degil sangat, mengada sangat pagi-pagi hari-hari nak nangis.
Saya tak perasan dia tarik kuat ke tidak. Bila sampai rumah pengasuh saya tengok telinga anak habis merah. Mesti husband saya tarik sekuat hati sampai merah macam tu.
Allah. Saya betul-betul kesian kat anak. Sekarang ni saya rasa terancam dengan sikap husband. Anak baru 3 tahun baru nak pandai bercakap dia dah buat macam ni.
Macam mana dia nak kawal emosi bila anak dah besar nanti dan confirm lah makin besar makin banyak akal dan ragam. Saya takut lama-lama nanti anak jadi mangsa dera pula.
Saya selalu minta tolong husband buat kerja rumah ya. SELALU. Tapi husband tak nak kompromi dan dia ego sebab circles dia semua tak buat kerja rumah, dia rasa ego dia tercabar.
Mungkin salah saya kot sebab tak tengok dia tengah penat ke apa kan? Tapi saya balik kerja pun saya letih, saya ada pilihan ke nak rehat dan tinggalkan anak-anak macam tu je?
95% kawan-kawan husband, isteri diorang suri rumah dan jenis rela husband buat macam hamba atas alasan semua husband sediakan, jadi kena layan husband macam raja. Basuh pinggan pun jangan, kalau boleh husband berak pun kena isteri basuhkan.
Husband saya tak dibesarkan dengan mengenali cara-cara urus rumah termasuk lah basuh pinggan sendiri.
Masa awal kahwin, tak basuh pinggan makan sendiri, letak comel elok je sebulat piring kat sinki. Saya tegur dan minta elok-elok, sekarang bolehla basuh sendiri tapi memang pinggan dia je la dia basuh.
Yang satu tu je. Bila minta tolong basuhkan yang lain, melenting sebab ego. Jadi saya banyak mengalah sebab saya faham dia letih kerja. Waktu kerja tak tentu, tengok order yang dapat. Kadang-kadang banyak order, 2-3 hari baru balik. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi.
Weekend pun husband kerja bila ada order, weekend akan jadi masalah untuk saya sebab saya kena deal dengan husband untuk tolak 1 order dan bantu saya pergi re-stock barang rumah. Saya tak boleh ke kedai dengan bimbit 1 toddler 1 yo baby sambal pilih ikan. Saya tak sekuat itu ya.
Bila keluar cari barang weekend, saya yang cari, dia tak offer pun nak tolong, alasan dia tak tahu nak cari. Ok saya mengalah lagi.
Dah habis shopping, saya lah jugak yang kena kemas-kemas barang, susun sana-sini, lepas tu sambung masak lagi, anak pulak berak, tunggu sampai saya habis masak semata-mata tak nak basuh berak anak, geli.
Sampai najis anak tu dah kering. Bila saya minta tolong, dihentak-hentak barang yang ada kat tangan nya. Telefon, telefon lah dia hentak, campak.
Saya tahu dia letih bekerja tak cukup tidur, sehari tidur 3-4 jam je, tak tentu masa, makan pun tak tentu masa,
Kalau stuck kat jem, bising kat saya, caci maki jem, perkataan babi, sial, anak haram semua keluar bila jem. Saya terus letak call sebab semak jiwa nak dengar dia mencarut. Sebelum kahwin semua indah.
Jarang sekali saya dengar dia mencarut sikit punya teruk macam ni. Saya faham kerja dia teruk, dia cakap dia pun tak suka pekerjaan tu tapi dia terpaksa, dia tak nak makan gaji sebab dia tak boleh cari lebih.
Saya bersyukur dia rajin bekerja, tapi isu sekarang ni bukan masalah dia rajin kerja atau tak.
Ini lebih kepada masalah dia handle emosi dia sebagai seorang husband. Saya rasa husband pun burn-out juga sebab dia rasa down tak dapat nak sediakan 100% perbelanjaan keluarga, dia rasa ego tercabar sebab kewangan dibantu isteri kot. Entahlah labu.
Saya cuba toleransi dan berkompromi dengan dia, saya cuba bantu financial dia, saya share bil-bil rumah, pengasuh saya bayar penuh, saya cuba faham, ssaya cuba setelkan hal rumahtangga sendiri,
Saya beli keperluan anak, keperluan dapur, beli bahan mentah, masak, sediakan makanan, layan anak makan, kemas sepah, sapu rumah, mop rumah, saya basuh baju, saya sidai baju, saya lipat baju, segala macam hal rumahtangga saya buat sendiri.
Bila dia balik tengok bakul baju penuh, dia melenting marah kenapa tak basuh baju, tinggal masukkan dalam mesin je. Saya terkilan.
Husband balik kerja, tinggal siapkan diri, main dengan anak-anak sekejap, dan tidur. Bila balik malam, dia tidur lewat dalam pukul 1-2 pagi alasan tengok shopee.
Bangun lewat, tiap pagi saya berpeluh sediakan diri sendiri dan anak-anak. Saya tak boleh ganggu dia tidur kalau tak dia hilang pedoman sebab tak cukup tidur alasannya.
Solat subuh tak pernah. Weekend bila ada kat rumah pun dia bangun lewat. Bangun pukul 10, 11 pagi. Anak-anak dah siap mandi, sarapan, dia tinggal bangun, makan dan rehat dan sambung tidur semula jam 2pm.
Saya kelam kabut sediakan lunch pula. Allahuakbar. Rutin ni berterusan hingga hari ini.
Bila job yang husband dapat sikit, gaji dia kurang, saya akan advancekan duit gaji saya untuk dia bayar rumah dan loan. Pinjam. Tapi entah bila dia boleh pulang semula.
Paling saya terkilan, 80% duit bonus saya bagi dia pinjam sebab job dia bulan tu sangat sikit dan Cuma lepas untuk bayar loan kereta.
Saya ikhlas tolong dia tapi bila dia layan saya macam ni, saya rasa terkilan. Dia macam tak pandai nak jaga emosi isteri, tak pandai nak berterima kasih. Entahlah. Saya betul-betul rasa sangat tak dihargai.
Bila bergaduh, 99% saya yang mengalah sampai saya rasa saya ni seorang lelaki dan husband. Kami pernah bercerai sebelum ni. Salah dua-dua sebab jahil agama dan tak sabar.
Saya keluar rumah tanpa izin dia sebab kami bergaduh besar, dia tercabar dan bila saya balik rumah, terus dia jatuhkan talak tanpa tanya sebab apa saya keluar rumah.
Solat? Ada la 3 4 kali husband solat sepanjang perkahwinan ni. Salah saya. Semua salah saya. Saya melulu nak kahwin walaupun dah tahu husband tak jaga solat. Tiang rumah dah runtuh, macam mana nak bina rumah?
Husband saya pun tak puasa sebab alasan kerja dia yang letih dan tengah panas adjust lori sana sini, dan tak pernah ganti pun.
Dan saya rasa dia tak tahu pun puasa kena ganti. Bila saya tegur dia cakap tahu-tahu tapi tak pernah buat. Bila tak puasa, macam mana nak raya? Dia tak raya pun, bagi dia raya tu membazir, bidaah.
Masa tahun pertama perkahwinan, saya paksa dia balik raya, tapi baju raya, kuih raya, semua dia tak sediakan alasan dia, sebab dia tak sambut raya, baju raya pun dia pakai baju kahwin. Bagus tak membazir.
Ok, saya beli sendiri semuanya. Tak Nampak macam masalah besar pun kan tak sambut raya, tapi selama berpuluh tahun saya hidup, saya sambut raya dengan keluarga, bila dah kahwin, dapat tahu husband macam ni, saya perlukan masa untuk adapt.
I cannot brain this. Saya berbelanja ikut kemampuan saya bila raya, tak overbudget pun. Tapi bila husband berkeras macam ni, nampaknya keperluan raya anak-anak pun saya yang kena sediakan.
Ok, saya mengalah lagi, saya cuma tak nak rasa kebahagiaan saya dirampas dengan follow cara dia. Saya dah mati kutu macam mana saya nak minta tolong husband saya buat hal rumahtangga.
Saya rasa saya dah bagi 100% toleransi pada dia tapi dia tetap ego, suka marah-marah, emosi tak tentu pasal. Saya nak besarkan anak-anak dalam suasana yang aman, memang mana ada husband isteri tak bergaduh.
Tapi bila asik saya yang mengalah, saya rasa fedup. Saya rasa Cuma saya yang beriya nak pertahankan rumahtangga ni. Bila saya cuba nak berbincang elok-elok, husband akan matikan perbincangan dengan cakap, suka hati lah, malas nak fikir. Lepas tu dia tidur.
Saya rasa sampai satu tahap, husband saya belum bersedia untuk berkahwin dan ada tanggungjawab.
Dia tak faham tanggungjawab seorang husband dan ayah bukan hanya untuk sediakan keperluan fizikal keluarga (yang belum lagi sepenuhnya dia sediakan) tapi juga kena tahu serba-serbi cara menyantuni isteri dan anak-anak.
Saya bukan nak husband yang sempurna, ini sangat mustahil. Saya Cuma nak husband yang memahami, peka dan kurang ego.
Saya cuba nak memahami masalah husband tapi selalu berkahir dengan pergaduhan. Saya cuba nak nasihat husband rezeki dia ada dalam rezeki saya, dan vice versa.
Saya cuba nak fahamkan husband, Allah bantu kurangkan beban kewangan dia melalui saya. Allah lebihkan rezeki saya untuk bantu dia.
Tapi dia tak faham. Akhirnya dia marah-marah sebab letih kerja penat tapi duit masih tak cukup. Bila dia marah dan letih, saya dan anak-anak jadi mangsa.
Dan kesimpulan yang saya dah Nampak dari awal dulu, kami sebenarnya sedang membina rumah tanpa tiang. Masing-masing jahil agama dan tak faham tujuan perkahwinan. Bila saya rasa terlalu geram dan marah, saya rasa fedap nak doakan husband, rasa macam hes not worth. Allah.
Di mata husband, perkahwinan adalah tentang memastikan anak-anak cukup serba-serbi. Selain daripada tu, tanggungjawab isteri. Solat entah ke mana, bila solat ditolak tepi, takkan ada apa yang betul-betul di landasan. Semua mesti serba tak kena. Bila gaduh, tak ada penyelesaian.
Sampai satu tahap, bila apa yang saya nasihat husband, dia tak nak terima, saya rasa husband saya ni pagant. Tak percaya Tuhan, tak ada arah tuju. Bila bergaduh, husband mesti akan salahkan pihak ketiga iaitu jiran dia yang hantar sihir kat rumah pusaka husband di kampung.
Sedikit info, jiran sebelah rumah pusaka husband saya ni ada hantar sihir untuk halau family husband saya keluar dari rumah tu untuk dapatkan tanah tapak rumah tu.
Husband suspek bila kami bergaduh besar, mesti jiran dia ada hantar sihir pemisah kat kami. Bila anak-anak nangis kuat-kuat pun husband cakap sebab sihir pemisah nak bagi rumahtangga kami hancur kali kedua.
Bila husband tak ada order pun dia cakap mesti sihir punya hal ni sebab sempitkan rezeki dia. Walhal salah satu sebab yang obvious rezeki tak masuk ialah dia tak solat dan tak jaga keluarga dengan baik, tak jaga emosi anak bini. Bila saya nasihat, dia mesti argue.
Husband saya selalu cakap solat la doa la macam mana pun, jumpa lah ustad mana pun, sihir yang ada kat rumah kampung dia tu kuat, mesti tak boleh lawan punya.
Saya tak tahu lah statement dia ni membawa kepada syirik ke apa. Seolah tak percaya langsung dengan bantuan Allah. Saya pula yang lama-lama rasa sesat.
Entahlah, sebagai orang Islam, kita wajib percaya benda-benda ghaib macam ni cuma saya rasa punca masalah ni lebih kepada keperibadian diri dia sendiri, yang saya nampak gagal jadi pemimpin keluarga.
Hari ini masuk hari ketiga suami outstation, kami bergaduh besar sebab kes dia piat telinga anak sampai merah tu.
Dan husband langsung tak ada contact saya pun untuk minta maaf atau apa. Saya decide saya takkan make a start, bukan tak nak berbaik tapi entahlah kali ni saya rasa terluka sangat sebab dah libatkan hati perasaan anak sekali.
Ada masa saya akan cari bantuan perubatan Islam untuk cek. Bantu nasihat saya untuk langkah seterusnya yang adil bagi semua pihak.
– Tun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit