Assalamualaikum dan hi, nama Sarah (bukan nama sebenar). Thank you admin approvekan confession saya. Sebenarnya dah lama teringin nak confess tapi tak ada topik nak diconfesskan. Tapi hari ini ada, dan bertajuk ‘bahana game’. Sekarang aku bergelar mahasiswi di salah sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan dan aku menetap di asrama yang disediakan oleh tempat pengajianku.
Al kisahnya, seorang roomate yang aku namakan Jaja (bukan nama sebenar) baru je bergiat dalam satu game yang hangat dimainkan sekarang, sebab sebelum ni dia jarang main game, dan selalunya dia layan kartun, tak pun movie time masa lapang. Aku tak kisah, kau buat lah apa kau suka asalkan tak ganggu hidup aku.
Di sini, jadual kelas sangat fleksibel, bermaksud kami boleh memilih waktu kelas yang kami mahu. Aku register kelas selepas zohor, iaitu pada jam 2 petang, bermakna waktu pagi aku kosong, jadi aku manfaatkan waktu pagi dengan buat revision/home work untuk subjek petang. Jaja pula daftar kelas pagi dan habis sebelum zohor. Haritu Jaja habis kelas, balik bilik, dan terus main game. Korang tahu kan macam mana game tu dimainkan.
Aku pula jenis yang perlu tidur sebelum zohor, sebab aku tak nak layu dalam kelas. Malangnya, aku tak boleh nak tidur. Why? Sebab Jaja agak mengganggu aku, “haa kat situ kat situ!” “Tembak! Tembak! ” “okay, okay aku bukakan tingkap” dengan suara agak kuat. Dan untuk pengetahuan korang, dia main sampai malam, dan sampai pukul 12 tengah malam, dia still tak tidur lagi, masih ligat main game. Sebelum ni, kalau pukul 11 tu dia dah off lampu dan tidur.
Hari jumaat, majority students kat sini tak ada kelas, tapi ada je kalau orang nak register jugak hari jumaat punya kelas. Aku tak register any Friday classes. Jadi, aku gunakan pagi jumaat untuk basuh baju. Dah siap membasuh, aku nak balik bilik untuk ambil penyepit, sampai je depan pintu, ‘eh? dah kenapa pintu dikunci?’ Aku tak sure roomates aku ada kelas ke tak hari jumaat.
Aku dah gelabah, ‘tak kan lah semua roomates aku ada kelas sama waktu, plus Jaja bukan jenis yang register kelas hari jumaat’. Aku try ketuk pintu, tak ada respon. Ketuk lagi, siap panggil nama sorang sorang, still tak buka jugak. Letak telinga tepi pintu, tak dengar apa apa. ‘ish, tak kan lah Jaja nak kunci aku’ sebab kalau selipar aku tak ada depan pintu, itu bermakna aku ada sekitar bilik, so dia tak akan kunci pintu.
‘Apa aku nak buat?’ ‘Minta tolong orang pergi office asrama ambilkan kunci?’ ‘Atau pergi pinjam jubah dan tudung sesiapa dan pergi ambil kunci di office?’ Aku ketuk lagi, berkali kali, pulas tombol pintu macam orang gila, still tak dibuka. Ke hulu ke hilir, tiba tiba, ada sorang siswi yang cantik lagi baik datang dan cakap “Bilik terkunci ke? Saya tolong awak, ye.. Sebab saya dari atas nampak awak dari tadi tak masuk masuk bilik”
Dipendekkan cerita, lepas aku berjaya masuk bilik dengan bantuan siswi cantik tadi, aku saja nak tengok compartment roomates aku, betul ke semua tak ada dalam bilik, ke ada yang buat buat tak dengar. Korang tahu apa aku nampak? Jaja tidur, guys!!! TIDUR!!!?!?! Aku ketuk pintu macam orang nak pecah rumah, dia tak dengar??!?!? Aku tak syak lagi, ini mesti sebab dia melayan sangat game tu sampai tak cukup tidur, sampai aku terkunci kat luar pun tak sedar, aku ketuk pintu macam nak pecah still tak terjaga.. Apa nak jadi ni?
Memang salah Jaja sebab tak reti nak urus masa dengan betul, bila patut main, bila tak patut main. Tapi, still aku nak cakap yang game tu sedikit sebanyak mempengaruhi roomate aku yang sorang ni. Jadi, untuk orang di luar sana, please, waktu tidur, tidur. Waktu study, study. Waktu kerja, kerja. Berhibur itu boleh, tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman orang lain. Sekian sahaja coretan dari ku.
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit