Bagi Nasihat Sikit

Hai, aku Sunflower, perempuan berumur 29 tahun. Aku nak share situasi aku sekarang ni dan nak tanya pendapat korang.

Aku tengah berkawan dengan someone. Kita nama kan dia Ahmad.

Ahmad ni, tua setahun je dari aku. Dan, for the past few months kami berkawan sangat rapat. Almost everyday jumpa, lunch or dinner sama-sama.

Ahmad ni jobless. Sorry maksud aku, takde pekerjaan tetap. Lepas grad universiti tahun lepas, dia jadi driver ehailing ja. Katanya, dia dah apply kerja dekat banyak tempat tapi tak ada satu pun yang lepas. So, ehailing jela cara dia buat duit sekarang. Kekadang dia ambik upah jadi runner.

Masa awal kenal dia haritu, dia ada kata yang dia segan sebab umur sebegitu dia baru habis belajar dan tak bekerja. Dan, ada mention niat dia berkenalan untuk cari kawan. Tak nak lebih-lebih sebab dia jobless. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Btw, kami kenal dari dating apps ya.

Aku kata aku tak kisah. Aku pun tengah cari kawan jugak since aku pun baru je pindah ke bandar ni. Kalau ada jodoh, ada. Kalau jodoh kita cuma sampai takat kawan, jadi kawan je la. Ini apa yang aku cakap dekat dia haritu.

Atas rasa simpati sebab dia asyik mengeluh takde kerja tetap, aku pon tolonglah carikan kerja. Aku forward resume dia sana sini. Masalahnya, aku perasan Ahmad ni agak memilih. Taknak kerja itu, gaji kecik. Taknak kerja ini, kerja susah. Lebih kurang macam tu lah alasan dia.

Sampai satu hati tu, aku termarah dia. Aku cakap kalau perangai gini sampai bila-bila pon takde kerja. Experience takde, nak jadi boss terus. Sapa nak ambik? Haa haha, banyak lagi lah yang aku cakap sampaikan kami tak bertegur sebulan.

Tapi lepastu, aku minta maaf dekat dia sebab termarah dan terkasar bahasa. Ambik masa jugak lah untuk kami macam okay balik.

Sejak dari kes tu, dia lebih open bercerita. Dia ada cakap tipu lah kalau dia tak stress tak murung sebab mulut-mulut orang. Adik-beradik dia semua bijak pandai. Kerja bagus. Dia sorang je yang tak seberapa.

Lepas habis SPM dulu, dia nak sambung study ambik kulinari, sebab dia suka memasak dan suka buat kek. Tapi parents dia tak bagi. Dorang suruh dia ambik IT lol. Kalau tengok result SPM dia, korang memang akan rasa dia takkan dapat survive study dalam bidang tu.

But then, since dia datang dari family yang agak berduit, dia sambung diploma dalam IT (Networking). Lepas habis diploma, dia cuba cari kerja dalam bidang IT almost 3 tahun. Tak berjaya. Result diploma dia memang hauk. Ada repeat subject pulak tu.

Sepanjang 3 tahun tu, dia kerja dekat restoran fast food. Then, bapak dia suruh sambung degree. Again, dalam bidang yang sama. Kali ni course Computer Science.

Degree ni, bayangkan dari tahun 2018, 2023 baru si Ahmad ni graduate. Almost every semester ada repeat subject. Semester 1 je la yang lepas semua. Yang lain, hauk.

Masa dia tunjuk semua result dan sijil-sijil, aku terdiam sekejap. Daripada pandangan orang yang pernah buat kerja HR, IT bukan bidang dia. Belajar bukan kelebihan dia. Even daripada cara dia bercakap, berkomunikasi pun bukan kelebihan dia.

Masa ni, aku cuba korek apa yang dia minat dan apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup. Dekat sinilah, aku tahu dia suka memasak. Walaupun lelaki, dia selalu memasak kat rumah.

Since adik beradik dia semua lelaki dan bekerja, dia lah yang tolong mak dia masak dan buat kerja rumah memandangkan dia jobless.

Kalini aku try untuk betul-betul tolong dia cari kerja. Aku amend balik resume dan draft ayat-ayat cover letter yang power.

Aku create satu email baru khas untuk aku applykan kerja untuk dia. Aku cakap, be ready untuk terima call dari bermacam unknown numbers. Kerja apa, jawatan apa, ikut suka aku lah nak apply untuk kau. Kau jawab je. Kalau dapat offer, accept je.

At least kerja dulu for at least 6 months, kalau rasa tak sesuai then baru lah kau start cari balik kerja apa yang kau minat. Sekurangnya resume tak nampak kosong. Aku tolong sehingga part ini, selebihnya pandai-pandai kau handle bahagian interview.

Okay, misi untuk dapatkan dia sehingga ke process interview berjaya. Dalam berpuluh email yang aku hantar, ada beberapa yang call dan daripada tu, ada 2 interviews yang dia attend. Tapi tula, masih tak ada yang offer dia keja.

Aku tanya lah, masa dekat interview apa ja yang orang tanya dan macam mana kau jawab. Dia demo balik interview session dia, aku punya reaction masa tu, tepuk dahi hahaha.

Aku lupa dia ni jenis introvert. Sepatah tanya sepatah jawab. Jenis tak bergaul dengan manusia pulak tu. Bab menggoreng memang fail. Twist sikit soalan terus jem. Otak dia mati dekat situ hahaha.

Tak lama lepas tu, dia dapat panggilan interview ketiga. Dia nak sangat job tu, job description menarik dia cakap.

So kalini, seminggu kami practice interview. Aku list out kan soalan-soalan yang selalu di tanya siap dengan jawapan sekali. Hopefully dapat lah, tapi setakat harini senyap je company tu hahahahha.

Kenapa aku cerita semua ni? Haha. Sebab aku nak bagitahu betapa beriya dan banyak effort aku spend dekat someone yang aku baru kenal lol.

Adakah aku mengharapkan something? Iyaaa betul tepat sekali walaupun mulut aku kata tak tapi hati aku tak boleh tipu. Aku selesa dengan Ahmad. Balik kerja walaupun penat, kalau Ahmad ajak keluar, aku iya kan saja.

Sebab Ahmad buat ehailing, kami selalu keluar malam lepak makan ice cream, sembang-sembang, makan malam sesama. Semua ni lepas dia settle kerja ehailing dia. Bill? Kami split. Kekadang, ada jugak aku belanja. Itupun lepas gaji lah.

Dia ada few times cubaan nak belanja dinner tapi sebab aku tahu keadaan kewangan dia macam mana, aku tolak. Better split bill je. Aku bagi dia belanja ice cream je hahaha.

Yang aku nampak dekat Ahmad, dia baik. Sepanjang kami kenal ni, tak pernah lagi nampak dia marah. Kalau something wrong, dia cuma diam. Diam sama macam masa aku marah dia awal haritu.

Dan between us, of course aku yang paling banyak songeh dan banyak cakap. Bak kata Ahmad, aku ni degil dan mulut tak berhenti.

Dah nak masuk 7 bulan kami berkawan rapat, hari-hari berjumpa, aku jadi makin selesa. Dan perempuan, alahai perempuan. Perempuan memang dijadikan mudah jatuh cinta lagi-lagi dengan orang yang kita selalu spend masa bersama ke? Or aku je macam ni?

Aku pernah cerita pasal Ahmad ni dekat kawan perempuan aku. Dorang suruh jauhkan diri sebab bagi dorang Ahmad ni macam pemalas dan taknak kerja. Better cari orang lain. Itula yang dorang cakap.

Aku tak nampak point pemalas tu kat mana. Kalau pemalas, dia duduk je dekat rumah tak buat apa goyang telur. Lagipun family dia orang senang, lebih baik dia mintak duit je kat mak bapak dia kalau betul pemalas kan? Memilih kerja, iya betul. Mindset ni yang aku slowly nak ubah dekat Ahmad.

Satu lagi sebab kenapa aku beriya nak tolong Ahmad, sebab dia pernah cakap macam ni, selagi dia belum ada kerja tetap dia tak berani untuk ada relationship dengan sapa-sapa. Masa ni kami tengah sembang pasal relationship dan sapa orang yang tengah ada dalam hidup masing-masing.

Waktu tu aku terus terang dekat dia, selain dia, aku ada kenal dan keluar dengan orang lain. Taktauu la perasaan aku or memang betul dia kecewa, dia kata “ohh, sapa orang tu” lepastu toleh tempat lain.

Then aku jawab la, tapi since aku kenal kau, aku banyak habiskan masa dengan kau sorang. Lepastuuu dia senyum2 dan buat gaya menari Dino Kuning dekat tiktok tu. Dia pon gurau cakap, untuk tahun ni, kau sorang je perempuan gila yang keluar dengan aku.

Soo, ehem gais. Sorry, panjang-panjang ni actually aku nak tanya, korang pernah ke dalam situasi ni? Dan kalau pernah, penghujung cerita dia apa? Kahwin ke? Hahahahha.

Aku sebenarnya dah janji dengan diri sendiri untuk taknak buang masa dan tenaga dekat someone yang tak berbaloi. Tapi kali ni, hmm, entahlah.

– Sunflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Kau suruh la ahmad tu ambik cooking/baking class etc lps tu cari job dlm f&b since dia minat masak or maybe he can do business like homebake ke, street food ke tp benda ni kena rajin la..susah kalau family dia jenis nak atur hidup anak..tak semestinya family berduit, anak² yg lain pandai, berjaya dlm bidang professional dorang nak pukul rata..setiap anak ada minat masing², kelebihan, kelemahan..patut masa dip tu dah nmpk yg ahmad tu x boleh go dgn IT tp parents dia push jugak sampai kena sambung degree but end up anak jobless..such a selfish parents by wasting his time for so long struggling dgn kehendak parents..i know he’s a very good guy sbb dgr ckp parents but at the same time kesian kat dia..so skrg ni lps dia buat ehailing, pergi la class yg mcm aku ckp td..start a new life dgn benda yg dia minat so that dia boleh berdiri atas kaki sendiri..mana tau one day dia boleh bukak restoran ke apa..utk relationship korang aku wish good luck..kalau ada jodoh, insyaAllah

  2. kerja dulu, stabilkan kewangan dulu. Tanggungjawab bila kahwin ni bukan sesuatu yg mudah tau tak kira la lelaki ke perempuan.. smua ad peranan masing2 takkan sampai ke tua nk mintak duit mak ayah.. kerja2 la dulu baru fikir bab kahwin.

    bab u cakap dia “tak malas pun kat rumah bukan goyang telur”.. u tahu ke dia buat apa kat rumah? ramai je tipu perempuan cakap rajin la tolong mak ayah kat rumah padahal tipu. Nasihat sy jangan mudah sangat nk percaya cakap orang. Takut kite yg kecewa nanti.

    Tak salah pun kita ramai kawan lelaki/perempuan.. pencarian jodoh ni tetap kena teruskan, cari yg betul2 sesuai/sekufu dan lelaki yg bertanggungjawab tu sangat2 penting!

  3. dah dia minat memasak baking etc , why not u support dia..suruh ambik kelas pjj.
    i suka tengok org jual cake pastry..jangan malu , tengok che sayang , mr ali dgn khairul aming , dorg lelaki and berjaya..

  4. Saya ada sorang kwn yg ank dia ‘dipaksa’ oleh family utk amk bidang yg dia x sesuai, last2 x abis blajar pon, dia brenti d sem 2, klaw x silap, then amk bidang “culinary”, baru la dia ‘score’ semua subject, sbb dia minat.. so, kwn awak tu patut awk encourage dia blajar dlm bidang memasak spt yg awk kata dia minat.., klaw bule, encourage dia nt utk ‘score’ dan sambung sampai peringkat tinggi, (skrg ni, klaw ada kelulusan tinggi, senang dpt kerja..), xpe klaw dia start kerja dari ‘basic’, jd paramusaji dlu pon xpe, lma2 klau kerja dia ada kesungguhan & peningkatan, boleh cepat naik pangkat.. tengok je bro ramai chef yg terkenal, bermula dari bwh, tp pengalaman menjadikan mrk lebih brjaya.. di samping tu kna bnyak bergaul, pandai berkomunikasi dan berinteraksi dgn baik.. awk kta dia ‘introvert’, tp dgn awk bnyak je dia citer, mcm tu jugakla dgn org lain, tp yg esp. yg berkaitan dgn kerja la, klaw ckp yg ‘merapu’ pon x perlu.. lastly, klaw betul ka awk berdua ada merancang utk ‘hidup bersama’, plan hidup yg ke dpn ni betul2, klau dpt kerja, buat simpanan msg2 utk kawen, atau nk bli aset bila dah ckup dt dsb.., masa berjalan, klaw lama ‘pause’ atau dok tangguh2, nt umor pon smakin meningkat.., klaw taqdir awk berdua x bersungguh, konon hnya nk berkawan, n worse klaw x jd kawen, buang mse je hari2 yg slalu awk ‘spare’ utk dia, n kna start all over again, kan nt membazir waktu n kos jugak.. so, take action from now, n work hard for better future for u two.. good luck n insha Allah berjaya.. wasalam..

  5. Jangan terburu2 nak menikah kak. Time suka dan bercinta ni memang semua akan nampak indah. Segala kesusahan boleh dihadapi bersama. Nyatanya, lepas menikah, x seindah yang disangka.

    Buat masa sekarang, akak bagi semangat dan support dia ambil bidang kulinari. Ambil kursus jangka pendek pon boleh. Apa pun yang dia minat cth, buat pastry ke, buat kuih ke? Dah mahir, boleh bukak bisnes kecik2. Ni biar dia yang cari modal dari pekerjaan ehailing dan runner. Jangan akk pulak yang tanggung. Cinta boleh, bodoh jangan. Seintrovert lelaki pun, dia wajib ada harga diri. Jangan ajar diri terima bantuan dari perempuan. Sebab apa? Sebab nanti bila gaduh, akan jadi mengungkit. Untuk elakkan hal itu terjadi, biarlah Bang Ahmad yang usaha lebih. Lepas bisnes Bang Ahmad ada peningkatan, brulah akk boleh tanya balik pada dia tentang perasaan. Kalau dia laki baik, dia akan halalkan akk. Btw, buat solat istikharah. Mohon sejelas2 petunjuk dan sejelas2 kebenaran dari Allah. Good luck kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *