Bagilah Ibu Berehat

Assalammualaikum dan terima kasih sebab siarkan cerita aku. Harap-harap, boleh la dijadikan iktibar. Ni aku cuma nak luah pasal ragam orang menjadi tetamu ke rumah ibuku.

Nak mulakan pun aku tak tahu macam mana. Okeylah. Begini… kisahnya bermula bila ibu aku menerima tetamu dari keluarganya sendiri. Dari adik-beradiknya sendiri. Kakak-kakak, adik dan abang-abangnya.

Ibuku dah bersara dan pekerjaan ibuku sebelum ini melibatkan fizikal. Maksudnya, ibu bukanlah bekerja di pejabat.

Dia membanting tulang dan semenjak dah makin tua ni, kami adik-beradik cakap “Bersaralah,ibu. Ibu dah tak larat. Urusan kewangan di rumah tu, kami akan uruskan.” Maka, ibu pun bersara.

Rutin ibu di rumah semenjak bersara ni adalah solat sunat, mengaji, menonton ceramah agama, masak-masak sikit dan mengemas halaman rumahnya. Berkebunlah sikit-sikit untuk keluar peluh.

Memang ibu kata agak sunyi, tapi ibu selesa sebab dapat berehat dari tekanan bekerja dan tak pening memikirkan mana nak cari duit.

Yang menjadi masalah sekarang, adik-beradiknya rajin sangat nak datang ke rumah, bertunggu- bertangga di rumah ibu. Tak tahu apa motifnya. Ibu sebagai tuan rumah, dah jadi penat sebab nak kena melayan tetamu.

Kadang-kadang kan, orang ni salah faham. Apa yang ada di rumah orang tu, tak semestinya dia ada disebabkan dia kaya. Macam aircond. Kami beli aircond sebab bila cuaca panas, kami nak guna. Bila cuaca sejuk, aircond tu tak bersentuh pun. Orang beli untuk keperluan bila nak pakai.

Sama jugak macam kolam renang. Rumah orang tu ada kolam renang, tak semestinya kolam renangnya tu always available untuk diguna. Maintenance untuk kolam renang ni sangat besar. Tuan rumah bina kolam renang untuk kegunaan anak cucunya sendiri.

Bila anak cucu balik, boleh main dekat rumah sendiri. Bila anak cucu balik kampung, masa tu baru lah keluar duit sikit untuk cuci kolam, isi air banyak-banyak dalam kolam.

Orang lain, janganlah ingat rumah orang ada kolam renang ni macam destinasi bawak anak cucu bercuti yer. Sakit kepala tuan rumah nak melayan.

Begitu jugak rumah orang yang ada washer dan dryer. Tuan rumah standby dryer untuk musim hujan. Tuan rumah sendiri, kalau cuaca panas, elok je jemur kain,tak guna dryer pun.

Janganlah tetamu saja-saja datang bawak baju kotor, buat rumah ni macam kedai dobi. Aku pun tak tahu ke mana perginya common sense dalam diri masing-masing.

Ibu sangat cermat dalam bab menggunakan elektrik dan air ni. Ibu cakap, ibu tahu macam mana peritnya mencari duit untuk bayar bil utilities. Walaupun semua bil rumah tu dah kami tanggung 100 peratus, tapi ibu tak pernah ambil kesempatan.

Bila bil rumah tu tinggi, ibu akan minta maaf. Aku pulak yang sedih. Aku cakap tak perlulah minta maaf, Bu. Ibu nak pakai, pakailah. Mungkin ibu segan sebab bila adik-beradiknya duduk di rumah tu berhari-hari, bil jadi tinggi sangat.

Takkanlah aku nak tegur pulak bapa-bapa dan ibu-ibu saudara aku tu kan. Buat masam muka pulak nanti. Tapi, bila jadi macam ni, aku pulak tak tahu apa jalan penyelesaiannya.

Ibu kata ibu penat. Ibu dah berkali-kali cakap dekat adik-beradiknya, ibu ni dah tua, takda siapa boleh bantu ibu melayan tetamu, tapi mereka masih tak faham-faham. Takkan aku nak bawa ibu ke rumah aku, tinggal dengan aku, semata-mata nak mengelak tetamu tak gheti bahasa?

Pernah juga aku suarakan nak bagi seorang pembantu rumah untuk ibu tapi ibu kata ibu tak selesa orang luar ada di dalam rumahnya. Lagipun semua tu perlukan kos.

Tambahan, nanti makin menjadi-jadi pulak orang datang ke rumah ibu. Dah ada maid kan. Kalau macam ni kesnya, maid ibu pun boleh lari. Huhu. Bab-bab duit ni, ibu sangat prihatin.

Ibu siap pesan, kalau ada adik-beradik yang sesak nak bagi duit belanja bulanan tu sebab nak bayar roadtax kereta ke, nak settle hal persekolahan (yuran dan beli baju sekolah), ibu bagi pengecualian untuk mereka bulan tu. Ibu tak pernah paksa anak-anak bab duit.

Aku tahu tetamu tu datang rumah bawak rahmat, tapi kalau dah duduk berhari-hari dekat rumah, dan ibuku saja buat kerja rumah, kena memasak untuk tetamu sedangkan ibuku dah tak larat, itu nak kira macam mana?

Sudahlah ibu yang kena fikirkan hal barang dapur sebab yang datang tu, memang bawak diri saja. Kalau ibu sorang di rumah, ibu masak yang ringkas-ringkas saja,asalkan dapat makan.

Ni bila ada tetamu, ibu kena fikir makanan untuk tetamu yang datang ramai-ramai tu. Duit belanja yang kami bagi, ibu gunakan untuk beli makanan tetamu. Masing-masing datang tu mode vacation yer di rumah ibu.

Bangun pagi, sarapan dah ada. Dah kenyang, masuk dalam bilik, pasang aircond, tengok movie. Bila lunch, wah..dah ada makanan terhidang. Lepas makan, masuk bilik, sambung tengok movie/Youtube dan boleh tidur petang. Nanti dinner, tunggu ibu aku siapkan.

Aku tak tahu lah siapa yang beriya mode bersara ni. Mereka yang bersara ke ibu aku ni?? Ibu aku macam tak bersara lah pulak ni. Hmmmmm…

Dalam adik-beradik aku, takde pulak yang mulut laser. Ibu tak ajar kami mulut laser tapi bila jadi hal camni, geram pulak. Kalau ada sorang anak yang mulut laser kan bagus. Sound tepek je.

Aku kan, kadang-kadang nak je pesan dekat sepupu-sepupu aku tu supaya diorang bawaklah mak bapak diorang ni ke rumah diorang, jangan hantar dekat rumah ibu aku berhari-hari.

Sebab, bila aku tanya ibu aku, siapa yang hantar diorg ni ke rumah ibu, ibu cakap anak-anak diorang. Hmmmm.. korang ni kannnnnnn…

Aku rasa aku nak tukarlah status rumah ibu aku jadi homestay. Okay tak? Huhu. At least, aku boleh kenakan bayaran dekat sepupu-sepupu aku. Kemahen yer hantar mak bapak korang dekat rumah ibu aku.

Itu belum lagi kira dengan sepupu-sepupu aku sekali stay lama-lama, temankan mak bapak diorang. Benda ni lagi bertambah kekok kalau aku adik-beradik balik kampung. Sebab bilik-bilik dah ada orang occupied.

Takkan kami ni pulak nak kena tidur dekat ruang tamu? Takkan kami nak kena tidur hotel??

Aku harap aku jumpalah penyelesaian hal ni. Sebab aku kesian sangat kat ibu aku. Sudahlah ibu penat bekerja semasa muda. Bila dia dapat rezeki untuk bersara, tak perlu fikir apa-apa ni, orang lain pulak memeningkan kepala dia. Bagilah ibu aku berehat.

Kami adik-beradik bekerja keras untuk bagi ibu berehat saat dia dah tua ni. Sepupu-sepupu aku pun patutnya main peranan, jaga ibubapa sendiri.

Kalau korang rasa penat nak layan mak bapak korang, korang kena fikir ibu aku yang dah tua ni, kena melayan mak bapak korang. Ibu aku tak tahu penat ke?

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *