Bahagia Itu Sederhana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih jika confession ini disiarkan.

Aku seorang gadis, berusia awal 20-an. Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan di salah satu Institut Pendidikan di Malaysia.

Okey, cukup dengan pengenalan.
Aku pernah dengar orang cakap, bahagia itu sederhana. Cukup dengan buat apa yang kita suka, dan suka apa yang kita buat.
Tapi, sekarang ni, aku rasa hati aku tak gembira. Seolah-olah aku terkurung di sini (tempat pengajian aku). Berharap waktu berlalu cepat. Tak sabar nak habiskan pengajian.

Sejujurnya, cita-cita aku bukanlah untuk menjadi seorang guru. Tapi disebabkan ibu bapa aku teringin sangat tengok aku jadi cikgu, aku beralah.

Aku ingat lagi, beberapa bulan selepas keputusan SPM diumumkan, aku pasang angan-angan masuk ke matrikulasi. Belajar sungguh-sungguh. Kejar cita-cita aku. Aku nak sangat jadi dokter. Takpun ambil apa-apa bidang sains. Sebab aku lebih cenderung kepada bidang ni. Dan alhamdulillah, aku dapat tawaran masuk ke matrikulasi.

Tapi, aku kat sana tak lama. Sebab tak lama lepas tu, aku dapat tawaran ke Ipg. Mula-mula tu rasa berat hati nak pergi. Tapi bila aku tengok mak aku gembira sangat, aku tukar fikiran.
Mesti ada yang cakap aku bodoh. Tak berpendirian tetap. Kalau betul-betul nak ambil medic, kenapa tak discuss baik-baik dengan parents?
Ya, aku dah bincang dengan mak ayah aku. Mak aku kata, dia tak berniat nak paksa aku. Tapi dia tak nak aku meminjam untuk sambung belajar (ptptn). Btw, aku tak cakap ptptn tu tak bagus. No. Mak aku cuma tak mahu aku berhutang. Mak aku cakap, kitaorang bukan orang senang. Dia tak mampu nak tanggung kalau aku ambil course mahal.

Mula-mula keluar matriks tu, aku memang sedih gila-gila. Hampir tiap malam aku menangis. Sebab aku dah betul-betul jatuh cinta dengan subjek sains. Jatuh cinta teramat. Kau imagine, apa yang kau rasa bila perlu tinggalkan sesuatu yang kau cintai. Sedihkan?

Tapi, lama-kelamaan aku mula terima, takdir aku memang kat sini. Lebih-lebih lagi bila satu hari tu, mak aku cakap kat aku, yang dia minta maaf sebab halang cita-cita aku. Mak aku cakap, setiap malam sebelum tidur dia doa dan menangis, semoga Allah lembutkan hati aku untuk terima bidang ni dengan seikhlas hati. Aku betul-betul sedih bila mak aku cakap macam tu.

Terima, tak bermaksud aku bahagia ada kat sini. Penerimaan aku dalam konteks tidak mempersoalkan lagi tentang keberadaan aku di sini. Faham tak maksud aku? Macam ni, kalau sebelum ni aku selalu merungut dekat parents aku tentang pengajian aku, aku tunjuk protes (ya, aku tahu aku anak derhaka), tapi sekarang aku lebih kepada tunjuk yang aku gembira depan mak aku. Walaupun pada hakikatnya dalam hati aku ni masih ada kesedihan.
Sebab aku suka bila nampak mak aku gembira, lebih-lebih lagi bila aku score exam.

Apa-apapun, aku tak akan sesekali persiakan amanah yang diberikan kerajaan dan masyarakat. Aku sedar, pengajian kami ditaja dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Which is menggunakan duit rakyat. Duit anda semua.

Aku akan cuba menjadi pendidik yang baik. Walaupun tidak sempurna. Dan tidak akan pernah sempurna.

Doakan aku semoga tetap kuat untuk menghabiskan pengajian aku di sini. Dan semoga, satu hari nanti Allah hadirkan rasa ikhlas dalam hati aku.

Untuk mak dan ayah aku, semoga mereka mendapat pengakhiran hidup yang baik, dan kebahagiaan di akhirat sana. Mereka dah cukup banyak berkorban untuk aku dan adik beradik di dunia ni.
And I’m never blame them for this.
Wasalam

Yang benar
-insan yang lemah

– Insan yang lemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *