Salam dan syukur ke atas semua nikmat Allah berikan. Alhamdulillah.
Dari luar orang nampak saya sangat la bahagia dan ada hidup yang sempurna.
Saya ada kerjaya yang professional. Saya ada suami yang baik dan provider. Saya ada anak kembar sepasang lelaki dan perempuan.
Saya ada beberapa rumah atas nama sendiri. Saya ada beberapa tanah sendiri. Setiap tahun bercuti luar negara. Beg berjenama mampu beli. Kereta sendiri ada, kereta suami bagi pun ada.
Alhamdulillah, saya bahagia tapi ujiannya di mana?
Masalah kesihatan.
Bila saya makan, saya sesak nafas. Bila saya tak makan, perut saya pedih. Dah jumpa doktor dan dapat diagnosis.
10 tahun menderita penyakit yang datang ON OFF tapi sekali datang 6-8 bulan nak baik.
Setiap tahun akan jadi. Sampai saya jadi anxiety dan tak tenang.
Cuba teka sakit apa?
Saya yakin ramai yang hidap penyakit ni.
Semoga Allah beri kesembuhan untuk kita semua.
Siapa yang belum sakit. Jaga la makan. Jaga waktu makan.
Jangan makan pedas yang sampai kebas bibir tu. Kurangkan makanan bergoreng. Jaga berat badan. Jaga kesihatan.
– SN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit