Bagaimana Untuk Memantaskan Diri II

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum admin dan readers IIUM Confession sekalian.

Hujung tahun selalunya saya isi dengan mengimbas kembali setiap kejadian yang saya alami sepanjang tahun. Lebih syahdu lagi, di sepertiga malam.

By the way, ini perkongsian saya yang kedua. Yang pertama boleh baca kat sini, (https://iiumc.com/386984-2/).

Seumur hidup, saya tak pernah tahu tentang kehidupan mak sebelum berjumpa dengan ayah.

Sehinggalah saya berumur pertengahan 20-an, bulan 4 tahun ini barulah mak ceritakan kisah hidupnya kepada saya.

Mak dibesarkan oleh moyang dari kecil sehingga berganjak dewasa. Mak tak pernah bersekolah dan tak pernah diberi didikan agama.

Ayah kepada mak adalah seorang mualaf dan telah meninggal dunia pada usia mak 15 tahun.

Nenek pula warga tempatan dan telah berkahwin sebanyak 4 kali setelah perceraian dengan suami pertamanya iaitu atuk saya dan memiliki anak seramai 12 orang hasil dari 5 kali perkahwinan.

Saya tak ada masalah dengan hal itu, cuma hati saya sangat terluka bilamana mengetahui mak dibiarkan membesar tanpa diberi didikan agama dan pendidikan selayaknya.

Saudara kandung mak ada dua orang. Mak anak kedua dan merupakan kakak sulung bagi adik-adik tirinya.

9 saudara mak memiliki pendidikan sampai spm dan membesar dengan mewah dibawah jagaan nenek. Untungnya mereka.

Mak dan adik-beradik kandungnya menampung hidup mereka sendiri dari kecil dengan menjual apa sahaja sumber alam yang mereka temukan di dalam hutan tak bertuan dan di paya.

Segan untuk meminta dengan nenek kerana ‘jurang’ yang ada.

Berkisar pada tahun 60-70an, perkara biasa jika mencari pendapatan berlandaskan sumber alam.

Sewaktu remaja, mak bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dan kadang menjadi waitress pengganti kerana mak tak pandai menulis pesanan untuk diberi tugasan tersebut sepenuhnya.

Di situ lah bermulanya perkenalan ayah dan mak. Kehidupan ayah dan mak sangat berbeza.

Boleh dikatakan apa saja yang ayah nak, ayah akan dapat. Didikan agama juga cukup kerana ayah merupakan pelajar madrasah dan juga memiliki sijil spm.

Bila nenek dah semakin tua, nenek bergantung dengan mak dan ayah saya.

Baiknya mak sebagai anak, tak pernah sekalipun mak salahkan nenek malah mak kata bahawa nenek pun taknak hidupnya serumit itu.

Perkara inilah yang membuatkan kami anak-anaknya tak pernah tahu kepahitan hidup mak selama ini, mak tak pernah tunjuk depan kami semua.

Saudara tiri yang lain ada je tinggal berdekatan dengan rumah nenek, tapi nenek tak suka bergantung dengan mereka kerana selalu buat masalah dan sebahagian dari mereka hidup porak peranda.

Walaupun kehidupan mak tak seindah orang lain, tak pernah sekalipun mak lakukan benda yang sama kepada kami.

Mak sangat protective dan selalu usaha dapatkan apa yang kami inginkan. Jika duit ayah tak cukup, mak akan jual kuih-muih dan kerepek.

Bila ingat balik pengorbanan mak dengan kisah hidupnya, memang teruk saya menangis, sangat teruk sehingga tak henti-henti saya berdoa kepada Allah agar mak diberikan ganjaran Syurga tanpa hisab.

Yang membuatkan saya lebih terpukul, selama ni saya sering menjadi pendengar dan penasihat bagi luahan teman-teman yang ‘broken home’ tanpa mengetahui mak juga salah satu korbannya..

Tak lupa juga dengan pengorbanan ayah, pelan-pelan ayah mengajar mak cara untuk solat, puasa dan menerangkan segala suruhan serta laranganNya kepada mak.

Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat bahagia dengan hidup yang serba sederhana.

Mak pernah kata, berjodoh dengan ayah adalah nikmat terbesar yang Allah berikan padanya. Semoga kami semua akan disatukan didalam SyurgaNya kelak. Aamiin.

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

– Sajedda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *