Macam mana nak tahu lelaki yang kita akan berkahwin adalah seorang yang kedekut atau pun tidak?
Macam mana nak tahu lelaki tersebut boleh berlaku adil kepada kedua belah family?
Nama saya Rose, menuju ke fasa perkahwinan tapi ada kala saya rasa seperti tak nak meneruskan perkakwinan ini.
Saya dan Adam sudah bercinta 8 tahun dan insyaAllah akan berkahwin pada tahun hadapan.
Tak tahu nak tanya pendapat siapa.. Harapnya jika kamu membaca kisah saya, boleh lah beri sedikit pandangan…
Seingat saya sepanjang 8 tahun kami bercinta, setiap kali keluar dia yang akan keluarkan duit sebab ketika itu saya masih belajar.
Masa berlalu, dan akhirnya kami berdua telah bekerja. Adam sekarang berada di posisi Senior Executive. So korang boleh imagine lah berapa range gaji dia kan?
Tapi saya rasa dia seorang lelaki yang kedekut.
Sudah banyak kali keluarga saya keluar bersama dia untuk berkenalan tapi korang bayangkan lah dengan jawatan macam tu dia macam takde effort weh nak belanja family saya..
Bukannya setiap hari.. kadang jumpa 3 bulan sekali kot.. tapi bab family dia… you named it semua dia lah yang keluarkan duit.
I still remember setiap kali pi dating dulu tak sah kalau dia tak belikan semua anak buah dia barang. Dia ada 10 orang anak buah weh hahaha..
Even aku pun dia tak belikan masatu.. Kita bukan nak dia belanja mahal tau.. masa bercinta ni lah nak tahu pasangan kita ni kedekut ke tak…
Aku? walaupun masa tu aku tak kerja weh aku effort nak bagi dia hadiah baruu.. even sekarang dah kerja lagilahhhh kalau boleh nak belikan yang branded without looking at the price tag..
Tapi dia? asyik-asyik beli benda bundle.. asyik-asyik ajak aku pergi pasar karat hahaha aku boleh je weh tapi sebagai orang yang dah lama bercinta dengan dia ni kadang teringin jugak lah nak dia belikan kita something new.
Tapi dari dulu aku positif weh.. sampailah….
Sampailah parents aku sebut pasal benda ni. Masatu kami baru lepas berjumpa Adam.. makan sama-sama setelah beberapa bulan tak jumpa..
Pastu dia boleh ye cakap dengan mak aku untuk share bayar makanan HAHAHA…
Masa dalam kereta family aku cakaplah dorang rasa si Adam tu ‘kemas’ orangnya. Maksud kemas kat sini adalah kedekut/cermat menggunakan duit.
Aku bukan nak complaint weh tapi macam aku cakap bukan tiap hari pun si Adam ni nak entertain family aku and apa salahnya tunjuk effort sikit sebab dalam sesi suai kenal. Ambil hati ayah aku sikit..
Selain daripada itu, dia ni anak bongsu, ada 4 orang kakak and sorang abang.
2 orang kakak dia dah kematian suami and lagi dua orang kakak tu suami mereka macam tak rapat sangatlah dengan keluarga si Adam ni. Abang dia pun agak useless dalam family.
So, aku perasan semua dalam rumah tu bergantun dengan si Adam ni. Apa-apa hal semua akan minta tolong si Adam.
Even anak buah dia buat keputusan nak study mana pun si Adam ni kena balik kampung. Kiranya Adam ni macam pengganti suami dan ayah lah untuk kakak and anak buah dia.
Pernah sekali aku terbaca ws antara dia dengan mak dia. Sepupu nak balik kampung naik bas pun si Adam ni kena bagi sepupu dia tu duit minyak, duit hotel hahaha.
Si Adam ni seorang anak yang sangat baiklah. Entah lah, aku takut nak kahwin dengan si Adam ni..
Aku takut dia seorang yang family man tapi hanya pada keluarga dia weh.. Aku tak tahu nak bincang macam mana dengan dia sebab benda ni melibatkan keluarga dia.
Korang yang lelaki tu tak boleh ke tunjuk berlaku adil even sebelum kahwin? Kenapa orang bagi alasan sebelum berkahwin tak perlu buat tu semua?
Bukan ke sebelum kahwin ni lah adalah penentu nya which is bakal mak and ayah mertua akan bagi keizinan ke tak.. nak kahwin dengan anak mereka?
TBH aku dah penat nak positifkan parents aku sampai tak tahu nak buat macam mana. Sampai tahap, aku dah takut nak kahwin dengan dia……
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku juga sama dengan cerita ni. Walau bf aku tak tunjukan perangai mcmtu tp setiap gerak gerinya berkira. Kadang keluar date pun ikat perut. Faham dgn kekangan ekonomi dia tp xkan lah sampai nk kawin pun hantaran minta free. Bercinta dah 6 tahun, plan nak kawin dn hidup bersama dah lama ada tp aku jd tawar hati. Sampai tahap ayah aku minta pinjam pun dia ckp kt aku yg ayah aku pinjam rm20 ringit kt dia. Bukan hari hari jumpa sekali sekala saja. Itu pertama kali ayah aku minta pinjam pada dia. Berkira bila jumpa bakal ayah mentua. Angap sahaja lah itu sedekah tak miskin pun jika beri rm20 ringit pada bakal ayah mentua. Nak anaknya tp mak ayahnya di buang. Sungguh tawar hati ini nk teruskan perhubungan. Tolong la para lelaki. Anda bukan nak hidup sehari saja bersama bakal isteri anda tp seumur hidup. Jika telah berkawin hidup bukan bersama isteri anda saja tapi seluruh keluarganya sekali, bergitu sebaliknya dgn isteri anda. Jadi tak perlu kedekut. Dalam rezeki kita ada juga rezeki org lain. Tak miskin pun jika sedekah pada bakal atau tak dan mak ayah mentua kita. Sebaliknya rezeki Allah akan menimpah kepada anda.
aku pun skrg tengah menghadap benda yg sama . tak tahu lah nk teruskan ke atau tak . sangat berkira ye . waktu dia susah kena kerja luar kita kluar duit sbb tkde duit nk mkn . 1hri kau pnya belanje smpai 50hinggit . 4hri ? tpi sesen tak pernah minta . tpi bila aku ni tgh dlm kesusahan . rm30 ringgit pun “masuk buku” 😂 btw kita single mom . tpi tak pernah minta sesen pun duit dia untuk ank . dua tahun perkenalan . tak pernah langsung jmpe mak ke apa . belanja jauh skli 😂 apa salah amik hati sekali sekala . satey yg rm12 tu pun aku juga yg kena bayar untuk kasi mak aku dkt rumah 😂 kita ni bila berduit . brang berjenama kita belikan untuk dia . tpi kita ni sekali pun tak pernah dpt mcm tu . aku ni bukan lah jnis yg suka meminta . tpi sekali sekala nk lah rasa dpt bnda ii mahal ni dri org lain . beli brang ii untuk diri dia boleh pulak . nk cerita bnda yg tak puas hati tu memang berkarangan dkt sini 🤣
i think, dia agak berkira dengan awak sebab, satu belum kawin, dia sebab dia percaya awak and memahami dia. First of all aq x brani nak ckp kena bersabar dengan perangai dia yang macam tu but, you know what ada satu kisah ni, Lelaki tu dia kaya, suka bersedekah tapi sedekah dekat orang awam semata mata nak raih perhatian macam tu. Dekat isteri dia anak anak dia memang berkira. Satu hari suami ni meninggal lepastu urusan pengebumian jenazah dia macam ada masalah sikit. Orang ramai tak boleh nak masukkan jenazah ke liang lahad, then jenazah tu berat and macam macam lagi aq tak berapa ingat. Tapi, Seolah olah macam bumi pun tak nak terima jenazah dia. Si isteri ni dia senyap ja sampailah ada someone ni aq tak ingat maybe ustaz yang nak tolong dorang , dia tanya si isteri ni. Dia tanya suami dia ni dulu orangnya macam mana. Si isteri ni dia cakap suami dia ni baik, terkenal dengan dermawan sebab dia suka bantu orang ramai. Tapi nafkah dia sebagai isteri tak pernah dia keluarkan satu sen pun. Sebab perbuatan dia yang macam tu isteri tu tak kan redha dengan dia sampai bila bila. Benda ni sepatutnya jadi pengajaran dekat suami luar sana. Bagi aq memang tak mudah nak maafkan orang yang macam tu☺️ Aq faham sangat rasa dia even aq sndiri tak mampu nak bertahan macam isteri dia tu. Berat jugak hati nak memaafkan tapi kita kena paksa diri jugak maafkan someone yang perangai bakhil macamtu, asalkan kita lepas kat akhirat nanti. yang selebihnya dia sendiri jawab☺️
i think, dia agak berkira dengan awak sebab, satu belum kawin, dua sebab dia percaya awak and memahami dia. First of all aq x brani nak ckp kena bersabar dengan perangai dia yang macam tu but, you know what ada satu kisah ni, Lelaki tu dia kaya, suka bersedekah tapi sedekah dekat orang awam semata mata nak raih perhatian macam tu. Dekat isteri dia anak anak dia memang berkira. Satu hari suami ni meninggal lepastu urusan pengebumian jenazah dia macam ada masalah sikit. Orang ramai tak boleh nak masukkan jenazah ke liang lahad, then jenazah tu berat and macam macam lagi aq tak berapa ingat. Tapi, Seolah olah macam bumi pun tak nak terima jenazah dia. Si isteri ni dia senyap ja sampailah ada someone ni aq tak ingat maybe ustaz yang nak tolong dorang , dia tanya si isteri ni. Dia tanya suami dia ni dulu orangnya macam mana. Si isteri ni dia cakap suami dia ni baik, terkenal dengan dermawan sebab dia suka bantu orang ramai. Tapi nafkah dia sebagai isteri tak pernah dia keluarkan satu sen pun. Sebab perbuatan dia yang macam tu isteri tu tak kan redha dengan dia sampai bila bila. Benda ni sepatutnya jadi pengajaran dekat suami luar sana. Bagi aq memang tak mudah nak maafkan orang yang macam tu☺️ Aq faham sangat rasa dia even aq sndiri tak mampu nak bertahan macam isteri dia tu. Berat jugak hati nak memaafkan tapi kita kena paksa diri jugak maafkan someone yang perangai bakhil macamtu, asalkan kita lepas kat akhirat nanti. yang selebihnya dia sendiri jawab☺️