Bahana Games dan Handphone

Hai semua. Dari tajuk itu sahaja mesti semua tahu dan faham. Ya, pasal permainan dalam telefon atau games.

Ada berbagai games boleh dimain macam games tembak2, games fashion, masak-masak pun ada. Pokoknya macam-macam games dok ada kan..

Dan ianya bukan satu kesalahan untuk bermain games. Salah satu benda yang boleh melepaskan tension atau stress sekiranya digunakan dengan betul.

Kenapa? Ianya juga boleh menjadi “malapetaka”terhadap individu mahupun orang lain.

Okey, macam nie. Ada satu kes sampai ke pengetahuan saya. Ada seseorang bercerita tentang perihal anak buahnya yang baru berusia 7 tahun. Katanya, anak buahnya itu sangat obses dengan handphone dan games.

Jika handphone diambil, anak buahnya boleh mengamuk sakan sehinggakan pernah kaki anak buahnya sampai ke muka ibunya sendiri serta meludah-ludah ke arah ibunya. Belum lagi dia keluarkan kata-kata kesat.

Ibunya pernah cerita, dia sebenarnya tak berapa suka anaknya itu main handphone tetapi telah diajar main handphone oleh Ayahnya sendiri. Mahu anak duduk diam dan tak menangis, Ayahnya bagi handphone tanpa ada limit masa.

Sejak itu, anaknya tak boleh lepas handphone. Handphone itu kalau disentuh oleh adiknya yang berusia 4 tahun, selamba dia tolak sampai terlentang adiknya itu.

Bukan itu sahaja, kalau ada saudara mara datang, anak itu takkan bersalam. Tidak peduli kerana matanya ralit main handphone.

Paling biadab, dia cuma jeling sahaja tetamu yang datang. Ayahnya sekarang seakan menyesal kerana terlalu memanjakan anak dengan games dan handphone. Akibatnya, si anak itu jadi sedemikian sehingga menjadi sangat kurang ajar..

Itu cerita anak kecil yang obses handphone dan games. Ini cerita anak remaja pula. Juga obses main games dalam handphone. Main games perang-perang macam tuelah.

Apa yang sedih, kerana games anak tersebut sangat malas membuat kerja lebih-lebih lagi kerja rumah.

Tatkala disuruh, berbagai alasan dilontar. Tapi semakin hari semakin kurang ajar perangainya. Tahan dia berkurung seharian dalam bilik demi main games.

Tengah malam, kedengaranlah dia menjerit2 sebab games itu boleh main secara berkumpulan.

Keluarlah perkataan berbaur carutan sehingga sanggup mengeluarkan perkataan mencarut terhadap keluarga sendiri akibat ditegur kerana terlalu obses main games. Senang kira, kerana games sanggup jadi anak derhaka!

Pada saya, tak salah nak main games apapun. Tetapi kena berpada dan tengok keadaan serta kesesuaian. Sebabnya, saya melalui sendiri tatkala anak-anak buah ralit dengan handphone, satu apapun tak jadi.

Jadi tak mahu bersalaman dengan orang or tak mahu bercampur gaul dengan orang.

Dan saya lihat juga segelintir sepupu sepapat saya yang terlalu ralit main games, bila kalah mereka bakal keluarkan kata-kata yang kurang enak. Menyumpah seranah.

Pernah sepupu lelaki saya kata, baguslah suami kaki games dari suami kaki perempuan, kaki judi atau kaki botol. Ye, tak dinafikan tapi kalau sampai isteri minta tolong sikit pun banyak dalihnya sebab games punya pasal, tak bagus jugak.

Maaf andai kata penulisan saya ini ada guriskan mana-mana pihak. Bukan apa, sedih tengok terutama sesetengah budak-budak remaja sekarang sebab games sampai jadi anak kurang ajar.

Sebab pernah berlaku di depan mata saya. Dengan tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mak Ayah…Di beri nasihat, dikatanya dikongkong dan sekat kebebasan dia.

Saya pun main games jugak. Adalah games Candy Crush Saga, games teka teki luar dari kotak, games memasak dan games Drop Your Number.

Sekurangnya mengasah IQ dan minda. Ada jer games berfaedah. Cuma diri kita nie jer memilih yang mana. Nak yang baik ke atau nak yang lalai. Itu semua di tangan kita sendiri…

– Marleeena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *