Bahagiakah Tanpa Cinta? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bahagiakah-tanpa-cinta/).

Assalamualaikum. Puan Kumbang kembali. Mengurut dada aku baca komen korang ya. Mungkin sebab tak bagi salam untuk first confession, teruk jugak kena kecam. Haha. Kemain ya sampai doakan Abdul bukan-bukan. Nauzubillah.

First of all, confession aku tu bukanlah untuk menceritakan pasal cinta aku laki bini tapi lebih untuk mengajak adik Aina yang dalam confession Ajarkan aku Cinta, dia takut untuk mencintai suaminya kerana peristiwa hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Sedangkan mengikut description adik Aina, suaminya baik2 saja.

Niat aku untuk mengajak bukan saja adik Aina tapi mana2 isteri yang mempunyai suami yang cukup syarat sebagai suami yang mithali, baik, tidak menzalimi tapi tidak lagi merasakan cinta dalam perhubungan yang halal ini, untuk bersyukur dan menerima seadanya.

Mungkin penggunaan metaphora aku tidak kena, maklumlah aku bukan penulis novel. Aku bukanlah tidak mencintai Abdul, seperti yang aku katakan aku tidak ingin menukarkan rasa bahagia yang aku miliki ini dengan rasa cinta olahan drama atau novel.

Rasa aku pada Abdul bukan lah seperti cinta anak muda yang bergelora dan penuh kata2 cinta. Aku serahkan jiwa raga aku pada Abdul, walaupun tanpa rasa cinta mengikut standard piawaian cinta moden.

Back to my point. Few months back, seorang kawan meluahkan kesalan padaku. Dia seorang isteri, mempunyai anak dan suami. Aku tidak mengenali suaminya tapi aku menjenguk ke laman sosial kawanku itu. Pada pandangan kasar, okey saja.

Ada birthday,sambut. Ada cuti, berjalan. Tapi kawanku ini, hampir tersilap langkah. Dek kerana kesibukan suami (katanya) dan sebuah reunion. Reunion yang menemukannya dengan kawan lama. Bermula dgn bertanya khabar biasa, hingga ke perbualan mesra.

Aku tidak mahu mengulas sejauh mana perhubungan itu berlaku, tapi kawanku menyalahkan rasa bosan,fed up dalam perhubungan yang menyebabkan dia mencari sedikit kasihsayang atau mungkin cinta yang tidak dirasakan lagi dalam perkahwinan. Atau mungkin ini alasannya saja.

Sebab itulah aku kata, hati kita ini, bukan milik kita. Doalah senjata kita. Baik hati kita, mahupun hati pasangan.

Pertama, sayangilah diri sendiri dulu. Jika kita tahu menyayangi diri sendiri, pastinya kita tidak akan melakukan sesuatu yang akan melukai bukan sahaja soul dan pride kita, tapi juga soulmate kita.

Bina jatidiri seorang isteri, strength your innerself secara diam. Bukan utk memberontak, tapi untuk persediaan. Balance yourself between being a woman and being a wife. Aku mempunyai kepercayaan, isteri yang terrrlaluuuu independent akan mencipta suami yang “panjang langkah”.

Jadi, jangan biarkan kekuatan isteri memakan diri. Cukuplah kau sorang tahu kekuatan kau. Jangan nampak di mata suami. Biarkan suami nampak isterinya seorang yang lembut, seorang isteri memerlukan suami di sisi. Suami harus rasa si isteri memerlukannya.

Kedua, jika suami sudahpun menjalani tanggungjawab dengan baik, cinta macam mana lagi yang hendak dicari.

Aku setuju dengan kecaman anda semua, katanya aku tidak bersyukur (walaupun pada hemat aku, korang salah faham je). Kalaulah kau tahu betapa syukurnya aku memilih Abdul yang boring itu menjadi suamiku, 10 sujud syukur belum tentu cukup untuk menyatakannya literally.)

Tapi tidaklah perlu kita terrrlaluu tunjukkan rasa itu pada orang yang kita sayang. Kerana andai terrrrlaluuuu tinggi pengharapan kita letakkan pada manusia, andai jatuh tersembam ke bumi, maka terrrrlaluuu sakitlah yang kita rasa.

Letaklah pengharapan itu pada yang lebih Hakiki. Insyaallah rasa bahagia itu pasti ada.

Ketiga, hormatilah suamimu. Jikalau benarpun sudah/ masih tiada cinta, ada sesuatu yang lebih dalam dan kukuh dari cinta itu sendiri, iaitu ikatan perkahwinan itu sendiri.

Jika kau rasa ini adalah ujian bagi mu, semoga Tuhan kurniaan balasan bagi orang2 yang sabar. Tapi hormat dan taat pada suami itu wajib, selagimana dia tidak memudaratkan dirimu.

Last sekali, berdoalah. Bukan untuk cinta semata2, tapi utk rasa bahagia tu juga. Cinta itu memenatkan, tapi bahagia itu menenangkan.

Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan hati aku dan hati Abdul sentiasa memerlukan each other. Sekian

– Puan Kumbang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *