Bahagiakah Kau?

Assalamualaikum, Nama aku Atia (bukan nama sebenar). Berumur dalam lingkungan 30-an. Terima kasih andai luahan saya dipublish. Berbalik kepada tajuk saya “Azan BAHAGIAKAH KAU?”

Siapa Azan ini sebenarnya? Azan ini EX Bf aku. Perkenalan singkat diantara aku dan Azan membawa impak yang sanggat-sanggat mendalam dalam hidup aku sehingga kini.

Aku berkenalan dengan Azan melalui datting apps.

So korang fahamkan. Bila kenal dengan lelaki dekat datting apps ni bukan semua lelaki bujang, kebanyakkan adalah SUAMI ORANG YANG ACAH-ACAH BUJANG!

Dipendekkan cerita aku kenal dengan lelaki lindungan tuhan ni sekitar julai tahun lepas. Awal-awal semuanya nampak baik, elok,sempurna.

Azan orangnya tinggi lampai, boleh dikategorikan hensem pada pandangan aku lah. Nak dijadikan cerita Azan kantoi dengan aku.

Azan adalah SUAMI ORANG YANG MENGAKU BUJANG. Huhu.

Lepas sahaja aku dapat tahu Azan Suami orang aku nekad mintak putus dan tuntut semua duit yang dia pernah pinjam dengan aku dulu. Selesai dengan aku.

Aku ingatkan aku seorang je perempuan malang yang Azan perbodohkan, Rupanya ade lagi perempuan lain yang jadi mangsa si Azan.

Isteri Azan Aku gelarkan Suri. Ade perempuan cari Suri dan bertanya kepada Suri siapa Azan pada sebenarnya.

Suri cakap Azan suami Aku. Maka bermulalah krisis rumahtangga antara Azan dan Suri. Sekali Azan kantoi curang dengan perempuan lain. Suri nekad untuk bercerai dengan Azan.

Baru-baru ini aku ade stalk FB Suri dan Azan. Aku nampak Suri dah mula move on. Sedangkan Azan pulak banyak share lagu-lagu jiwang, update status acah-acah ditinggalkan bagai. Haha, nak tergelak aku.

Aku pernah kongsi cerita mereka dengan kawan baik aku. Aku cerita ape benda yang aku nampak diFB Suri dan Azan. Jawapan kawan aku buat aku tersentap. Itu adalah KIFARAH untuk Azan.

Bila aku tanya kenapa, Kawan aku pon cakap sebelum ini Azan ade isteri yang penyayang, walaupun isteri Azan nampak ‘boyish’, kasar, tapi ade seorang perempuan untuk layan Azan dirumah.

Sekarang ni lepas mereka bercerai. Azan sunyi, bosan.

Kalau ikutikan sekarang lagilah Azan boleh jadi playboy, angkut perempuan sana sini, boleh buat sesuka hati dia. Tapi kenapa Azan meroyan di Fb, sebab itulah kifarah.

Bila isteri ada, anak ada, Azan tak hargai, malah khianati. Orang yang aniaya orang lain Hatinya tidak tenang.

Jadi inilah balasan untuk Azan.

Sekarang aku tengok Suri semakin bahagia dengan anak comel dia. Aku perasan Suri semakin sibuk melayan hobi barunya. Makin smart Suri makeup kereta dia.

Sedikit kepuasan kat hati aku, Bila Suri Rampas kereta kesayangan Azan, huhu.

Lupe aku nak bagitahu, selama ini Azan hanya menumpang kemewahan isteri dia sahaja. Sekarang Azan tanggung hutang seorang diri.

Azan berubah lah sebelum terlambat, 2 kali kau gagal dalam perkhawinan.

Perkahwinan pertama kau dapat 2 anak perempuan yang sangat-sangat comel. Kau tak takut kah anak perempuan kau diperlakukan sebegitu oleh lelaki lain?

Masih lagikah kau nak teruskan perangai kau yang suka mainkan hati perempuan diluar sana? Sampai bila Azan? Berubahlah. Anggap ini peluang untuk kau perbetulakn diri kau dan kembali pada Allah.

Aku akan doakan yang terbaik untuk kau, walaupun kadang-kadang rasa kau ni tak layak untuk didoakan. tapi siapalah aku nak hukum kau. Semoga allah jentik hati kau berubah. Amin.

Buat perempuan diluar sana, berhati-hati dengan dating apps! Jaga diri, jaga maruah kita sebagai seorang perempuan dan juga sebagai seorang muslim. Hugs!

– Atia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *