Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Nama aku Kay. Terpanggil untuk terus menulis selepas baca salah satu confession bertajuk Keluarga Bahagia Bukan Milikku (https://iiumc.com/keluarga-bahagia-bukan-milikku/).
Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Tak susah sangat tapi tak la kaya sangat. Ayah aku bukanlah berpendidikan tinggi, dengan sijil yang tak berapa cantik, ayah aku cuba untuk menyara keluarga dengan berniaga. Ayah aku lakukan bermacam jenis perniagaan, malangnya semuanya rugi.
Berbeza dengan ibu aku, ibu aku berpendidikan tinggi. Ibu aku cantik, berkerjaya dan bergaji besar. Allah bagi semua keindahan pada zahir ibu aku, tapi disebalik itu tersingkap sebuah kelemahan. Ibu ku seorang yang panas baran, kuat cemburu, ego. Dari aku kecil, melihat ibu & ayah bergaduh, menjerit sana sini itu sudah lali. Berkali-kali ibu aku berhentikan orang gaji, staff atau putus kawan, hanya sebab perempuan tu pandang ayah aku. Padahal ibu aku tu berganda cantik dari ayah aku.
Aku masih ingat masa kecil sekitar sekolah rendah, the only time aku dapat cium ibu aku adalah masa ibu aku tidur. Peluk, gurau mesra tu memang takdalah. Ini belum part pergi bercuti lagi. Sebab ibu aku kerja besar, kiterorang selalu dapat pergi bercuti masa ibu aku outstation. Tapi masalahnya setiap kali pergi bercuti mesti bergaduh. Kadang-kadang isu bodoh jer, nak makan kat mana. Bergaduh sampai tengking2 hmm bercuti tapi stress.
Belum lagi kalau pergi makan, adik waiter tu salah hantar order. Dia suruh panggil balik budak yang ambil order tu. Dia punya ceramah kat adik waiter, rasa nak lari keluar kedai. Sampai kadang-kadang ayah aku warn siap2 kalau kiter orang nak makan kat kedai, ‘Kalau awak bising, saya keluar,’
Ibu aku ade perangai, kalau dia suka orang tu, atau respect seseorang tu. Dia ada perangai taksub sikit. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, ada camping. Aku bagi tahu seminggu sebelum aku kene beli seluar, sebab aku takda seluar yang proper (tak koyak) untuk bawa pergi camping. Ibu aku janji nak beli sehari sebelum camping.
Malam tu masa ibu aku balik kerja, aku excited siap2 nak beli seluar. Tibe2 ibu aku cakap, dia nak pergi main bowling dengan kawan dia. Padahal dia keluar dengan kawan dia tu almost every weekend kot. Aku menangis gile-gile memberontak, sebab da janji, sekali keluar dari mulut dia, ‘Jangan nak jadi anak derhaka,’ hancur hati aku.
Mesti korang pelik kan, mak gaji besar tak kan takda seluar proper. Takda. Kiterorang beli baju setahun sekali jer masa Raya. Aku okey jer, budak sekolah rendah masa tu, yang tahu main jer. Dan sebenarnya aku faham, Ibu aku banyak tampung perbelajaan keluarga, sebab pendapatan ayah aku sikit.
Tapi bab dia keluar dengan kawan dia tu, aku memang tak boleh blah. Semua benda nak buat dengan kawan dia tu. Kalau anak kawan dia tu kemain cakap baik2, sambut birthday. Anak sendiri, serah kat orang gaji, pastu asik marah-marah jer. Ayah aku… tak banyak masuk campur, sebab kalau dia masuk campur bermaksud perang baru nak bermula.
Allah uji, masa aku kat kampus, Mak aku ada join satu program Islamik nie. Kiterorang perasan, lepas dia join program nie, baran dia memang ada kurang. Ayah aku pun tak halang sangat dia nak join, pasal Ayah aku nampak perubahan. Lepas dia join, dia angkut aku dengan adik2 aku join sekali. Tapi bila aku join, aku perasan pembelajaran ustaz nie memang jauh menyimpang. Since aku sekolah agama, so basic agama tu aku ada.
Aku bagitahu pada mak aku, tapi memang dia tak nak dengar. Aku bagitahu Ayah aku, bila dah bincang-bincang, mak aku still tak nak mengalah. Ayah aku cakap, takpa kalau mak aku still nak pergi jugak. Tapi jangan paksa anak ikut. Mak aku teruskan ikut pengajian tu. Sampai ada masa-masa tidur bermalam kat sana. Kalau ustaz tu ada pengajian kat tempat lain, semua mak aku follow, even keluar negara singapura, brunei, indonesia.
Memula kiterorang tak syak apa-apa sebab ustaz tu ada bini. Bila ustaz tu dengan bini dan anak dia turun KL, mak aku layan macam raja la. Sediakan penginapan, kereta, duit tak tahulah berapa banyak dia da labur kat ustaz tu. Sampai satu tahap, aku dapat tahu mak aku buat rumah kat perkampungan ustaz tu. Aku da pelik, bila aku tanya ayah, Ayah aku tak nak campur, ‘Tu duit mak engkau,’
Sehinggalah satu masa, mak aku cakap dia dapat jawapan dari istikharah dia, dia kene kawen dengan lelaki lain. Dia minta ayah aku lepaskan dia. Ayah aku lepaskan dia. Ayah aku cakap, biar ayah aku yang bagitahu anak-anak. Anak-anak biar duduk rumah yang ada sekarang, sebab tu rumah family.
Ayah aku kuat, dia tak tunjuk pun dia lemah. Dia tak pernah burukkan mak aku. Dia cuma kata sebab bercerai takda sefahaman. Aku tahu, Ayah aku rasa rendah diri sebenarnya, dia tak mampu beri kemewahan pada mak aku.
Sepanjang mak aku takda, ayah selalu buat kami rasa cukup kat rumah. Mujur adik2 aku semua dah besar, semua dah masuk kampus. Since aku da mula bekerja masa tu, aku selalu balik jenguk ayah. Kadang-kadang sedih bila balik rumah tengok ayah aku terbaring, pandang siling, tak makan. Aku tahu dia rasa kosong. Dia sembunyikan kesakitan dia.
Sampai masa aku nak kawen, aku takut nak kawen. Aku takut kalau aku jadi macm mak aku. Aku takut marriage aku jadi macam mak dan ayah aku, aku kesian kat anak-anak aku. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi aku suami yang baik.
Kiterorang tak kaya, tapi kiterorang bahagia. Kiterorang tak pernah bergaduh depan anak, paling-paling diam nangis sorang-sorang. Sebab aku belajar dari pengalaman mak dan ayah aku, aku dan suami pastikan we good in communication. Semua benda kita bincang baik-baik, dan jangan marah-marah. Kalau marah, jangan cakap masa marah. Nanti da bertenang bagi tahu baik-baik apa yang kita tak suka.
Anak-anak aku penghibur Ayah aku. Sikit-sikit dia dah boleh move on. Aku bersyukur, Allah bagi aku anak-anak yang baik. Happy tak banyak buat perangai, mudah di asuh. Anak-anak aku pun rapat dengan aku dan suami, tiap2 malam nak tidur mesti nak tidur dalam pelukan aku. Aku bahagia. Terima kasih Allah untuk semua nie.
Masa aku tengah sarat tunggu hari nak bersalin, aku wssp mak aku. Walau apa pun yang telah berlaku, aku tak pernah lupa mak aku. Ayah selalu ingatkan aku dan adik-adik pengorbanan mak. Aku bagitahu nak bersalin, aku minta mak doa kan aku. Tibe-tibe mak aku balas, dia akan balik sabtu nie. Aku pelik, dah kenapa? Aku takda suruh pun dia balik.
Hari Sabtu pagi Mak aku sampai rumah aku, aku tengok di cengkung nampak lemah. Aku buat biasa jer, tak nak dia malu. Dia duk rumah aku 2-3 hari, kemudian dia datang rumah family aku jumpa adik-adik. Beberapa hari lepas tu, ayah aku bagi tahu kami adik-beradik yang ayah aku nak nikah balik dengan mak aku.
Kami terdiam, entah. Kami tahu ayah masih sayangkan mak. Tak lama lepas tu, ayah aku menikah semula dengan mak aku. Aku tak da jawapan untuk setiap perbuatan mak aku. Aku bukan selayaknya nak judge dia. Ayah aku selalu ingatkan mak aku banyak berkorban untuk keluarga (dari sudut financial).
Tapi Aku yakin satu, whatever happen in our life, kita kene buat benda yang betul. Susah ke senang nie, jangan buat benda yang salah. Selalu pilih jalan yang betul. Sebab bila kita buat benda yang betul, Allah sayang kita. Allah akan hadirkan bahagia. Kebahagiaan itu akan hadir jugak.
Maaf tulisan tunggang langgang, air mata membanjiri keyboard.
– Kay
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit