Bahagia Itu Satu Pilihan

Assalamualaikum admin dan warga IIUM Confession.

Sofia Imani. Sofia Imani yang sekarang bukan lagi Sofia Imani dulu yang cekal hatinya menahan derita saban hari disepak terajang sang suami dalam perkahwinan pertamanya dulu.

Sofia Imani yang dulu pernah menjadi orang yang paling bahagia di sisi suami dan 3 cahaya mata, akhirnya perkahwinan mereka diuji dengan perpisahan yang tak pernah terlintas dalam buah fikirannya.

Tidak mudah untuk Sofia Imani memutuskan untuk menamatkan derita hidupnya. Tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah, cukup lama Sofia bertahan.

Setiap detik dan setiap saat doa dipanjatkan buat yang memegang hati setiap hambaNya, moga keajaiban berlaku.

Daripada suami yang penyayang, suami Sofia mula berubah menjadi seorang yang cukup panas baran. Ada saja benda tidak kena di mata suami Sofia.

Dan setiap kali itulah batang tubuh Sofia menjadi tempat melepaskan setiap kemarahan si suami.

Lebam di sana sini, namun Sofia melipat kemas rahsia dan masalah dalam rumahtangganya. Hanya Allah tempat Sofia mengadu. Kenapa suami Sofia berubah sebegitu sekali.

Ya Allah, Sofia tidak kuat dengan ujian ni. Anak-anak Sofia masih kecil. Sofia mohon keajaiban dalam perkahwinan ini. Sofia tidak mahu mengalah dengan perhubungan ni. Sofia sayangkan rumahtangga yang pernah bahagia ni.

Rahsia rumantangga yang disimpan kemas akhirnya dihidu oleh ibu Sofia. Luluhnya hati seorang ibu tatkala mengetahui anak perempuannya diperlakukan sebegitu rupa.

Kulit Sofia yang kuning langsat penuh dengan kesan lebam diusap si ibu bersama deraian air mata. Tiada lagi wajah ceria Sofia yang dulunya bulat chubby mengukir senyum. Badan Sofia susut, muka Sofia cengkung.

Sofia tak mampu menghalang bila si ibu dan keluarga Sofia membuat keputusan untuk membuat laporan polis. Sofia juga turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Long story short, hancur luluh hati Sofia tatkala mengetahui suaminya terjebak dengan ketagihan bahan terlarang. Ketagihan yang melampau telah merosakkan sistem pemikirannya.

Suami Sofia berhalusinasi. Barulah Sofia faham kenapa suaminya berkali-kali menuduh Sofia berzina dengan jiran rumah sebelah.

Katanya dia nampak ada kereta keluar dari perkarangan rumah. Dia syak ada lelaki masuk rumah semasa ketiadaannya.

Nekad untuk keluar dari perkahwinan yang memudaratkan diri dan anak-anaknya, Sofia memfailkan penceraian. Alhamdullillah. Semua dipermudahkan Allah. Sofia redha dengan takdir.

Tiada masalah untuk Sofia meneruskan hidup bersama anak-anak. Sofia punya pekerjaan yang stabil. Rezeki Allah mencurah-curah buat mereka sekeluarga. Sofia bertuah dikurniakan keluarga dan kawan-kawan yang cukup ‘supportive’.

Suami Sofia semakin parah, keluarganya dalam keadaan in-denial. Karier yang dibina selama 10 akhirnya musnah. Suami Sofia dibuang kerja. Akhirnya dia diisytiharkan muflis.

Macamana pun bekas suami Sofia, Sofia tak pernah lupa mendoakan ayah kepada anak-anaknya. Semoga suatu hari nanti dia kembali ke pangkal jalan.

Itu cerita 6 tahun dulu. Dan hari ni, Allah takdirkan sekali lagi perjalanan perkahwinan kedua Sofia terpaksa melalui proses perbicaraan mahkamah sekali lagi dengan orang berlainan.

Walaupun bukanlah seteruk situasi perkahwinan terdahulu, Sofia nekad untuk menamatkan perkahwinan keduanya yang baru berusia 2 tahun.

Kenapa? Mungkin kita boleh saambung di confession seterusnya.

Wallahua’lam.

– Sofia Imani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *