Bahagia Di Media Sosial

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sebab siarkan confession aku kelmarin. Tapi setelah aku baca komen-komen kat situ, baru aku faham. Cara penulisan aku agak kasar, jadi point yg aku cuba sampaikan tu, tak dapat dilihat dengan jelas. Maaf sekali lagi. Aku tahu benda ni benda lapuk, dan ramai orang dah ulas tentang perkara ni. Ada yg buruk, ada yg baik. Masing-masing ada pendapat masing-masing, tapi ini adalah apa yg aku lihat, dan ini adalah pendapat aku.

Aku bukanlah org yg gemar nak tayang keluarga aku kt FB. Aku nk post gamba keluarga aku, aku fikir 200 kali sebelum tu. Sejujurnya, aku pun agak kurang gemar bila jumpa dgn org yg asyik post gamba anak 100 keping sehari. Tapi apa yg aku buat adalah, kalau aku suka, aku like, kalau aku tak suka, aku unfollow atau aku skrol laju-laju. Tapi, bukan itu yg terjadi pada sebahagian org kita ni. Ada org, mereka lebih gemar utk doa yg tak baik. Aku yg tak ada kena mengena pun sedih bila baca komen tu, inikan pulak tuan punya badan. Hmmm…

Aku ambil contoh, artis Malaysia. Ramai sedia maklum artis Malaysia ni sgt lah rajin update FB & Insta. Cth mcm Che Ta. Anak comel, suami handsome dan dia sgt kaya. Dari apa yg kita tgk, dia bahagia dgn hidup dia, dan dia gembira. Tapi, apa yg membuatkan aku sedih adalah komen dari org kita sendiri, org yg beragama Islam. Patut ke doakan dia bercerai, anak dia kena culik dan dia jatuh miskin? Tu kan rezeki die, itu kan bahagian die. Takkan la kita nak pertikai? Dia ada ramai peminat yg nak tahu apa aktiviti harian dia. Suka hati dia la. Kau tak suka, kau jgn baca Insta die. Oh, sebelum tu, aku bukanlah peminat Che Ta. Ni aku bg contoh je.

Tu rezeki masing-masing, tu kebahagiaan die. Kita sbg umat manusia yg bertamadun, sepatutnya mendoakan kebahagiaan dia, atau pun buat tak ambil tahu je. Kan dah adab dalam islam, jgn doakan keburukan utk org lain. Memang rambut sama hitam, hati lain-lain. Aku akui, memang akan ada manusia busuk hati yg tak senang hati. Tapi, bila benda tu berkait dgn media sosial, mestilah empunya diri tu dah tahu akibatnya, kan?

Aku ni anak yatim, ayah aku dah meninggal. Takkan la aku nak halang kawan aku yg post pasal gambar ayah die sebab nnt aku sedih? Memang dah tertulis ayah aku pergi dulu, itu bahagian aku. Kawan aku bahagia nak tunjuk ayah dia, biarkan je lah. Takkan aku nak meroyan? Macam tak boleh terima takdir namanya tu. Kalau pun kawan aku post gambar die bawak BMW sedangkan aku bawak kereta Proton saga tahun 1985 je, takkan aku nak jeles? Itu rezeki dia, bukan rezeki aku. Tak perlu la aku nak doa die kemalangan jalanraya. Baik aku doa satu hari nnt aku mampu diberikan sedikit rezeki lebih, boleh la upgrade kereta.

Macam aku cakap tadi, masing-masing ada bahagian masing-masing. Tak perlu iri hati, tak perlu nak mendoakan yg tak elok. Tak baik perangai mcm tu, bak kata mak aku. Kalau org post kt akaun peribadi diorang, diorg sendiri tahu apa akibatnya. Diorg sendiri tahu siapa yg nak tgk apa yg diorg post tu. Dah tentu dia sedang gembira, dia nak share semua benda. Ada kawan yg rasa gembira bila kawan dia gembira. Percayalah, org mcm ni biasanya akan post jugak kalau benda tu buatkan dia rasa sedih, bukan gembira semata-mata. Kau nak baca, kau baca. Kau meyampah, tak perlu doa yg tak baik. Baik kau doa kau lebih bahagia dari diorang. Lg ade faedah.

– Happy bear suka Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit