Assalamualaikum. First of all, aku kenalkan diri aku dulu ok.. Aku seorang balu kematian suami 4 tahun yang lepas.
Alhamdulillah.. dikurniakan 2 anak yatim sebagai amanah untuk dibesarkan.. Alhamdulillah jugak dikurniakan keluarga mertua yang sangat baik..
Walaupun selepas ketiadaan anak mereka tetap aku tetap dilayan dengan baik. Setiap bulan aku akan cuba bawa anak2 aku untuk balik ke kampung arwah suami kerana aku tak nak hubungan mereka dengan anak-anak terputus.
Untuk sekarang, aku tinggal bersama kedua orang tua ku memandangkan adik-adik aku semuanya telah berkahwin (aku anak sulung). Niat di hati aku… nak berbakti kepada mak dan abah..
Rumah arwah suami aku.. aku sewakan.. Boleh jugak sedikit sebanyak menambah pendapatan aku untuk membesarkan anak-anak aku.. Aku bekerja di dalam bidang sales so kerja aku banyak bergerak dari dalam rumah.
So, masa aku dengan anak-anak memang sentiasa ada and alhamdulillah jugak rezeki anak-anak dan aku seperti air yang mengalir.. tak pernah kering.. tak banyak.. tapi cukup untuk kami hidup bahagia dengan cara kami.
Setahun dua kebelakangan ini.. boleh dikatakan ramai yang nakkan aku tapi aku tolak dengan cara baik.. aku chinese look..
Apa yang aku nak luahkan di sini.. ada seorang lelaki.. seorang teruna yang sebaya aku dan agak berharta nakkan aku..
Pada mulanya aku cuba beri peluang untuk dia tapi aku rasa aku seolah-olah tak boleh serasi dengan dia.. dia baik alhamdulillah… cumanya bagi aku.. aku mencari suami yang mampu menjadi kawan untuk aku bercerita A-Z.
Tetapi dengan dia, aku tak mampu and aku rasa kekok untuk bercerita sebab dia sentiasa tak faham apa yang aku sampaikan sedangkan aku nak suami yang aku boleh share everything.. seperti arwah suami aku dulu.. yang banyak memahami aku dan yang sentiasa faham apa isi hati aku..
Dan paling bermasalah untuk aku.. aku rasa seolah-olah aku ni curang dengan arwah suami.. Maybe aku still tak boleh terima lelaki lain dalam hidup aku sebab sayang n cinta aku untuk arwah suami masih kuat seperti dulu.. Aku rasa suami aku masih ada di sini dengan aku dan anak-anak.
Masalah sekarang ni ialah mak aku… mak aku yang hari-hari bila depan aku selalu sangat memuji si lelaki yang nakkan aku tu.. Aku diam walau aku tak suka sebab aku taknak nanti gaduh dengan mak sebab dia. And selalu juga mak aku suruh aku text dengan dia..
Pernah juga kadang2 aku gaduh dengan mak sebab mak suruh aku keluar dengan lelaki tu tapi aku tak nak… almost setahun perkara ni berlaku. Dan kemuncaknya sebentar tadi bila aku sampai di rumah dengan anak aku. Aku nampak lelaki tu ada di rumah.
Aku diam tak kata apa even aku tak suka sebab aku fikir ni rumah mak… aku tak da hak nak halang sesiapa dari datang rumah mak.. aku masuk bilik aku tanpa sepatah kata.. 5 minit kemudian.. mak masuk bilik aku marah aku sebab aku buat tak tahu dan tak layan lelaki tu..
Aku tak nak besarkan cerita and aku nak elak dari bergaduh dengan mak.. aku keluar dari rumah drive tanpa hala tuju.. puas aku menangis and aku fikir kenapa semua ni aku yang perlu tanggung… mak text aku suruh aku berbaik dengan lelaki tu.
Mak cakap mak tak paksa aku kahwin dengan dia cuma mak suruh terima lelaki tu sebagai kawan.. masalahnya aku dah anggap dia sebagai kawan at the first place.. tapi dia cakap aku bagi harapan dekat dia.. and sebab tu aku terus buat tak tahu dekat dia tapi dia…
Setiap hari text aku wish morning.. jangan lupa makan and etc.. and aku tak reply… adik aku pujuk baku suruh aku balik.. Aku bukan nak lari dari rumah.. Aku cuma nak mengelak dari terus bertekak dengan mak..
Aku sedih sebab mak aku lebih kesiankan lelaki tu berbanding aku.. Mak yang sepatutnya lebih faham keadaan aku dan isi hati aku tapi jadi sebaliknya..
Pada mak.. Aku tak boleh kahwin dengan orang luar dari negeri kami tinggal… itu tak boleh and ini tak boleh.. Seolah-olah mak yang nak tentukan dengan siapa jodoh aku..
Sejak aku putuskan untuk tak melayan lelaki tu.. aku nak keluar bekerja pon masalah..mak macam fikir aku keluar dengan lelaki lain..
Tapi kenapa dengan lelaki tu mak beria ia sangat suruh aku keluar.. Ish tak faham lah… sebab dia hidup aku jd kelam kabut..
Hidup aku selama arwah suami dah tak da.. Aku tak pernah susahkan orang… aku ada or tak da masalah aku pendamkan sorang-sorang..
Aku tak pernah meminjam duit dengan orang… aku hidup dengan anak-anak aku tanpa sedikitpon bantuan orang.. Malah aku menanggung mak dan abah..
Aku cuma nak mak faham aku.. Aku nak mak biar aku buat keputusan untuk hidup aku sendiri.. Aku dah 38 tahun.. Aku ada hidup aku sendiri.. Aku jugak nak mak support aku dari segi semua benda.. Tapi tak.. Aku tak dapat semua tu..
Aku dah la kematian suami.. Dengan siapa lagi aku nak menumpang kasih kalau bukan dengan mak sendiri.. Siapa lagi nak faham aku macam arwah suami faham aku kalau bukan mak aku sendiri..
Aku letih hidup macam ni… macam2 aku dah lalui since arwah suami meninggal.. Aku tahan aku sabar… tapi hari ni.. Sabar aku semakin menipis…
Sebab lelaki tu.. Hubungan aku dengan mak menjadi keruh.. Aku jadi marah dan semakin lama aku rasa macam benci dekat dia.. Sebab hang lah.. aku tak ok dengan mak aku..
Kenapa perlu lagi nak bagi macam2 dekat mak aku walaupun dah tahu aku tak nak dekat dia… aku dah terus terang aku tak nak… tapi dia cakap nak usaha.. masalahnya usaha dia buat aku semakin bermasalah… kenapa perlu memaksa aku…
Kenapa tak boleh biarkan aku hidup happy dengan anak-anak aku.. If tak nak membantu… biarkan kami hidup dengan cara kami sendiri… kalau betul sayangkan aku seperti yang dikatakan… doakan aku bahagia.. Sayang n cinta tak semestinya memiliki..
Please korang.. Doakan aku kuat dan semakin kuat untuk besarkan anak-anak yatim aku…
– Rara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit