Bahagia Dengan Bersyukur

Aku Nana berusia 27 tahun berasal dari sabah dan sudah berkahwin. Aku tak tahu nak mula dari mana, tapi biarlah aku terangkan dulu tujuan aku menulis ini adalah untuk berbagi pengalaman aku sepanjang bergelar isteri dan masih lagi TTC. Aku tahu semua ada cerita hidup masing2 dan kisah kita berbeza.

Aku anak kedua dari 6 beradik. Ada seorang kakak, dia belum berkahwin, bg aku tak berdosa pun jika masih “single” dan belum bertemu jodoh di usia 30 tahun. Tp biasalahkan mulut makcik/ pakcik2 bawang yg terdekat dgn keluarga aku selalu mempersoalkan “bila kakak nk kahwin, adik dah”. Kdg2 aku kasihan dgn kakak aku tapi nasib aku serupa je, dapat jgk soalan2 tak best sebab aku belum mengandung wlupun dh 2 tahun kahwin. Kasihankan.. :D

Selepas berkahwin of course lah nak ada anak. Atas desakan soalan “bila nak berisi” Aku dan suami berusaha mcm2, berurut dan berubat serta ambil petua drpd kwn2 yg mudah lekat.. Doctor yg cek kitorang kata tak ada masalah. Hanya faktor rezeki, belum tiba masanya. Eh, knp lah gelojoh sgt aku nak beranak ni, hehehe.

Jujur aku ada rasa cemburu dengan kwn2 yg mudah lekat dan hanya menjadi suri rumah tanpa perlu bekerja. Kerja bukan lah satu bebanan tapi kadang2 bosan. Alangkah indahnya jika dapat menjadi suri rumah sepenuh masa ditemani anak2 yang comel2.

Ternyata aku silap bila aku fikir kisah perkahwinan akan lengkap dan bahagia dgn hadirnya cahaya mata. Setelah seorang kenalan rapat aku bercerai, dia cantik, ada ank2 yang comel. Dia kata pada aku..”Na bahagia itu kita yg rasa, bukan dgn membuktikan pada orang. Adakah kita bertemu jodoh maka kita dah bahagia? Mereka yg single tu tak bahagia ke? Kita sangka kita ada anak kita bahagia. Habis yg tak de ank tu tak bahagia ke” Belajarlah berbahagia dengan bersyukur. Syukur apa yg kau ada. Syukur apa yg kau dapat. Jaga apa yg kau ada sekarang. Bila kau tak rasa syukur, kau tak rasa bahagia dan kau akan selalu kejar apa yang belum kau ada,jadi bila masanya kau nak bahagia?” Aku tersentak..

Okay, aku mohon pakcik2 @ makcik jgn persoalkan jodoh org. Entah2 org yg single tu lg bahagia drpd awk yg dh kawen tu. Pakcik makcik bwg stop tanya bila awk nk “berisi” kat org yg baru kahwin. kesian tak pasal2 jadi gelojoh nak beranak mcm aku :D dan readers tolong doakan kenalan aku itu berbahagia, tolong doakan juga kami yg TTC ini beroleh rezeki zuriat, InsyaaAllah..

Tiada kisah yg sempurna melainkan rekaan semata2..kan ? Teruslah Berbahagia dgn Bersyukur. Sekian~

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *