Bagi Betis Nak Peha

Hi semua, semoga anda semua sihat-sihat selalu. Seumur hidup anda, mesti pernah walau sekali ada pinjamkan wang kepada seseorang, kan? Tak kiralah siapa dan berapa jumlahnya, mesti ada pernah meminjam dan beri pinjam.

Tak berapa lama dulu tiba-tiba muncul seseorang yang saya pernah kenal sebelum ini tiba-tiba bertanya khabar. 4-5 tahun tak dengar berita, tiba-tiba ramah pula dia menegur di media sosial. Hmm, ni kalau tak MLM, nak pinjam duit lah tu.

Tapi hati saya dah kering; bila dia mula cucuk jarum nak minta pinjam wang. Terus saya block dari contact. Ya, block terus; out of sight, out of mind.

Kenapa? Sebab saya pun dah serik beri pinjam duit pada orang yang akhirnya saya perlu menagih kembali untuk hak saya. Ada satu kejadian yang berlanjutan dari 2016-2018 yang buatkan saya tekad dengan pendirian saya ni.

Tahun 2016, saya baru sahaja habis degree. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama saya dapat berkerja di sebuah retail company terkenal. Berkenalanlah dengan colleagues dari semua department di sini.

Mungkin sebab ini ialah perkerjaan pertama saya seumur hidup waktu tu jadi perasaan ingin disenangi oleh semua orang tu membuak-buak.

People pleasing syndrome lah secara ringkasnya. Anak-anak buah saya layan baik, kerja siap lebih awal dari deadline, claim hantar awal,

Pendek kata serba-serbi saya cuba untuk pastikan semuanya tip top dan tak menyusahkan orang lain. Dan sebab ini jugalah, ada yang mula ambil kesempatan.

Ada seorang akak ni yang saya agak rapat juga kerana sama perangai gila-gila, saya gelarkan “Kak A”. Ringkasnya, Kak A ada 3 orang anak yang masih bersekolah waktu tu.

Perwatakan sangat friendly dan riuh-rendah; saya mula rapat sebab ciri-ciri kami sama. Walaupun dia sudah berkeluarga, tapi cara pergaulannya sangat sporting sehingga tidak terbit rasa janggal sewaktu bergaul.

Bila tiba waktu lunch, selalu kami bergilir-gilir bawa kereta keluar bersama; tak pernah pula Kak A berkira.

Kadang-kadang belanja kami minum petang; mudah kata kalau lihat dari segi perbelanjaan tu seperti tiada masalah dan bukan jenis orang yang kedekut dengan wang. Disebabkan inilah saya yakin dan percaya pada Kak A bila dia berjumpa saya personally hari itu.

Hujung 2016, Kak A beritahu dia terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang ke rumah. Kemalangan tak seteruk mana, tapi disebabkan keretanya jenis kereta lama yang sudah modified, jadi sangat sentitif bila terkena hentakan kuat.

Katanya kereta sudah dihantar ke bengkel malam yang sama, dan anggaran kos untuk baiki dalam RM1500.

Saya pun tak arif bab-bab kereta ni, jadi saya tak tahu samada penipuan dia bermula di sini. Bulan lepas, keretanya sudah buat hal dan Kak A sudah berhabis wang untuk repair jadi katanya bulan ni tak dapat tampung kos baiki kereta.

Disebabkan sehingga perkenalan kami di situ saya lihat Kak A ni jenis yang saya kira bertanggungjawab, saya pun percaya dan beri pinjam wang sebanyak RM1,500 tersebut.

Kak A berjanji akan selesaikan dalam dua kali bayaran (RM750 x 2), bermula Januari 2017. Saya iyakan sahaja, sebab kos sara hidup saya tidak terjejas pun sekiranya dia nak bayar ansuran bahkan 4-5 kali.

Awal Januari 2017, branch kami perlu dibubarkan sementara dan kakitangan dihantar ke outlets yang berlainan.

Disebabkan kecoh dengan pertukarang dan penempatan inilah, saya terus terlupa mengenai bayaran yang sepatutnya saya terima dari Kak A. Kami tidak ke outlet yang sama, bahkan semakin jauh terpisah.

Cuma teringat ketika terima bonus CNY dari majikan. Saya cuba tunggu 2-3 hari, manalah tahu dia teringat sendiri, tapi hampa.

Saya jenis yang segan sangat nak minta dengan orang, walaupun itu hak saya sendiri. Saya cipta berbagai-bagai alasan kepada diri saya sendiri; mungkin Kak A perlukan wang lebih; sekolah kan dah buka. Tahun baru, semua baru.

Hujung Januari 2017 saya bulatkan hati dan hubungi Kak A, bertanya sekiranya dia sudah bank in wang saya. Padahal boleh check sendiri kan, saja berbasa-basi. Dia tak reply saya untuk 2 hari.

Bila reply, barulah saya dihujani texts “maaf” dan “terlupa”. Seterusnya, dia minta untuk mula bayar pada Februari 2017 kerana sudah kehabisan wang. Disinilah silap besar saya bermula; saya iyakan sahaja dan bagi muka padanya.

Februari 2017, Kak A tiba-tiba bank in kepada saya RM500. Separuh hati saya mencebik sendirian; janji RM750, 2 kali bayaran. Ni tanpa sebarang perbincangan awal bayar RM500 pula, jadi 3 kali bayarlah ni? Tapi disebabkan saya pun mula sangat sibuk di tempat baru, saya lupakan saja.

Syukurlah ada juga nampak inisiatif Kak A nak membayar. Waktu ni, saya dah mula dengar cerita kurang enak mengenai Kak A dari buah mulut orang. Malas nak ambil pusing sangat kerana saya rasa saya kenal bagaimana dirinya; asalkan dia bayar duit yang dia pinjam, saya okay.

Panas tak sampai ke petang. Dari Mac 2017 sehinggalah kehujung tahun, tiada sebarang berita gembira. Berkali-kali juga saya hubungi dia untuk ingatkan mengenai baki hutang, tapi jawapannya tetap sama “nanti akak bayar”. Saya pun jujurnya dah muak beri alasan pada diri sendiri untuk dia.

Kerja di branch saya menimbun-nimbun, sampai tiada masa untuk rehat dan rawat diri sendiri. Saya juga jatuh sakit dan dimasukkan ke wad beberapa kali kerana anxiety dan depression dari tempat kerja; sehingga saya ambil keputusan untuk berhenti kerja pada hujung 2017.

Waktu ni memang saya dah lupa perihal hutang Kak A ni sebab focus untuk pulihkan diri sendiri. Sepanjang beberapa bulan ini juga, dia tidak hubungi saya langsung.

Awal 2018, saya masih dalam proses recovery. Mak bawa saya keluar makan di sebuah restaurant yang agak jauh dari rumah kami, jalan-jalan katanya. Restaurant sangat lengang dan banyak meja boleh dipilih.

Mungkin kuasa Tuhan, saya tertarik untuk duduk di sebuah meja di bahagian dalam walaupun meja dengan pemandangan tasik ada tersedia.

Mak turutkan saja pilihan saya. Restaurant ini unik kerana pelanggan dibolehkan untuk menulis nama mereka menggunakan pen marker khas yang disediakan.

Setelah buat pesanan, saya lihat satu persatu tulisan di atas meja yang saya pilih, hiburkan diri. Tiba-tiba, saya terpandang nama yang seiras nama Kak A.

Ya, mungkin kebetulan orang lain ada nama yang sama. Tapi, kebetulankah kalau nama yang tertera adalah nama Kak A, suami dan ketiga-tiga anak mereka? Tarikh yang tertulis pula tak sampai 2 minggu lepas.

Masa ni saya rasa satu kemarahan yang amat sangat. Terus teringat akan hutang dia dengan saya. Seringkali beritahu saya takde duit, takde duit, takde duit. Tapi makan denagn satu family boleh pula?

Restaurant itu pun harga makanannya boleh tahan; lima sekeluarga pun sekurang-kurangnya RM300-400. Saya rasa sedih dan diperbodohkan sangat waktu tu.

Pulang saja ke rumah, saya terus hubungi Kak A dan bertanya baki hutang saya RM1000 ni bila nak langsaikan? Dia balas mesej saya dengan “oh ada lagi ke”. Allahu.

Mungkin nilai RM1000 tak banyak untuk anda, jujurnya RM1000 tak berapa banyak untuk saya. Tapi dah janji nak langsaikan, ni dah makan tahun masih tak terlunas.

Berapa ramai orang dia berhutang sampaikan tak ingat dia berhutang dengan saya jumlah tersebut?

Kalau terlupa dia berhutang makan lunch contohnya, saya tak kisah sebab hari-hari kita makan lunch; wajarlah kalau terlupa. Tapi hari-hari ke kereta dia ada masalah? Hari-hari ke dia hutang orang beribu sampai dia lupa saya salah satu darinya?

Saya dah puas jadi orang bodoh. Saya terjumpa di twitter mengenai mahkamah tuntutan kecil. Untungnya saya jenis orang yang simpan segala perbualan kami di whatsapp dan itu cukup untuk dijadikan bahan bukti.

Saya download borang tersebut dan isi, tapi tak hantar lagi. Saya hantar screenshot borang tersebut serta butiran dan hantar pada Kak A. Mesej saya mudah; bayar atau saya bawa ke mahkamah. Bahan bukti mesej dan penyata bank saya ada.

Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank in duit saya. Bank in habiskah RM1000? Tak, bank in RM100 je. “Ni je akak mampu,” katanya.

Saya masih berlembut dengan dia. Saya beri peluang; RM100 setiap bulan. Dan sepatutnya berakhir October 2018, tapi ada juga 1-2 bulan yang dia lupa. Akhirnya saya selamat menagih kembali wang saya sepenuhnya pada Disember 2018. Tiada apa-apa perasan gembira, jujurnya.

Penat dan sedih, betapa susahnya nak tuntut kembali hak saya. Dan dia yang saya anggap macam kakak sendiri tergamak buat macam tu. Lepas sahaja saya confirmkan bank in Kak A yang terakhir, saya terus block nombornya. Saya rasa saya tak perlu orang sebegitu dalam hidup saya lagi.

Pengalaman ini dah buat saya sangat berhati-hati bila ada rakan-rakan yang nak pinjam duit; memang sangat, sangat sukar. Baru tahu siapa yang benar berkawan dengan kita dan siapa yang berkawan untuk mabil kesempatan ke atas kita.

Peribahasa Melayu lama itu betul; buat baik berpada-pada. Tak perlu baik hati sangat dengan semua orang sebab bukan semua orang ikhlas dalam persahabatan/ perhubungan.

Agak terkilan juga bila rakan lama itu hubungi saya hanya untuk wang. Harap kita semua lebih berwaspada pada masa akan datang.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *