Bahana Ain

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ingat saya tak? Dahulu saya selalu kongsi kisah mistik dalam IIUM Confession. Oleh sebab kekangan masa jadi dah jarang saya shared cerita baru dengan kalian semua.

Hari ini saya nak kongsi bab penyakit Ain.

Ain…

Suka melihat rupa yang cantik, yang lawa, yang manis, yang comel dan serupa dengannya.?

Suka memuji rupa yang cantik, yang lawa, yang manis, yang comel dan serupa dengannya.?

Mestilah suka kan.? Siapa yang tidak suka pada sesuatu keindahan.? Lebih-lebih lagi jika yang indah itu adalah anak kita, adik beradik kita, pasangan kita, keluarga kita ataupun kawan-kawan kita. Betul tak.?

Jadi, sebelum meletakkan sesuatu pujian terhadap keindahan itu… Mulakan lah dengan… ‘MASYAALLAH… TABARAKALLAH’ supaya yang dipuji itu terlepas daripada penyakit Ain…

Contohnya…

Masyaallah tabarakallah cantiknya kamu…

Masyaallah tabarakallah comelnya kamu…

Masyaallah tabarakallah pandainya kamu…

Dan…. Begitulah seterusnya…

Apa itu penyakit ‘Ain…?

Saya yakin mesti semua tahu apa itu penyakit ‘Ain kerana ianya sedang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Bagi yang masih tidak mengetahui nya mari saya terangkan serba sedikit apa itu penyakit ‘Ain semoga ianya bermanfaat kepada para pembaca.

Penyakit ‘Ain ini adalah penyakit yang tidak asing lagi bagi umat Islam.

Penyakit ‘Ain ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata samada terlalu sukakan (obses) kepada kecantikan dan kejayaan (taksub) seseorang itu ATAUPUN pandangan mata yang tersimpan perasaan iri hati dan hasad dengki ke atas kecantikan atau kejayaan seseorang…

Pandangan mata yang boleh memengaruhi perasaan dan fizikal seseorang.!!

Penyakit ini bukannya sihir tau tetapi bahananya adalah sama seperti sihir kerana si pengidapnya akan kelihatan sangat menderita keadaannya sama seperti terkena sihir.

Makluman bersama, sihir ini melibatkan antara manusia dengan jin. Berbeza pula dengan Penyakit ‘Ain.

Ia akibat pandangan mata seseorang kepada seseorang yang lain tidak kiralah samada memandang bersama pujian (taksub) ATAUPUN memandang dengan perasaan hasad dan dengki.

Ia tidak semestinya terjadi dengan ‘up’ gambar atau bercerita di sosmed sahaja. Ia juga boleh terjadi di sekeliling kita…

Jadi sentiasa berpada-pada lah menayang kebahagian dan kesenangan kita supaya kita dijauhi daripada Penyakit ‘Ain ini. Sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara supaya ia tidak menarik perhatian mata yang memandang sehingga menjurus kita mendapat ‘panahan mata jahat’.

Antara tanda-tanda terkena Penyakit ‘Ain

1. Wajah nampak pucat kekuningan sama seperti bayi kena kuning.

2. Tubuh badan yang selalu lemah dan tidak bersemangat. Sentiasa menggigil seperti takut dengan sesuatu.

3. Badan selalu demam panas secara on off.

4. Emosi yang tidak stabil dan selalu marah-marah tanpa sebab, anxiety, stress dan ada yang sampai takut dengan cahaya.

5. Dibenci oleh ahli keluarganya sendiri dan orang sekeliling sehingga boleh menyebabkan dia hilang jawatan, kehormatan, harga diri. Jika seseorang itu berniaga, perniagaannya lingkup sebab tiada semangat untuk berusaha.

6. Bermimpi sesuatu yang pelik seperti dikejar sesuatu tetapi tidak tahu apa yang mengejar nya.

7. Ada juga yang mengalami sakit-sakit seperti terkena sihir tetapi bila dirawat, perawat kata bukan sihir.

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐ข ๐ง๐ฒ๐š ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐ข๐ง๐๐š๐ซ๐ข๐ง๐ฒ๐š.

Sekiranya kita perasan antara 7 tanda-tanda itu ada pada kita.

1. Bertaubatlah. Buat solat taubat dan mohon keampunan Allah SWT sekiranya ada melakukan sesuatu perkara yang telah menyakitkan hati orang atau timbul rasa megah diri apabila diri dipuji dan disanjung oleh orang lain.

2. Segeralah mencari penawarnya dengan membaca sendiri ayat-ayat ruqyah yang ada terkandung di dalam Al-Quran atau minta tolong orang lain turut sama membacakannya, in Sha Allah penyakit tersebut akan pulih dengan izin-Nya jika dilakukan secara istiqamah. Cuma, ia mengambil masa untuk pulih.

Untuk pengetahuan semua, penawar penyakit Ain ini ada pada diri kita sendiri .

๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐ข๐ง๐๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ‘๐€๐ข๐ง ๐ข๐ง๐ข ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š.

Amalkan bacaan Surah Al-Mulk sebelum tidur. Alhamdulillah saya juga sudah mula mengamalkannya kerana Al-Mulk mempunyai banyak kelebihan selain menjadi pendinding kita daripada sihir, gangguan jin dan juga iblis laknatullah. Tidak hafal..? ‘Handfon’ kan ada…

Sebelum buka ruangan sosmed, luangkanlah masa untuk membaca Al-Mulk demi kebaikan kita dan ahli keluarga kita…

Sebelum memejamkan mata, maafkanlah kesalahan orang kepada kita tidak kiralah apa juga yang dilakukan kepada kita. Ia akan membuatkan hati kita dan mereka yang telah kita maafkan juga menjadi tenang. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT kerana Dia yang Maha Berkuasa dan sebaik-baik pelindung,

Setiap kali keluar rumah, bacalah ayatul Kursi sebagai benteng. In Sha Allah ia akan menjadi pendinding kepada kita daripada perkara yang buruk, salah satunya adalah Penyakit ‘Ain.

Amalkan juga doa,

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽุง ูŠูŽุถูุฑู‘ู ู…ูŽุนูŽ ุงุณู’ู…ูู‡ู ุดูŽูŠู’ุกูŒ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽู„ูŽุง ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ููŠุนู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู

‘Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami’ul ‘alim.

(Dengan nama ALLAH yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan merbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)’

Doa-doa yang dibaca perlulah istiqamah untuk menjadi pendinding diri daripada segala hasad dengki manusia atau Penyakit ‘Ain yang mungkin ada di sekeliling kita. Wallahualam….

Terima kasih kerana sudi membaca sedikit penulisan mengenai Penyakit ‘Ain ini dan ia adalah satu perkongsian ilmu yang saya dapat lalu saya kongsi kan bersama pembaca yang lain. Yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk adalah daripada diri kita sendiri…

Bersama ini juga saya kongsikan juga pengalaman saya ketika saya berdepan dengan salah seorang daripada kawan saya yang pernah terkena Ain.

Apabila terkena penyakit Ain… Tak ada siapa yang mambu membantu lagi melainkan diri sendiri dan pertolongan daripada Ilahi. Taubat dan sentiasa bertaubat mohon daripada Allah SWT kesembuhan yang sempurna. .

Saya pernah hadap orang terkena Ain… Derita dia hanya Allah SWT yang tahu. Merangkak, mengensot dan adakalanya terpaksa minta bantuan orang untuk ke mana-mana kerana badan tidak seimbang. Sentiasa dalam keadaan takut dan bimbang. Tapi entah apa yang dia geruni pun saya tidak tahu.

Dengan belas datang bertemu saya bertanya jika ada sesuatu penampakan di sisinya. Maklumlah saya ni kan orang yang paling pelik di perumahan tersebut. Sayangnya semua hanya kosong. Tiada apa yang mengganggunya. Lalu dengan yakin saya berkata…

“Kamu terkena Ain…” Terpinga-pinga lelaki itu memandang saya kerana dia langsung tidak mengenali siapa Ain.

Saya ketawa kecil dan mula bercerita tentang Ain kepadanya.

“Solusinya?” Soalnya lagi.

“Penawarnya ada pada kamu sendiri. Bertaubatlah dan minta pertolongan darinya Allah SWT.” Jawab saya perlahan.

“Tapi atas dosa apa saya nak bertaubat? Saya tak aniaya orang jauh sekali sakitkan hati orang..” Soalan juga dalam nada perlahan.

“Bertafakur sejenak dan muhasabah diri…” Jawab saya ringkas.

“Ya Allah… Mungkin sebab saya terlalu suka show off, tunjuk kebahagiaan, tunjuk harta dan itu mendatangkan sakit hati kepada orang lain…” Akhirnya dia jawab soalan dia sendiri.

Saya menggeleng perlahan.

“Rasa kagum yang melampau tanpa mengucapkan syukur kepada Allah yang memberi kelebihan juga mampu membuatkan orang yang kita kagumi itu terkena Ain…” Terang saya lagi.

“Lantas..?” Pendek sahaja soalannya.

“Bersederhana… Sentiasa bersederhana dalam setiap perbuatan… In Shaa Allah kamu akan selamat daripada Ain…” Jawab saya sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli maggie kari yang ketika itu baru berharga 50 sen sepeket.

– Adik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Terima kasih atas ilmu & info yg diberi.. mmg dah lama tahu tentang โ€˜penyakitโ€™ ni.. cuma nk buat amalan suma tu yg kdg2 โ€˜beratโ€™ ckit.. insha Allah, dgn berbekalkn semangat & iman yg kuat, ianya dpt dibuat dgn ikhlas kerana Allah taโ€™ala.. cbs bebaskn diri dari sifat โ€˜suka menunjukโ€™ kekayaan, kebhagiaan dan kejayaan yg dimilikki.. betapa ramai yg menunjukkan โ€˜resultโ€™ periksa ank2, yg dpt straight Aโ€™s, berapa ramai yg buat content โ€œhouse tourโ€ atau berjalan2 mkn angin d luar negara, misalnya.. ada jugak yg mnunjukkan betapa bhagia dpt pasangan spt yg diidamkan, dsb.. adakah kita sedar, bhw di luar sana, ada pasangan yg x bhagia dan mnunggu mse nk berpisah je, ada ank2 yg x lulus cemerlang, w/pon telah berusaha, ada juga yg belom dpt memilikki sebarang aset atau dpt pekerjaan yg baik.. dlm mereka โ€˜mngeluhโ€™ x dpt semua itu, mngkin hati mereka akn timbul โ€˜cemburuโ€™ melihat posts org lain yg โ€˜berjayaโ€™, dan scara x sedar, terkeluar dari mulut mrk doa2 yg x sepatutnya dilafazkan.. kita x bole nk โ€˜kawalโ€™ apa yg org kata kpd kita, tambah lg dlm medsos yg terlalu ramai yg melihat & membacanya.. so, beringat la, sbelom โ€˜terjebakโ€™ dgn penyakit โ€˜Ain ini.. wallahu aโ€™lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *