Assalamualaikum semua.
Aku gadis bertudung labuh berusia pertengahan 20-an. Bujang dan masih single. Graduan dan sudah berkerjaya. Nak kata lawa tu entahlah. Tapi aku pernah terdengar-dengar perbualan yang menggelarkan aku sebagai bidadari.
Haha, sorry la terpaksa sebut benda yang buat orang jadi muak macam tu. Aku kena describe betul-betul tentang diri aku, supaya pembaca faham apa yang aku cuba sampaikan.
Baik, sebenarnya entry ni tentang jodoh saja sebenarnya.
Sejujurnya, kadang-kadang aku kecik hati jugak bila masuk bab jodoh ni.
Disebabkan kelebihan yang aku ada, boleh dikatakan berkali-kali jugaklah aku dipinang dan dilamar. Tapi setakat ni, semuanya terpaksa aku tolak. Bukan sebab jual mahal atau demand terlebih. Tapi sebab alasan menyakitkan hati daripada pihak lelaki bila ditanya kenapa pilih aku.
Ada seorang ibu daripada pihak lelaki ni, dia pinangkan aku untuk anak lelaki dia yang playboy. Dia bagi gambar anak dia pada aku suruh simpan. Dia kata, harap aku boleh bimbing anak dia.
Ada juga kakak pihak lelaki yang meminang aku untuk adik dia yang penagih dadah.
Dan di kebanyakan kes, si lelaki tu sendiri yang datang melamar aku. Bersungguh pujuk aku supaya terima lamaran dia, dengan alasan yang dia sukakan perempuan beragama macam aku.
Tapi korang nak tahu? Bila aku selidik-selidik, rupa-rupanya si lelaki ni tadi baru je putus tunang. Tunangnya kahwin dengan lelaki lain dan tinggalkan dia. Dia belum boleh move on pun.
Kekadang tu, ada juga lelaki yang aku selidik latar belakangnya ni, diorang lamar aku sebab diorang dah puas hidup berfoya-foya. Senang cakap, couple biar dengan sexy ladies, kahwin biar dengan niqabis. Aku pun tak tahu apa yang dia harap dari aku sebenarnya. Dan di mata diorang, aku tertanya-tanya, di mata diorang, kat mana diorang letak darjat aku?
Aku kecik hati sangat tentang yang ni. Diorang buat perempuan acah-acah ‘baik’ dan lembut ni macam pelepas sesak diorang aje. Kadang-kadang bila aku dapat tahu bahawa itu sebenarnya alasan diorang pilih aku, aku nangis sorang-sorang aje tetengah malam. Alasan-alasan diorang tu buat aku terasa yang aku ni sekadar alas kaki diorang je. Setakat dianggap sebagai pelepas sesak aje aku ni?
Aku ni nak bimbing diri sendiri pun payah, inikan pulak nak bimbing orang lain. Dah tu, kalau setakat kawan-kawan perempuan, bolehlah lagi aku try bimbing yang mana mampu. Itupun kalau dia yang tak nak berubah, aku tak boleh nak paksa apa. Sebab pilihan di tangan dia.
Tapi kalau nak cuba bimbing seorang lelaki yang bergelar ketua keluarga, aku surrender. Ingat senang ke nak bimbing orang ni? Aku ni, disebabkan cuba bimbing keluarga aku sendiri la (mak, ayah & adik-adik), akhirnya aku end up didiagnose menghidap depression. Dekat 10 tahun kut aku cuba didik diorang, sampai sekarang pun bab solat diorang still tak pass. Ikut suka hati aje rasa nak solat ke tak. Tu belum masuk bab aurat dan pergaulan. Adab memang lagi entah ke manalah.
Macam mana aku nak bimbing suami kalau macam ni? Silap hari bulan, mau aku pun give up. Mau makin teruk depression aku. Itu kira okey lagi. Paling aku takutkan adalah terjebak sekali dengan dunia dia.
Aku sendiri mengaku, aku tak kuat mana. Perjalanan hidup aku yang baru suku abad ni pun dah cukup buat aku serik. Macam-macam yang aku lalui di sepanjang nak membaiki diri. Kena hentam dengan keluarga sendiri tu jangan cakaplah. Perit dia Allah aje yang tahu.
Pembaca yang dah kahwin mesti boleh faham macam mana peranan dan pengaruh suami dalam hidup seorang perempuan kan. Sangat banyak bezanya antara kawan dan suami. Kebanyakan perempuan akan ikut agama suami dia. Baik suami, baik jugalah isteri dia. Sama jugalah kalau sebaliknya. Vice versa.
Jangan bandingkan aku dengan Asiah isteri Firaun ke apa. Kan aku dah kata tadi, aku ni tak kuat mana. Baru bimbing keluarga sendiri dah jatuh depression. Nak ambil risiko kahwin untuk membimbing suami, lagilah aku tak berani. Asiah sendiri pun sampai ke sudah tak berjaya mengislamkan Firaun. Inikan pula aku.
Aku kalau boleh, nakkan pasangan yang boleh memudahkan lagi aku mendekati Allah, bukan yang menyusahkan aku. Bukan juga yang mempergunakan agama untuk menganiaya isteri dia.
Aku nak yang sama-sama boleh saling membimbing dan berpimpin tangan di atas jalan Allah. Aku pun boleh mujahadah dan berusaha baiki diri sendiri, dia pun sentiasa berusaha juga baiki diri dia.
Aku tak harap pun yang level ustaz-ustaz tu semua. Lagipun aku dah biasa dah, ustaz-ustaz memang tak nak kat aku pun. Alasan diorang, perempuan macam aku ni terlampau baik untuk diorang. Diorang malu. (Pulakkkk dahhh…)
Yang baik, kata kita ni baik sangat. Yang tak berapa baik plak, buat kita ni alat pelepas sesak.
Aku anggap, mungkin belum jodoh aku ajelah. Lagipun, bila aku tanya betul-betul pada diri aku, memang aku belum bersedia pun.
Sudahnya aku pun pasrah pada Allah. Kalau yang datang pada aku tu cuma calon-calon yang boleh memudaratkan hubungan aku dengan Allah, harapnya aku boleh tabah teruskan hidup tanpa suami.
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit